ZIKIR HARI ISNIN, JOM KITA BERZIKIR | “Zikir” bererti “ingat” atau “sebut”. Di dalam agama Islam, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah. Korang dah berzikir hari ini? Alhamdulilah, tak kiralah zikir hari apa pun sekalipun, janji bibir kita tu sentiasa di basahi dengan kalimah suci Al-Quran, insyaAllah semua urusan kita Allah permudahkan.
Harini hari Isnin, hari permulaan segala hari, dan hari pembuka hari dalam 7 hari seminggu. Bab perkongsian zikir harian ni memang dah banyak kali dah Sis kongsi di blog ni, tapi tidak mengapalah kalau kita nak kongsi banyak kali kan, sebab setiap posting, pengisiannya berlainan. Janji apa yang kita kongsikan sampai kepada semua.
Banyak kelebihan dan peristiwa yang berlaku pada hari Isnin ni. Oleh kerana itu, barang siapa yang ingin memulakan perjalanan atau pekerjaan, maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Umat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.
Peristiwa Hari Isnin :
Hari Isnin adalah hari terbaik memulakan perjalanan/pelayaran atau perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu:
1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin,
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.
Berikut adalah zikir harian sepertimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali. Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkannya supaya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebaik-baiknya, setiap zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali.
Zikir Hari Isnin
Ù„َاØَÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللهِ الْعَÙ„ِÙŠِّ الْعَظِÙ…ِ
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah", maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.
Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)
Moga bermanfaat buat semua..
P/S: Mood tengah ke-sungai ni, duk fikir nak masak apa Ketam Nipah kat dapo tu hahahaha..
"Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah" - terima kasih atas perkongsian, sis Lin :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeleteterima kasih perkongsian infonya sis
ReplyDelete