PENGORBANAN SEORANG IBU MENYUSU ANAK-ANAKNYA

Sis Lin
4
PENGORBANAN SEORANG IBU MENYUSU ANAK-ANAKNYA | Jika ada korang terbaca posting Sis sebelum ni mengenai si Panjang sudah melahirkan anak, mesti korang tau laa yang Sis sudah ada dan bertambah lagi dua ekor anak kucing. Ikutkan waktu melahirkan, si Panjang melahirkan tiga ekor, tapi tak sampai dua minggu, yang putih tu meninggal. Tak tau sebab apa, tau-taunya dah tak bernaywa dalam kotak. 

Makanya tinggallah hanya dua ekor tu aja. Ermm sangat tak puashati juga Sis ni tau sebab dua ekor tu langsung takde sama bulunya dan baka macam ibunya si Panjang tu.. tau-tau ehhh macam bulu warnanya si Kenit pulak.. apakah itu anaknya si Kenit? ..

Tapi setahu Sis, takde pulak nampak si Kenit ni tenggek mengawan atas si Panjang, memang takde penampakkan si Kenit ni miang nak berbini.. ermmmm tu yang pelik, kok anak si Panjang sepesennn macam dia? Hahahahah.. adoiii.. kecuali si putih yang mati tu, haaa tu lain sikit.. apa nak buat, umur pulak tak panjang..

Sepanjang si Panjang melahirkan dan habis pantang, Sis memang ada sediakan dia kotak, dari kotak kecil, dah jadi kotak besar, jarang sekali bawa keluar anak-anaknya bermain.. kecuali kalau si Panjangnya aje sibuk ke hulu ke hilir bawa anaknya nak cari tempat 'kediaman' baru untuk anak-anaknya.. ingat boleh dapat ke? Asal dia bawa je anaknya, sore 'rimau' Sis bunyi, terkencit dia lari masukkkan anaknya dalam kotak... kadang lawak si Panjang ni tau.. 

Pengorbanan Seorang Ibu Menyusu Anak-Anaknya

Dan baru-baru ni, ketika petang.. selepas aje Sis mandi, tiba-tiba keluar aje bilik Sis terkejut nengok si Panjang anak-banak dengan si Kenitnya sekali duk terkangkang menyusu anak-anaknya macamtu.. dengan anak-anaknya sekali di bawa keluar seolah bersantai-santai di situ atas sejadah empukk tu.. kemainnnn ekkkk..

Lawak pun yaaa... duk lamaa anak-anaknya menyusu dengan gaya si Panjang macamtu.. tu laa dalam hati Sis, pengorbanan seorang ibu menyusu anak-anaknya... Elok jee anak-anaknya kiri kanan menempel macamtu menyusu.. gelakk Sis di buatnya.. 

Si Kenit buat apa?...

Pengorbanan Seorang Ibu Menyusu Anak-Anaknya

Kenit? Tu haaa membuta di hujung kaki si Panjang.. hahahahaha.. 

Tu yang Sis kata, kemain bersantai mereka macam anak banakk bercuti di tepian pantai.. elok sangat le tu kannn... Sis duduk je perhati si kecik-kecik tu.. dan sampai ssekarang juga belum lagi letak nama pada budak kecik dua ekor tu haaa.. 

Dalam dilema samaada nak menjaganya atau nak di beri pada orang.. Suami Sis, korang tau aje laa, bebel tak sudah-sudah.. dia suka kucing tapi tak suka kalau dah banyak gini.. yang ada tu pun, dia layan si Kenit aje, sampai tidur pun dengan Suami.. yang si Panjang dia buat tak nampak aje.. sian Panjang.. 

Pengorbanan Seorang Ibu Menyusu Anak-Anaknya

Tapi nasib baik juga dah ada yang nak si kecik dua ekor tu sekali dengan si Panjang.. so takde laa Sis rasa bersalah nanti sebab pisahkan mereka anak banak.. siap Sis beri kandang besar Sis lagi.. huhuhu...

Yang Panjang ni pun satu, pemalassss... geram  betul.. dia taknak bersihkan muka anak-anaknya tu.. ye laa kucingkan biasanya akan jilat bersihkan anak-anaknya kan? Tapi si Panjang ni pemalassss... kalau marah dia tenungnya jeling muka kita errrrrrr...penampo gak kang... 

Dah satu kerja Sis tiap hari nengok budak dua ekor kecik tu, then amik tisu basah lapkan muka, mata dan telinganya tu.. kalau tak mata pun melekat tak boleh bukak lagi, eeee.. sabo je laa Panjang ni.. beranak je tau, jaga anak tak reti.. 

Pengorbanan Seorang Ibu Menyusu Anak-Anaknya

So far inilah potret raya si Kenit dan Panjang hahahahaha... 

Budak kecik dua ekor tu jangan di letak atau dekatkan dengan si Kenit, memang Kenit terajang dan gigit dia... Kenit macam tak boleh terima ada kucing lain, sama masa mula-mula Panjang datang ke rumah.. jeles pun yaaa... lagi kalau tengok Sis pegang si dua ekor tu.. kemain mengeowww mulut dia hahahaha.. 

Alhamdulilah.. sekurangnya mereka ni laa penghibur hati Sis di rumah.. lihat gelagat aksi mereka terhibur juga.. ada masa geram dan ada ketikanya stress oii.. sabo je laaa.. 

Korang pulak, ada berapa ekor kucing?.. 


P/S: Dan semalam.... sekor kecik tu jatih dari atas ke bawah tangga... arghhhhhhhhh Panjang 👿👿
Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ako suka tengok kucing masa kecik2 je nmapak comel..
    dah besar2 tu rasa geli plk hehehe

    ReplyDelete
  2. Bukan seoranglah, seekor
    wak ada 13 orang kucing
    eh salah ek
    13 ekor

    ReplyDelete
  3. kan..kucing ida pun die tgh makan boleh plak anak die nk menysu masa brdiri tu..hehe

    ReplyDelete
  4. masa kecik comel je kucing tu..mcm nak gigit2 pn ada..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!