HARI KESEMBILAN BELAS BERBUKA PUASA JIRAN AKU BAGI MEE HOON GORENG | Yaa alhamdulilah kali ni bulan puasa apa je yang tekak Sis nak makan semuanya hampir dapat di tunaikan. Tak kiralah beli sendiri ataupun orang bagi.. tapi ada satu je belum dapat lagi di tunaikan... yaitu nak makan Ayam Percik.. huhuhu..
Dari ada bazar ramadan, sampai dah kena tutup bazarnya, sampai ke harini belum dapat makan Ayam Perciknya.. bercinta oii nak masuk bazar sekarang, bukan macam dulu lagi, excited nak ke bazar, sekarang silap haribulan, balik bawa penyakit, adoii minta di jauhkan...
But.. haritu keluar dengan Sunah, masuk jalan belakang KipMart Masai, ada ternampak di hujung jalan, rumah orang, dia jual Ayam Percik dan Ayam Golek.. belum lagi pi cuba dan belinya, tapi dah tau laa tempatnya tu, one day nak juga beli dan makan.
Tapi menu-menu lain yang Sis nak makan sepanjang ramadan setakat harini, semuanya dah dapat di makan.. Alhamdulilah..
Kalau sebelum ni, tekak nak sangat makan Tepung Pelita, akhirnya dapat juga beli dan makan. Ada seorang kawan share number contact orang yang jual Tepung Pelita tu.. memang sedap, puashati dapat makan, walau beli masa tu dapat satu pek aja.. tapi 5 biji Tepung Pelita tu dah beri satu kepuasan buat Sis.
Kemudian baru-baru ni ada bagitau anak, Mak nak makan Mee Hoon Goreng laa.. tapi dek sebab sibuk aje makan #BuffetRamadan dan keluar sana sini hadir event, so memang tak sempat dan nyempat nak menggorengnya..
Orang kata rezeki tak pernah salah alamat, kalau dah rezeki tak kemana kan, so alhamdulilah jiran Sis,Nasriyah hantar sebekas (pulang bekas Sis) Mee Hoon Goreng ke rumah.. boleh tahan sedap, kalau tak sedap pun kita faham, sebab tengah puasa, macam mana nak merasa time MEmasak kan .. so far kena dengan tekak Sis.
Bukan tu jer, Nas bagi juga pek Nostalgia Raya Supremeo Pop Corn untuk Sis.. dalamnya ada dua botol isi popcorn.. belum buka lagi, tunggu anak-anak balik semua kita buka dan makan sesama yaa..
Syukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan.. rezeki melimpah ruah ramadan ni..
Terima kasih buat Nas, semuga di murahkan rezeki, sihat selalu dan ceria bahagia di samping keluarga tercinta.. ada rezeki, panjang umur kita jumpa raya nanti.. *dekat je rumah ahahahahaa..
P/S: Tak sangka juga Nasriyah ni sebenonya Kakak Iparnya, blogger/influencer Reef Omar tu hehehe..
kann..sedap bihun goreng kak nas...hihihih..bertambah makan masa sahur ❤
ردحذفrezeki ye.. kami nak makan murtabak cheese tak kesampaian lagi. blk keje lewat gerai dah tutup. weekend la terjah tu pun kalau dia niaga lagi
ردحذف