AKHIRNYA DAPAT JUGA AKU MAKAN BISKUT KAK YATIE KITCHEN NI | Kisahnya bermula dari sebelum raya membawa sampai ke raya, Sis duk kejarkan biskut Kak Yatie Kitchen ni. Dah deal dengan agent dia masa ramadan tu, tapi katanya belum ada stock, nanti akan di beritahu. So Sis pun diamkan menunggu. Kemudian seminggu lagi nak raya, Sis tanya lagi agent, katanya memang dah habis stock, kalau nak seminggu raya baru ada. Okay Sis booking dulu set combo..
Then bila dah seminggu raya, maklumlah bizi kann, lupa pulak nak tanya. BIla ternampak Mat Gebu up masuk dalam facebooknya, barulah Sis teringat balik, Sis terus tanya lagi dengan agentnya. Then jawabannya 'habis stock' juga huhuhu.. adoiii frust pulak rasa, memang payah beno nak dapatkannya..tentu special sangat kannnn..
Lepas tu bila Kak Yatie up di FB Pages dia pasal biskut tu dah re-stock, Sis terus komen kata dah tanya agent tapi tak dapat... terus Kak Yatie bagi feedback suruh wahtsapp dia. Cecepat Sis whatsapp dia. Bila dah deal dengan Kak Yatie, haaaa akhirnyaa, dapatlah merasa biskut istimewa by Yatie Kitchen ni.
Gigih tak Sis ko hahahaha.. dek sebab suka beno Biskut Sugee tu haaa laaa yang nak sangat Sis dapatkannya.
Kemain lawaa pakaging dia ko, dari kotak membawa ke tin biskutnya, memang sangat eksklusif betul. Padan le dengan harganya yang rata-rata kawan Sis kata mahal, tapi bila dah dapat, dan dah merasa biskutnya, okay... harga dia memang berbaloi..
Biskut tu terjual set combo dan juga asing-asing. Dua tin biskut combo yang Sis beli ni harga promosi dia RM70. Satu tin besar adalah Butter Cookies dan satu lagi tin Milk Sugee. Dua-dua isi padat dan masa sampai tu, sikit pun takde pecah dan peroi, elok aje biskutnya dalam tin..
Ini 100% homemade by Kak Yatie, resepi istimewa dan antara biskut kegemaran hot seller pembeli di seluruh negara. Memang takde jual memana, pakaging ke, marketing ke semua Kak Yatie yang uruskan, sebab tu ada agent-agent tertentu sahaja yang di lantik untuk korang hubungi bagi mendapatkannya.
Tapi bebaik, takut kang salah contact, dapat scammer, minta tranfer duit, haaa biskut tak dapat, duit pun lesap.. tu kena berhati-hati yaa.. Ye laa benda dah laku keras, ramai laaa amik kesempatan, macam juga kes Sambal Nyet tu kann.. so korang hati-hati..
Biskut Butter tu Suami makan paling banyak, katanya sedap. Kalau anak-anak Sis tak suka, sebab memasing tak suka susu, lagi kalau si Yana tu.. pelik takkk.. Terasa memang butternya, dan biskutnya crunchy. Ni kalau dapat kat anak sedara Sis si Danny tu, habis licin sekali hadap, dia paling suka butter cookies weiii..
Tapi pilihan Sis tetap juga Milk Sugee Kak Yatie. Makan tu rangup di luar, cair di dalam gitu... jenis macam ni Sis suka, sebab kering nampak di luar, tapi bila masuk mulut, ianya cair di dalam.. sedap...Biasa biskut sugee ni kann, bila di pegang aje melekit melekat kann, then bila masuk mulut, ehh keras laa plak.. haaa beza dengan biskut sugee Kak Yatie ni.. korang cubalah..
Korang yang ingin mencuba dan nak membelinya boleh laaa contact agent-agent sah kak Yatie tu yaa.. sebab sekarang Sis terbaca dah Open Order untuk Batch ke 5 .. Limited stock.. siapa cepat dia dapat huhuhu..
Harga :
Milk Sugee RM35
Butter Cookies RM45
Combo : RM70
P/S: Terima kasih Kak Yatie, moga terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu ❤
Tak mahal la kalau harga tu dengan packaging ekslusif. Kita beli biskut dalam botol dobo2 pun dah RM35
ردحذفpackaging dia setanding produk premium rasa pun mesti premium ni kan SL
ردحذفsedapnya biskut!
ردحذفMilk sugee tu nampak sungguh menyelerakan, harga pun ok. Nampak berbaloi tu yummss...
ردحذفSedap ni makan bersama air teh o panas panas
ردحذفSis, nie semacam yang ada kat pasaran tu ek? Tapi locally made kan? Macam menarik je Sis? Rawlins memang ada sebekas kat bedroom, utk teman masa layan movie. Better beli kombo kan, lebih murah.
ردحذفSedapnya nampak biskut butter ni kan mesti lembut and crunch dalam mulut tu bestnya nak cuba nak juga lah kita hehehehe bestnya boleh buat kudapan kat rumah ni wakakakaka..
ردحذفwow butter cookies..confirm lah sedap. jarang2 butter cookies tak sedap kan. layan kdrama apa tu sis?
ردحذفAduh SisLin!! Nampak sedap sungguh sekut butter tu . Takleh jadi ni..nak order jugak. Kombo ade less ..super jimat
ردحذفeh sis takde lah mahal sangat kalau dah kualiti macam tu. khai rasa memang standard. kalau tau aawal beli dah tapi tak nak beli sugee hahaha sebab tak suka yang dekat rumah ni pun tak makan sebab tak minum susu.. hahha ejllo anak sis kite geng
ردحذفMmg nampak esklusif betul. Selalu nampak kak yatie up kat ig dia.. nanti nak try belilah.. sedapnya biskut sugee
ردحذفWow! Cantiknya packaging dia, bukan biashe2 ye! Harga pun sangat berpatutan bah! Some of the cookies yang packaging biasa pun kadang2 lebih expensive dari ni.. boleh try ni..
ردحذف