MENU RAYA PAGI SYAWAL YANG MESTI ADA SETIAP TAHUN

Sis Lin
11
MENU RAYA PAGI SYAWAL YANG MESTI ADA SETIAP TAHUN | Assalamualaikum korang, apa khabar? Hampir seminggu juga kita tak bersapa dalam blog ni kan? Memasing sibuk dengan aktiviti raya memasing, termasuk juga Sis. Bizi memasaknya satu hal, paling bizi adalah makan dan tidur aje hahaha.. memang tak dan nak bukak laptop dan update blog. 

Sis pulak jenis tak reti update guna handphone, so memang takde laa updatenya.. ni harini baru free sikit, dan barulah on laptop dan mula menaip ni ha.. curi-curi masa juga ni, sebab ada kerja lain menunggu gak tu.. Cerita sambungan ramadan tu nanti Sis akan update juga habiskan.. tapi harini nak update pasal menu raya pagi Syawal Sis yang mesti ada setiap tahun. 

Yaa Sis masak sendiri hokay.. Kami hanya #DudukRumahDendiam dan tidak ada pergi ziarah raya pun..sampaikan sedara mara naik meroyan kat FB mengata kami sebab tak bagi datang ziarah raya ke rumah Sis, tak apalah demi keselamatan semua, kami rela di perli....

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Korang masak apa pagi raya? Mesti menu lebih kurang sama je kan dengan Sis kan? Sebab rata-rata tiba hari raya menu kita akan sama juga yang mesti ada di pagi raya. Cuma kalau ada yang tak sama tu, mungkin bertukar selera aje la. Dan untuk tahun ni, Sis buat lain dari lain sikit, hari terkahir ramadan, Sis dah siap masak semua lauk pauk raya kecuali Sayur Lodeh dan Ayam Masak Merah aje Sis masak selepas Subuh. Lain semua dah masak buat berbuka puasa 30 Ramadan. 

Menu-menu ni semua memang mesti ada di pagi raya, dan untuk kali ni, ramai pulak buat permintaan nak Ketupat Palas tu.. so Sis order aje online facebook, alhamdulilah sedap Ketupat Palasnya, ingat nanti nak order juga lagi buat makan-makan, lagipun boleh frozen, so boleh tahan lama. Selain tu, Suami ada beli Lemang dan juga Ketupat yang Sis anyam dan rebus sendiri tu. 

Okay jom tengok menu-menu pagi Syawal yang Sis masak.. 

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Ayam Masak Merah 

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Ayam Masak Semur (kicap) 

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Rendang Daging 

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Sayur Lodeh 

Menu Raya Pagi Syawal Yang Mesti Ada Setiap Tahun

Serunding Dan Kuah Kacang 

Haaa itulah menu-menu di pagi Syawal yang setiap tahun mesti ada di pagi raya. Kalau takde satu, mesti ada yang bertanya, tu pun ada gak yang tanya satu menu, 'Ayam Masak Kari takde ke Mak Long?' hahahaha... ikutkan nak juga masak Ayam Masak Kari, tapi dah semua majoriti kata tak payah, so Ayyom pun tak laa masak.. 

Sebab dah macam banyak nau menu ayam, so next time aje la, tunggu raya haji ya.. Menu paling laris dan mendapat pujian semua, tak lain tak bukan Rendang Daging dan Ayam Masak Semur tu, dua menu tu paling laku keras, petang raya dah licin, padahal masak rendang daging tu 5 kilo, ayam semur tu 3 ekor, pun licinn hahahaha.. alhamdulilah.. 

Sayur Lodeh pulak tahun ni Sis buat pekat-pekat kuahnya, sedap meratah macam makan lontong.. untuk serunding dan kuah kacang, Sis beli segera punya aje, kawan jual, sebab tak dan le nak masak sendiri hehehe.. sambil kita bantu kawan meniaga, ye dakkk.. 

Alhamdulilah, untuk 1 Syawal tahun ni, dapat hidangkan menu-menu raya untuk keluarga tersayang. Walaupun ada terselit kesedihan memasing di sebabkan tahun pertama Emak Sis takde beraya bersama, keduanya, adik ipar yang bongsu masih di Singapura tak dapat beraya bersama dan ketiganya adik ipar kedua Sis masuk tahun ketiga meninggal dunia, makanya suasana tu agak nampaklah suram, tapi Sis cuba sedaya upaya mengembirakan semua.. syukur kesedihan itu kita tutup dengan ceria di pagi raya. 

Sedih tu kita simpan jauh di sudut hati.. demi anak-anak, kita gembira ceria agar terpahat memori raya selamanya.. alhamdulilah.. 


P/S: Dah 4 hari sakit leher bahi salah bantal, now naik tangkap kepala pulak, adoiiii... 

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap2 juadah raya tu..selamat hari raya utk sis lin sefamily

    ReplyDelete
  2. ena pon baru ada mood blogging sbb mood raya asik ke dapur masak n makan. hahaha. meriah menu sis. rasa nak datang je tp jauh. selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  3. banyakkkkk nyeee menu2 sedap belaka.. bestnya =D

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  4. wowwwwwww meriahh laukk raya nya.. ain masak soto je sis.. kihkihkihhh..tapi lagi meriah alhamdulilah jiran2 kasi lauk.

    ReplyDelete
  5. Lodeh ko kali ni nampak menarik hahha.. ako mmg suka makan berlemak lebih ni.. baru ada umph.. :D

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Sedap semuanya. Betul Sis, kadang ada rasa yang perlu disimpan supaya orang lain tak terikut sedih.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, selamat hari raya sis! :) Sedap-sedap menunya..duduk umah pun, raya tetap raya...hehe

    ReplyDelete
  8. Wah,nampak sedap2 semuanya.Ayam madak semur saya belum pernah rasa

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak semua tu...sama la kita buat sayur lodeh jugak

    ReplyDelete
  10. Enak-enak semuanya sis.
    Paling best bila semua yg kita masak tu,licin. Rasa berbaloi berpenat lelah di dapur kan?

    ReplyDelete
  11. kalau kami raya di rumah sendiri/ atau dulu time raya di rumah mentua, pagi raya ada rendang, nasi impit, dan ayam msak kicap. kalau umah parents sendiri, pagi raya kebanyakkan ns dagang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!