RESEPI CHOCOLATE ALMOND CLUSTER PALING MUDAH DAN SEDAP GUNA 2 BAHAN AJE | Korang dah bikin biskut raya ke? Mesti dah bermacam-macam jenis kan korang bikin. Tapi kalau malas, haa pergi je le beli tunjuk-tunjuk di Kilang Kerepak Parit Laman Lapis ni, beratus jenis biskut raya ada hahahaha..
Sis? Dalam pada membeli yang dah siap, tapi keinginan nak buat sendiri tu tetap ada. Biasanya anak Sis,Yana laa yang ngajin nak bikin biskut raya ni, paling tak dia akan buat Chocolate Chips macam Famous Amos tu dan juga Conrnflakes Madu permintaan Kakaknya tu.. Tapi tahun ni, entah le tu, dia buat ke tak, tapi Kakaknya dah sound gak minta buatkan..
Kalau Sis jenis tak kisah, buat ke beli ke sama jer. Lagipun takde sapa nak makan sangat pun.. tapi di sebabkan tahun ni jika ada rezeki, adik-adik nak beraya di rumah, so Sis nak buatlah barang dua tiga jenis untuk anak-anak sedara. Dan biskut pertama yang Sis dah buat adalah Chocolate Almond Cluster ni.
Nasib baik Sunah ada haritu bermalam di rumah, tu yang Sis ajak dia buat biskut raya ni.. Memang mudah sangat membuatnya dan sedap gilerr makannya.. terasa kombinasi badam dan coklatya tu.. cuma kalau letak dark coklat lagi sedap agaknya ek hehehehe..
Okaylah Sis kongsikan resepinya. Jom tengok bahan dan cara membuat Chocolate Almond Cluster ni, senang beno weiii.. rasa pun sedap..
Resepi Chocolate Almond Cluster
Resepi copy paste dari Sunah Sakura.
Bahan-bahan :
1kg badam hiris
1kg milk chocolate coins (Sis guna jenama Beryl's)
Hiasan atas (optional):
Edible gold dust
Edible gold sugar beads
Cara-cara membuatnya :
Sangai sekejap badam sehingga masak atau keperangan.
Bila dah nampak garing, baunya naik dan masak, keluarkan dan biar sejuk sekejap.
Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
Bila dah cair, gabungkan dengan badam hiris tadi dalam satu bekas besar. Gaul rata.
Sediakan papercup, sudukan adunan badam coklat ke dalam papercup sehingga habis.
Hias dengan edible gold dust dan gold sugar beads.
Masukkan ke dalam peti ais selama 2 - 3 minit untuk bekukan coklat. Keluarkan, dan simpan dalam balang pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari.
Haaa mudah je kan? Sedap pun sedap..
Tapi modal tu agak kasar ler, thats why laa orang jual pun harga boleh mencekik gak, walau nak bikinnya senang... Siap cakap dengan Sunah, next year nak jual laa biskut raya ni hahahaha.. jual murah-murah, kemain marah Sunah mendengarnya hahahahaha...
Memang idokkk le weii Sis ko nak menjualnya, ada kena bebel dengan Suami Sis.. hahahaha.. kalau dah semua orang menjual, sapa pulak nak membelinya, ye dakkk..
So takpe laa, rasa mudah ye buat, rasa menyusahkan, beli aje laaa.. pilihan di tangan korang.. Okay dah.. Selamat Hari Raya hahahaha..
P/S: Ingat nak buat lagi, macam tak cukup aje buat sekilo tu..
jom laa buat lagi..aku pun nak beli bahan balik ni kang..hihihihi
ReplyDeletehaah la..nanti nak buat la dengan bebudak ni..senang pulak tu..petang ni nak cari bahan
ReplyDeleteSenangnya resipi ni. Nak kena buat jugak la. Sis kalau renyah2 memang tunjuk je la jawabnya. Nampak best ni. Mesti cepat habis kalau hidang kat anak2 kecil. Hehe
ReplyDeletekakak baru buat biskut ni. memang mudah yakmat kan. rajin dengan tak je lah hahaha
ReplyDeletebiskut kluster kayangan ni. kejap je dah habis. hehehe
ReplyDeleteI know my kids sure would love this Chocolate Almond Cluster! Thanks for sharing the recipe, looks really easy to make hehe
ReplyDeleteSis baru ni buat gak biskut ala cam gini tapi guna cornflake..sedap jugak
ReplyDeleteKalau resipi gini, Rawlins ada kekuatan nak mencuba. Dah la barangan sikit, mudah pula tu nak mencuba. Kalau jenis yang barang banyak dan process macam ujikaji makmal, memang Rawlins tengok je la hahaha
ReplyDeleteSenang je resepi dia dan sedap. Ni bukan anak-anak je suka ni. Org dewasa pun ralit makan ni...hihi
ReplyDeleteWahhh boleh la try buat ni! tak yah beli dah since tak dapat beraya sakan sangat tahun ni..buat secukup untuk serve on Day 1 for family dan kawan-kawan terdekat sahaja..
ReplyDeleteWajib cuba ni. Sebab senang benor je resepi nye ni ha. Budak mesti suka
ReplyDeletewowo...love your recipe here as am a typical all chocolate lover, so so tempting to enjoy bites of them now. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletesenang dan sedap..selalu juga buat utk makan2 saja2 bersama keluarga..mmg sedap
ReplyDeleteHaritu kte tgk kat tiktok sunah..nampak senang giler nak buat tp tu laa kalo dah malas tu malas gak la kte ni sis oiii hahha
ReplyDelete