PKP | PKPB | PKPD | PKPP - RAYA TETAP RAYA!

Sis Lin
4
PKP | PKPB | PKPD | PKPP - RAYA TETAP RAYA! | Tak kisahlah korang nak kecam Sis ke apa ke, tak sensitif ke, atau apa je la.. tapi itu laa Sis.. tak kiralah PKP ke PKPB ke PKPD ke atau PKPP ke, tiba raya kita raya.. belum pernah lagi sepanjang hidup 44thun ni, takde rasa tak nak beraya, walaupun ada peristiwa kesedihan, kedukaan, tapi tiba Syawal, raya tetap di raikan.

Itulah didikan dari arwah Abah, Emak dan juga Atuk Moyang Sis. Kami bukan hidup mewah, Abah dulu kerja kilang aje, besarkan anak-anak 5orang, menjaga arwah Atuk dan Nenek lagi duduk serumah, Mak sedara pun tinggal serumah, tapi belum pernah sekali kami adik beradik tak rasa suasana raya. 

Persiapan raya, baju raya sepasang aje, kasut, siap handbag semua Abah sediakan. Menu raya memang tak pernah tak ada, mesti ketupat rendang lodeh sambal kacang tersedia di pagi raya. Pernah dulu, kewangan arwah Abah tak mencukupi, Mak masak cukup-cukup aje untuk kami makan di pagi raya, kemudian kami duduk rumah aja, kemudian rezeki jiran tetangga hantar makanan.. menangis Abah dan Mak masa tu. 

Dan sebab itulah Sis hingga sekarang, cukup marah dan emosi bila ada yang kata 'aku tak raya'.. sepatutnya bersyukurlah engkau masih dapat merasai Syawal. Jangan di tunjuk emosi kita depan anak-anak, dan jangan di ajar anak-anak tidak sambut raya, nanti akan datang, hilang semua susana hari raya tu.. 

Memang raya kita dalam norma baharu ni banyak beza dan emosinya tu jangan cakaplah.. berjauhan dengan keluarga, masalah kewangan, dan bermacam lagi masaalah, tapi bawa bertenang, berbalik pada yang Satu.. kita redha, terimanya dengan sabar dan kita usaha.. Nak maki hamun pun, apa je yang kita dapat, tambah dosa ada kan.. so bawak bertenang..

Orang kata rezeki tu pasti ada, antara Allah nak beri cepat dengan lambat aje. Dan satu perlu kita ingat, kalau kita rasa kita susah, ada orang di luar sana lebih susah dari kita. Raya seadanya.. Raya ikut kemampuan, bukan beraya ikut kemahuan. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. 

PKP | PKPB | PKPD | PKPP - Raya Tetap Raya!

Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kemenangan umat Islam, membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.

“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.

Antara bait doa yang kita selalu dengar dan ucap sesama kita semasa sambutan hari kemenangan umat Islam ini. Alangkah indahnya jika ucapan tersebut kita ucapkan tidak tertumpu kepada keluarga sahaja, malah turut diucapkan kepada anak yatim, fakir miskin, orang yang kurang berkemampuan dan seluruh umat Islam terutamanya.

Dalam meraikan lebaran, kebanyakan kita telah membuat pelbagai persiapan rapi, malah ada yang sanggup berhabisan sebanyaknya demi memastikan ahli keluarga dapat merasai kegembiraan di Hari Raya. Namun, jangan dilupa pada yang kurang berkemampuan. Kemeriahan tersebut, akan lebih manis dan bermakna jika ianya turut dikongsi bersama yang lain.

Ya, mungkin ada yang mengatakan faktor kewangan akan menjadi halangan jika ianya ingin dikongsi ramai, namun percayalah dengan magnet rezeki yang disediakan Allah SWT, semakin banyak kita memberi, semakin banyak Allah hadiahkan. Mungkin hadiah rezeki tersebut bukan berupa balasan wang, malah dalam bentuk rezeki yang lain seperti kesihatan, kegembiraan juga mudahnya suatu urusan.

Jika tidak berkemampuan untuk berkongsi dari segi kewangan, mungkin boleh dikirimkan doa juga menziarahi mereka yang ditinggalkan keseorangan. Percayalah, dengan kebaikan dan senyuman yang kita sedekahkan, akan memberikan 1001 nikmat yang tidak terhingga dalam hati kepada mereka ini. Apatah lagi akan disambut dalam suasana lebaran norma baharu ini. Sambutan perayaan ini juga akan lebih bermakna tanpa ada rasa yang dipinggirkan.

Semoga semangat meraikan dan berkongsi kemeriahan sesama kita ini dapat diteruskan bukan terhad kepada bulan Syawal sahaja, malah setiap masa tanpa mengira umur juga agama. Seperti doa yang kita ucap, “Moga Allah menerima amalanku dan amalanmu”, semoga segala amal ibadah dan taubat kita diterima tiap masa dan ketika. InsyaAllah.

Ayuh kita raikan kemenangan!! 


P/S: Ikutkan sedih, Sis lagi takde sapa dah, Mak Abah, Atuk Nenek, Mertua semua dah takde.. hanya adik-adik je tinggal.. untung korang yang punya keluarga lagi.. bersyukurlah.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita serupa hehehe..
    Budak-budak ni pun awal2 dah tanya baju raya diorang..
    ako punya last minit sudah hahaha..
    klu xde, pakai baju thn lepas (eh muat ke lagi haha)

    pape pun selamat hari raya awak!!
    maaf zahir batin...

    Salam dari kejauhan je :D

    ردحذف
  2. memang x ke mana la 2 tahun ni

    ردحذف
  3. Dah 2 tahun kan mood raya pkp , pkp , pkpb . Mood raya xsemeriah dulu

    ردحذف
  4. Spupu ena ckp tahun ni xraya sbb suami keje. Uishh marah btol ena sbb mak ayah depan mata la meriah raya berbanding kita yang jauh ni slalu raya di perantauan. Selagi mak ayah depan mata kenalah beraya. Apa lg ada anak kan. Buat dorang happy. Xkisah hanya dalam rumah

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!