#KITAJAGAKITA KITA PASTI MENANG!

Sis Lin
20
#KITAJAGAKITA KITA PASTI MENANG! | Dengan kes harian makin lama makin meninggi, akhirnya dalam pada susah kerajaan nak buat keputusan, semalam Jumaat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan keputusan penutupan penuh sektor sosial dan ekonominya selama dua minggu di seluruh negara, selama empat belas hari berturut-turut.

Pengumuman mengenai penutupan penuh ‘total lockdown’ itu dibuat Pejabat Perdana Menteri [PMO] dalam satu kenyataan pada lewat petang Jumaat semalam dengan turut memaklumkan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan yang perlu dan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan kerajaan juga turut dipengaruhi oleh jumlah kematian yang semakin meningkat dan juga kewujudan varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas dalam komuniti. 

Kerajaan turut memberi jaminan akan memastikan sistem kesihatan awam di Malaysia tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara, selain meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat. 

So apa peranan kita? Just Stay at Home and Kita Jaga Kita.. InsyaAllah semuanya akan membaik dan KITA PASTI MENANG!!!.. 

#KitaJagaKita Kita Pasti Menang!

Tajuk : Lirik Lagu Barisan Hadapan (Tribute to All Frontliner)
Penyanyi : #Azlan & The Typewriter
Komposer : Dark
Lirik : Light

Jangan berhenti
Usah Mengalah
Harus tempuhi
Dan harus gagah

Untuk apa bersedih
Semua dah tertulis
Kita harus lalui
Dengan solusi

Chorus

Ohhhh ayuh
Kita mesti menang
Di medan ini 

Bangkit semua
Terus berusaha
Demi negara yang tercinta..




P/S: Kali ini, kita mesti menang! Mari kita bersama-sama sekali lagi putuskan rantaian jangkitan Covid-19 selamanya, aamiinn..

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul, kena stay at home semua.

    ReplyDelete
  2. Harap la ada perubahan penurunan kes..

    ReplyDelete
  3. hope sangat pkp ni flatten the case , letih dh ddk umahhhhh

    ReplyDelete
  4. Harap dapat menang. Dah setahun lebih dah.

    ReplyDelete
  5. sedih ...jgn la pentingkan diri sendiri..kesian kt frontliner jugak

    ReplyDelete
  6. InshaAllah Allah beri kita jalan untuk capai kemenangan.

    ReplyDelete
  7. Insya'Allah Kita boley menang. Aamiin. If Allah S.W.T put us in this, He will put us throught this. Yg penting kita kena byk bersabar skrang nie.

    ReplyDelete
  8. sedih tengok frontliners kita, kesian depa semua pun dah letih yakmat. moga Allah permudahkan urusan depa aamiin

    ReplyDelete
  9. Memang menakutkan tgk angka covid setiap hari semakin bertambah. Jumlaah yg brought in dead pun ramai. Semoga pkp kali ni lebih berkesan.

    ReplyDelete
  10. The situation very scary now. Saya harap semua orang duduk rumah sahaja kalau tak ada hal penting dan elakkan dari dari berkumpul

    ReplyDelete
  11. entah kenapa kali ni punya penangan macam gila-gila punya. dulu pkp 1.0 kita hanya beratus kes tapi sunyi je tapi now beribu kes, tapi semua benda sesak! ayuh kawan-kawan semua jaga diri

    ReplyDelete
  12. Saya harap semua orang dengar la arahan dengan betul dan bersabar. Kalau degil gak, berapa lama lagi kita nak berkurung gini? Huhu

    ReplyDelete
  13. Betul tu sis, sekarang memang baik terperuk je di rumah, kita jaga diri kita je la, yang degil tu lantok dia

    ReplyDelete
  14. Serious our frontliners are really strong, if me, I don't think I kuat, sekuat mereka.. sure penat tapi mereka terus berjuang! No word could express anymore how thankful we are but the best we can give and appreciate their hardwork is just #StayAtHome sama2 flatten the curve kan..

    ReplyDelete
  15. Kita kena bersatu dalam segala aspek . Cuma tu la ... bila sikap pentingkan diri sendiri menguasai diri , hurrmm agak sukar untuk kita gapai kemenangan . Apapun kena semat dihati yang kita pasti menang! Kesian pada anak-anak ..

    ReplyDelete
  16. Dah menang dah, pastu kalah teruk. Sebab perangai semua orang yang yang tak bertanggungjawab tu lah. Dari kita jaga kita, kita kena kita jaga diri sendiri. Sebab itu je yang menyelamatkan untuk kemenangan seterusnya. 😭

    ReplyDelete
  17. protect diri. jangan pegi tempat awam, crowded kalau tak perlu. ambik vaksin utk extra protection.

    ReplyDelete
  18. Takut sekarang. Sekarang disarankan doyble mask pulak. Nak keluar pin takut. Tapi apakan daya kne kerja juga

    ReplyDelete
  19. Betul Sis Lin, kita kena disiplin dan ikut SOP bukan untuk orang lain tapi jaga keselamatan diri dan keluarga.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!