MAKNA BACAAN DOA KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

Sis Lin
3
MAKNA BACAAN DOA KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD | Ingat lagi dulu waktu sekolah rendah darjah satu ketika Cikgu Pendidikan Islam mengajar kami dan dia suruh kami menghafal bacaan doa ketika duduk di antara dua sujud ni, dan Sis laaa orang yang paling 'mengelat' kalau time Cikgu mula suruh menghafal, mana taknya asyiklah Sis orang pertama Cikgu panggil ke depan.. Mulalah buat alasan nak pi tandas hahahaha.. 

Bukan tak hafal, tapi bila terpanggil orang pertama ke depan membaca, dari ko boleh hafal, jadi hilang semua ayat ko, hahahaha dah banyak kali kena macamtu adeiii.. nebes orang kata, bila ke depan je terus gugup.. nanti kang kena gelak dek kengkawan kat depan, arghhh rasa nak angguk je kepala sorang-sorang kat papan hitam..

Tapi tu laa, bila Cikgu buat macamtu, memang kita betul-betul menghafal, takut pun yaaa dan sekejap nanti dah boleh hafal, bukan kata terang hati, tapi bila tengok kengkawan lain boleh hafal, kita pun sama nak juga tunjuk hebat kita hehehehe.. lagipun Cikgu Pendidikan Islam Sis tu memang garang gilerr.. that's why lee darjah satu je kelas Sis dah boleh menhafaz dan masuk pertandingan hafazan hehehehe.. 

Benarlah sesungguhnya ilmu itu jika terus digali maka bertambah bermakna hidup ini. Begitulah juga jika setiap insan yang menunaikan solat lima waktu selain sembahyang sunat memahami maksud bagi setiap bacaan yang dilafazkan.

Contohnya, rukun solat iaitu duduk di antara dua sujud yang ada lapan kalimah penuh mendalam maksudnya.

Jom kita fahami akan makna bacaan doa ketika duduk antara dua sujud ni.. 

Makna Bacaan Doa Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud

Sebagai umat Islam kita perlu faham setiap apa yang dibaca dalam solat agar lebih khusyuk.

1. Rabbighfirli (Tuhanku, ampunilah aku)

Ya Allah, ampunilah semua dosa-dosaku. Hamba hanya manusia berlumuran dosa yang tidak luput dari kesalahan, sedangkan Engkau adalah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, ampunilah dosa-dosaku dan jauhkan hamba dari segala macam perbuatan dosa.

2. Warhammi (Kasihinilah aku)

Sayangilah hambamu yang lemah dan tak berdaya ini. Jangan sampai hamba ditinggalkan sendiri tanpa belas kasihmu.

3. Wajburni (Cukupkanlah segala kekuranganku)

Ya Allah, cukupkanlah segala kekuranganku. Jangan sampai hati ini selalu merasa kurang yang akan selalu menyeksaku dan malah semakin menjauhkan aku darimu Ya Allah. Jadikan hamba ini orang yang selalu bersyukur atas apa yang Engkau berikan kepadaku.

4. Warfa’ni (Angkatlah darjatku)

Tingkatkan pangkat iman dan taqwa ku di hadapanmu Ya Allah. Dan angkatlah darjatku di hadapanmu Ya Allah. Jangan sampai diriku dihinakan olehmu di dunia mahupun akhirat.

5. Warzuqni (Berikan rezeki kepadaku)

Berikanlah hambamu rezeki kecil berupa sandang, pangan dan papan untuk menopang ibadahku, berikan pula hambamu rezeki besar berupa udara, air, tanah dan api. Dan mudah-mudahan Engkau limpahkan kepadaku nikmat yang agung, iaitu nikmat iman dan Islam.

6. Wahdini (Berilah aku petunjuk)

Tunjukkan jalan Islam yang benar dan lurus kepadaku Ya Allah. Jangan biarkan aku tersesat saat menempuh perjalanan duniawi yang penuh cubaan dan godaan ini. Berikanlah aku keteguhan dan kekuatan iman yang kukuh.

7. Wa’afini (Berikan kesihatan kepadaku)

Betapa besarnya nikmat sehat yang Engkau berikan kepadaku selama ini. Mudah-mudahan sihatku ini dapat aku gunakan untuk beribadah kepadamu bukan untuk menentang perintahmu. Sihatkan rohaniku, bersihkan hambamu ini dari segala penyakit hati yang boleh merosak iman di dadaku.

8. Wa’fu’anni (Berikan ampunan kepadaku)

Ampunilah segala kesalahan dan dosa-dosaku. Tanpa keampunanmu, celakalah hambamu ini Ya Allah. Jangan biarkan hambamu ini mengulang-ngulang kesalahan yang sama.

Makna Bacaan Doa Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud

Moga akan lebih khusyuk ketika mengerjakan solat jika maksud setiap bacaan itu diketahui.

Bukan itu sahaja, malahan sunnah untuk mengikut amalan Rasulullah dan ia sememangnya dituntut Islam. Hal berkaitan solat Nabi Muhammad SAW misalnya wajar diteladani. Ketahuilah bahawa Rasulullah apabila bangun dari sujud, maka beliau akan membaca takbir. Setelah itu Baginda akan duduk dengan tenang.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: "Tidak sempurna sholat seseorang hingga dia sujud sampai ruas tulang belakangnya mapan, kemudian mengucapkan "Allahu Akbar" kemudian mengangkat kepalanya (bangkit dari sujud) hingga duduk dengan tegak." (HR Abu Dawud No. 857).

Malahan, cara duduk di antara dua sujud Rasullullah pula dengan membentangkan kaki kirinya, lalu duduk di telapak kaki kirinya itu. Kemudiannya Baginda akan menegakkan telapak kaki kanannya serta menghadapkan jari-jari kaki kanannya ke arah kiblat. Begitu telitinya Rasulullah ketika melaksanakan rukun itu dan bagi semua umat Islam tentunya afdal meneladani sunnah ini.

Sumber : mStar 


P/S : Lagi satu time nak hafal doa Qunut, perghh kena cubit paha ko dengan Cikgu tu hahahaha.. 
Tags

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!