MENU RAYA PAGI SYAWAL YANG MESTI ADA SETIAP TAHUN | Assalamualaikum korang, apa khabar? Hampir seminggu juga kita tak bersapa dalam blog ni kan? Memasing sibuk dengan aktiviti raya memasing, termasuk juga Sis. Bizi memasaknya satu hal, paling bizi adalah makan dan tidur aje hahaha.. memang tak dan nak bukak laptop dan update blog.
Sis pulak jenis tak reti update guna handphone, so memang takde laa updatenya.. ni harini baru free sikit, dan barulah on laptop dan mula menaip ni ha.. curi-curi masa juga ni, sebab ada kerja lain menunggu gak tu.. Cerita sambungan ramadan tu nanti Sis akan update juga habiskan.. tapi harini nak update pasal menu raya pagi Syawal Sis yang mesti ada setiap tahun.
Yaa Sis masak sendiri hokay.. Kami hanya #DudukRumahDendiam dan tidak ada pergi ziarah raya pun..sampaikan sedara mara naik meroyan kat FB mengata kami sebab tak bagi datang ziarah raya ke rumah Sis, tak apalah demi keselamatan semua, kami rela di perli....
Menu-menu ni semua memang mesti ada di pagi raya, dan untuk kali ni, ramai pulak buat permintaan nak Ketupat Palas tu.. so Sis order aje online facebook, alhamdulilah sedap Ketupat Palasnya, ingat nanti nak order juga lagi buat makan-makan, lagipun boleh frozen, so boleh tahan lama. Selain tu, Suami ada beli Lemang dan juga Ketupat yang Sis anyam dan rebus sendiri tu.
Okay jom tengok menu-menu pagi Syawal yang Sis masak..
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Semur (kicap)
Rendang Daging
Sayur Lodeh
Serunding Dan Kuah Kacang
Haaa itulah menu-menu di pagi Syawal yang setiap tahun mesti ada di pagi raya. Kalau takde satu, mesti ada yang bertanya, tu pun ada gak yang tanya satu menu, 'Ayam Masak Kari takde ke Mak Long?' hahahaha... ikutkan nak juga masak Ayam Masak Kari, tapi dah semua majoriti kata tak payah, so Ayyom pun tak laa masak..
Sebab dah macam banyak nau menu ayam, so next time aje la, tunggu raya haji ya.. Menu paling laris dan mendapat pujian semua, tak lain tak bukan Rendang Daging dan Ayam Masak Semur tu, dua menu tu paling laku keras, petang raya dah licin, padahal masak rendang daging tu 5 kilo, ayam semur tu 3 ekor, pun licinn hahahaha.. alhamdulilah..
Sayur Lodeh pulak tahun ni Sis buat pekat-pekat kuahnya, sedap meratah macam makan lontong.. untuk serunding dan kuah kacang, Sis beli segera punya aje, kawan jual, sebab tak dan le nak masak sendiri hehehe.. sambil kita bantu kawan meniaga, ye dakkk..
Alhamdulilah, untuk 1 Syawal tahun ni, dapat hidangkan menu-menu raya untuk keluarga tersayang. Walaupun ada terselit kesedihan memasing di sebabkan tahun pertama Emak Sis takde beraya bersama, keduanya, adik ipar yang bongsu masih di Singapura tak dapat beraya bersama dan ketiganya adik ipar kedua Sis masuk tahun ketiga meninggal dunia, makanya suasana tu agak nampaklah suram, tapi Sis cuba sedaya upaya mengembirakan semua.. syukur kesedihan itu kita tutup dengan ceria di pagi raya.
Sedih tu kita simpan jauh di sudut hati.. demi anak-anak, kita gembira ceria agar terpahat memori raya selamanya.. alhamdulilah..
P/S: Dah 4 hari sakit leher bahi salah bantal, now naik tangkap kepala pulak, adoiiii...
sedap2 juadah raya tu..selamat hari raya utk sis lin sefamily
ردحذفena pon baru ada mood blogging sbb mood raya asik ke dapur masak n makan. hahaha. meriah menu sis. rasa nak datang je tp jauh. selamat hari raya sis
ردحذفbanyakkkkk nyeee menu2 sedap belaka.. bestnya =D
ردحذفjemput join GA di blog :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
wowwwwwww meriahh laukk raya nya.. ain masak soto je sis.. kihkihkihhh..tapi lagi meriah alhamdulilah jiran2 kasi lauk.
ردحذفLodeh ko kali ni nampak menarik hahha.. ako mmg suka makan berlemak lebih ni.. baru ada umph.. :D
ردحذفAlhamdulillah. Sedap semuanya. Betul Sis, kadang ada rasa yang perlu disimpan supaya orang lain tak terikut sedih.
ردحذفAlhamdulillah, selamat hari raya sis! :) Sedap-sedap menunya..duduk umah pun, raya tetap raya...hehe
ردحذفWah,nampak sedap2 semuanya.Ayam madak semur saya belum pernah rasa
ردحذفsedapnya nampak semua tu...sama la kita buat sayur lodeh jugak
ردحذفEnak-enak semuanya sis.
ردحذفPaling best bila semua yg kita masak tu,licin. Rasa berbaloi berpenat lelah di dapur kan?
kalau kami raya di rumah sendiri/ atau dulu time raya di rumah mentua, pagi raya ada rendang, nasi impit, dan ayam msak kicap. kalau umah parents sendiri, pagi raya kebanyakkan ns dagang
ردحذف