7 JUN 2021, HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG | Hari ini adalah hari cuti Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tetapi sambutannya di tangguhkan setelah mempertimbang peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19, kematian baharu akibat wabak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 1 Hingga 14 Jun 2021.
Pun begitu, tarikh 7 Jun 2021 telah ditetap dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan umum sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda. Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan ini adalah atas titah perkenan Seri Paduka Baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan lebih buruk.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2021.
Didoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.
Didoakan ke hadrat Allah SWT juga semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Kredit @istana_negara
P/S: Harini bizi pi Pasar membeli bahan dapur kering dan basah, topup sayur-sayur semua. So lepas ni duduk rumah seminggu tak payah keluar dah.. begitulah...
dirgahayu tuanku
ReplyDeleteDirgahayu Tuanku.
ReplyDeleteHari ni dh keje balik... Arghh sejak wfh ni rasa malas sokmo nak "masuk" keje...
ReplyDelete