HARI KETUJUH BELAS BERBUKA PUASA AKU MAKAN DI TGV INDULGE LOUNGE TOPPEN | Agak lama tak masuk TGV ni sejak wabak pendemik ni. Lagipun ada ke orang tengok wayang oi? Dah le jarak duduk antara satu sama lain tu selang satu seats, so feel nak tengok wayang tu memang tak masuk dalam jiwa betul laaa.. tapi serius arr rindu dengan suasana sound panggung wayang huhuhu..
Buat masa ni memang tak laa kan nak tengok wayangnya, dah le kes di Johor ni tak stabil ermmm .. Cuma Khamis lepas, Sis dapat Media Invitation dari Toppen sempena Toppen meluaskan ruang runcit hiburannya dengan RoofTopp gaya hidup di parkir kereta bertingkat. So untuk majlis perlancaran tu, ianya di buat di dalam panggung wayang TGV.
Waa agak teruja lee masuk panggung time gini. Barulah nampak sendiri macam mana seat tu di buat SOP social distancingnya.. memang ganjil weii duduk jejauh satu jarak kerusi dengan orang sebelah hehehehe..
Ada media yang dah balik dah, mungkin ada hal lain, so memang tak ramailah yang tinggal. Yang ramai pun media Cina, yang kami Melayu ni ada laa beberapa ketul je, so sebagai menghormati sesama kita, mereka semua memang makan menunggu waktu berbuka puasa saing dengan kami semua.
Nampak dari kejauhan dan kebauan, menu-menunya semua sedap-sedap dan baunya sangat mengugat lobang idung hahahaha.. Mereka amik catering dari Indonesian Corner Fast Food di Ungku Muhsin sana.. Memang sedap weii menu-menunya.. Ko tengok je le betapa penuhnya pinggan Sis hahahaha...
Memang serius Sis cakap, makanannya semua sedap. Menu rasa Indonesian dia menepati tekak kami semua yang berbuka puasa time tu. Apa je yang kami makan, semua sedap.. tak ada yang tak sedap. Sup Kambing sedap, Nasi Minyak Orang Kawinnya sedap, Mee Karinya sedap, dan paling Sis suka Gado-Gado dia, perghhhh rasa macam nak minta 'tapau' bawa balik aje hahahaha..
Sis makan toleh kanan, kawan tu kata sedap, makan toleh kiri, kawan tu pun kata sedap... yang gelihatinya, tiap kali seorang kata sedap, terus yang lelain pun bangun pi amik hahahaha.. nampak sangat kami suka makan kan ... takpe janji habis, jangan membazir, itu amalan syaitonnnn hahahahahaa..
Alhamdulilah, balik dengan perut yang kenyang hahahaha..
Terima kasih Toppen ❤
P/S: Memang terkesan sungguh pandemik ni, kosong panggung wayang :( ...
hahahah yeee, memang suka makan...susah betul nak kurus...hahahah
ردحذفNampak sedap2
ردحذف