SELESAI MENGANYAM KETUPAT

Sis Lin
3
SELESAI MENGANYAM KETUPAT | Apa yang Sis sibukkan semalam sampai tak update blog? Haaa ni lerr dia, hahaha semalam sehari suntuk duduk meracik lidi 4 ikat daun ketupat dan menganyam kelongsongnya. Sampai meyambung ke Subuh selepas Sahur tadi pagi, alhamdulilah selesai sudah menganyam ketupat. Tinggal nak masukkan beras dan merebusnya. 

Sis menganyam bukan sorang, ada adik dan juga anak-anak. Yaa anak-anak Sis semua pandai menganyam, kecuali yang sulung, di ajar sepuluh kali pun tak masuk kepala dan tak pandai-pandai juga hahaha.. sampai dah fed-up dia nak belajar dah hahaha.. 

Kalau si Yana dan anak bujang yee pandai.. dari mula sekolah rendah Sis dah mengajar anak-anak, sama juga macam Sis, arwah Abah dan Emak ajar dari sekolah rendah lagi. Arwah Atuk Sis cakap, 'Kalau tak pandai menganyam ketupat, nanti tak boleh kahwin' hahahaha.. lawak antarabangsa sangat ekkk Atuk Sis. muahahaha.. 

Selesai Menganyam Ketupat

Kami adik beradik pandai anyam dua jenis ketupat, ketupat bawang atau ketupat duduk namanya dan juga ketupat sate.. tapi kebiasaannya, kami lebih suka anyam ketupat bawang aje.. tu pun ikutlah jejari pusing daunnya hahahaha.. kadang lebih banyak ketupat bawang yang menjadi sebab lebih mudah dan senang. 

Kali ni daun kelapanya Sis beli dengan sepupu ajer. Kebiasaannya tiap-tiap tahun Suami beli di pasar, tapi tahun ni sepupu ada jual, so Sis beli je dengannya, lagipun rumahnya dekat je di Kota Masai. Sis pi amik je.. seikat RM5, dan seikat tu dapatlah dalam 40 biji kalau daunnya elok, tapi kali ni memang daun tak berapa nak elok.. banyak pendek-pendek.. 

Selesai Menganyam Ketupat

Bila daun pendek, aduiii haiii nak melilitnya payah oii.. step pertama menganyam okay lagi, tapi nanti bab nak pusingkan daun dan menganyam seterusnya jadi susah, hujung dan pangkal daun hilang dan susah nak tarik.. stress juga kadang, sebab tak puashati hahahaha.. 

So Sis anyam je laa mana daunnya yang panjang dan elok, tak kuasa le nak stresskan diri dek anyam daun pendek-pendek.. kalau jari korang jenis halus jer, haaa boleh laaa, jenis jari gebu macam Sis ni, memang tak best anyam daun pendek.. 

Selesai Menganyam Ketupat

Dari 4 ikat daun, racik dan pilih, akhirnya dapat 150 biji aje kelonsong ketupat.. jadilah agak banyak juga tu.. lagipun Sis pun ada beli 100 biji ketupat palas juga.. dan adik order pulak 5 batang lemang, haaa makan le sampai lebam hahahaha.. 

Adik-adik Sis semua dah sampai di rumah Sis dari semalam sebelum PM kita umumkan PKP seluruh negara semalam. Lagipun adik-adik pun duduk sama daerah Johor Bahru dengan Sis aje, so takde masaalah dan tidak langgar SOP pun..cuma tiba raya kami kena duduk aje la dalam rumah, tak bolehlah nak ziarah raya ke rumah sepupu ke sepapat ke.. #JustStayAtHome makan tidur hahahaha.. 

Tak apalah itu yang terbaik buat kita semua kan.. Janji kita raya.. Raya tetap raya.. hidupkan suasana hari raya walau kita beraya di rumah sekalipun.. walau tak ada orang datang pun.. janji kemeriahan sambutan hari raya kita raikan setelah sebulan berpuasa. Jika kau hidup dalam bersyukur, pasti ko nak sambut raya..

Kelongsong ketupat dah siap, so malam karang dah boleh rendam dan tapis beras, esok selepas Sahur dah boleh mula isi beras dan terus rebus. Sebab tahun ni kami adik badik plan hari terakhir berbuka puasa kami nak makan lauk pauk raya.. nanti pagi raya tinggal panaskan dan kami dah boleh rehat.. takde la kelam kabut kan.. 

Mudah-mudahan Allah sampaikan umur kita semua menyambut Syawal dan seterusnya.. aamiinn.. 


P/S: Haaa lupa nak tanya, korang pandai tak anyam ketupat? hehehehe.. 

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Patut la ako x kawen2 eh sbb x pandai anyam ketupat wakakk🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Sampai ke tua ena tak pndai. Hahah. Order je tinggal masak sendiri 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. 🙋Saya pun hanya boleh anyam 3 jenis ,ketupat sate,ketupat pasar & ketupat bawang.Teringin nak belajar ketupat kerbau & ketupat manggis yg comel tu..yang tu belum reti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!