AKU BELI SAYUR KAMPUNG ONLINE AJE MUDAH DAN SELAMAT

Sis Lin
2
AKU BELI SAYUR KAMPUNG ONLINE AJE MUDAH DAN SELAMAT | Haa yerr baru balik dari kebun ni haaa, kebun 'facebook', petik guna jari je terus sampai depan pintu, hahahaha.. gitulah kan sekarang ni, nak keluar bersesak dan berhimpit dah malas dah. Rasa was-was satu hal, dah terbiasa duduk rumah, so nak bersiap keluar pun dah jadi malas, so eloklah beli online aje.

Kenapa? Tak percaya ke Sis beli sayur kampung online? Hahahaha.. sekarang ni semua di hujung jari aje laa, nak dengan taknak jee laa kalau nak oder, beli dan masaknya. Kalau rasa tak perlu dan kurang rajin atau tak makan sayur kampung, tak payah ler beli. 

Macam Sis memang suka, lagi pulak memang lama sangat teringin nak makan Jantung Pisang tu haa, pastu ternampak pulak Sayur Nangka, walahhhh memang terus order laaa.. Kalau dulu belakang rumah Emak Sis kebun kecik dan ada pokok pisang, tiap kali kuar aje jantung pisang, Emak mesti simpankan untuk Sis, sekarang pokok-pokoknya dah tebang, so dah takde dah kebun kecil di belakang rumah Emak tu. 

Jantung Pisang

Sayur Nangka

Sis dah terbayang-bayang kesedapannya jantung pisang tu di rebus, then buat sambal belacan asam, makan cecah dengan jantung tu, perghhhh sedapnyaaaa lahaiii.. Sayur nangka tu macam biasa laa, Sis akan masak lemak dan letak daun selasih, uiiii memang makan bertambahlah gayanyaaa.. 

Seller yang jual ni pun kemain ramah, Sis tulis order sekian-sekian, dia terus tanya, 'Nak sayur kampung lain tak?', then terus dia send senarai nama-nama sayur kampung lain kotlah Sis nak beli juga. Bila dah nampak senarai nama sayur kampung tu semua, apalagi.... menambah order laaa Sis hahahaha.. 

Sayur Taugeh

Sayur Kangkung

Ni antara yang Sis beli laaa. 

Jantung Pisang 2biji rm7
Sayur nangka 2bungkus rm10
Kangkung 2ikat RM6
Pucuk Ubi 2ikat rm8
Taugeh rm2 

Mahal ke murah tu? Bagi Sis okay sangat laaa tu. Caj delivery ke rumah rm3. Buat masa ni tak payah berkira laaa, janji memudahkan kita, kita pun tak payah keluar rumah, selamat dan jimat masa. Sambil tu dapat membantu mereka yang meniaga mencari rezeki. 

Aku Beli Sayur Kampung Online Aje Mudah Dan Selamat

Korang kalau nak order, contact nombor di bawah ni : 
Sayur Kampung +60 11-1278 3960

Sekarang ni bukanlah kata Sis ko membeli aja, apa orang jual Sis beli, tapi memang sekarang ni ramai menjual, bukak aje laa facebook, twitter, instagram, dan group wahtsapp semua, semua orang menjual, kadang tu yang menjual tu kawan ko juga, serba salah kadang kalau tak belikan. 

Tapi seller pun tak boleh paksa kita untuk membeli, iklan aje laaa bebanyak, kita tak marah pun, cuma jangan memaksa, bebaik orang nak beli atas niat ikhlas membantu, jadi merungut dan annoying plak, so better tepek iklan, ada rezeki ye ada. 

Sama juga pembeli macam kita, taknak beli diam aja, nak beli PM tepi. Ada sesetengah, belinya tidak, tapi nak compare pulak orang ni jual murah, orang ni jual mahal, pebendee lerr.. takde sensitiviti betul dengan seller lain.. 

At least jika rasa ada rezeki lebih, belilah, supportlah member tu.. benda makanan, tak rugi pun belikan.. moga kita dan kalian semua dimurahkan rezeki dan dapat membantu sesama kita,aamiinn.. 


P/S: Hati menjerit gak nak jalan masuk Mall, tapi.... apakan dayaaaaa, bersabo aje laa 😭
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mudahnya sekarang nak dapat sayur kampung
    Nangka muda tu nampak cantik
    Cuma pucuk ubi tu dah jadi daun ubi
    Pucuk ubi hanya 2 helai yang paling atas sahaja

    ردحذف
  2. senangnya..kat sini line telepon pun tak berapa clear

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!