RAYA 2021 SEKALI LAGI KITA BERAYA PKP DI JOHOR

Sis Lin
5
RAYA 2021 SEKALI LAGI KITA PKP DI JOHOR | Ku sangkakan status facebook Sis semalam bertahan sehingga raya, rupanya harini sudah kasi tukar la plak dari PKPB ke PKP di Johor Bahru Kulai & Kota Tinggi, ermmm apo nak buat, dah itu keputusannya. 

Makanya tahun ini sekali lagi laa kita beraya dalam situasi PKP.. cuma banyaklah bezanya juga dari PKP sebelumnya.. tapi tak bermakna kita boleh langgar semua, masih ada syarat dan peraturan SOP yang di tetapkan. Korang jangan degil pulak tak mengikut arahan, kang tak memasal keluar duit raya ek.. 

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu. PKP ini akan bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini jelasnya, selepas meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan. Ismail berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP kali ini sama seperti yang telah diumumkan sebelumnya. Jelasnya, di Johor, PKP melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

Kata Ismail, pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran selain menyekat penularan jangkitan ke luar lokaliti ini. Jelasnya, SOP PKP sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut, sila rujuk di laman sesawang MKN iaitu https://www.mkn.gov.my

Raya 2021 Sekali Lagi Kita Beraya PKP Di Johor

Berikut antara SOP yang telah ditetapkan :
  • Dengan itu, pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.
  • Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun, dine-in di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja.
  • Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
  • Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
  • Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
  • Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sumber : MalaysiaKini

Raya 2021 Sekali Lagi Kita Beraya PKP Di Johor

Sultan Johor harap PKP dilaksana dengan berkesan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap agar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirancang kerajaan adalah yang terakhir dibuat untuk mengawal pandemik Covid-19.

Baginda bertitah, sekiranya ia dilaksanakan, perintah itu harus dilakukan secara berkesan dengan memastikan orang ramai turut memainkan peranan bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasa.

Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan COVID-19, namun sebaliknya jumlah kes yang dicatatkan kembali meningkat lagi. Umpama mula menimbulkan rasa putus asa dan tiada kepedulian lagi.

Kita sekarang berada pada tahap yang sangat kritikal. Jumlah kes tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan beberapa negeri, termasuk Johor, kini menjadi negeri berisiko tinggi. Rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima suntikan vaksin terhadap virus tersebut. Ingatlah untuk menjaga diri dan satu sama lain, ini kerana sesetengah rakyat memandang ringan SOP dan bersikap seolah-olah wabak itu sudah berakhir.

Sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan kesihatan kita. Walaupun sistem penjagaan kesihatan kita diurus tadbir dengan baik, namun semuanya mempunyai batas. Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan.

Saya harap agensi penguatkuasaan akan bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang melanggar SOP ditetapkan. Kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal, seperti yang sedang berlaku di India sekarang.

Saya juga berharap kerajaan negeri akan mengambil keputusan yang bijaksana dan bertindak demi kepentingan rakyat.  Saya menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin.

Sebagai Sultan Johor, saya amat mengambil berat akan kebajikan dan keselamatan Bangsa Johor. Saya tidak mahu lagi mendengar kisah sedih keluarga yang kehilangan ahli mereka yang tersayang akibat wabak ini. 

Sekiranya perintah kawalan pergerakan yang ketat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, biarlah ia dilaksanakan buat kali terakhir tetapi berkesan, dengan memastikan orang ramai juga memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasakan.

Pengorbanan mesti dibuat untuk kebaikan semua. Jangan kita menyesal kemudian hari, tiada gunanya.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Johor
2 Mei 2021 


P/S: Redha dan mendoakan. Ni namanya pengobanan Raya Aildilfitri, advance sekali Raya Korban.. 

إرسال تعليق

5تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat beraya PKP
    Harap2 Kluang tak menyusul

    ردحذف
  2. Mohon bertabah sis lin, apa boleh buat kan. Moga moga covid cepat cepat terhapus.
    Selamat berhari raya di musim pkp sis lin dan keluarga ^^

    ردحذف
  3. Awak..
    Jgn lupa plan kita ber zoom di pagi raya ye 😁

    ردحذف
  4. beraya dalam keadaan PKP lagi kita...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!