ANAK DAH VAKSIN, EMAKNYA ENTAH BILALAH EK! | Naik malas dah nak check kat MySejahtera tu. Hari-hari duk mengecheck tapi ermmm harapan tinggal harapan.. so malas nak mengharap. Tiba masa ada rezeki dan sampai turn, ada laa tu..
Tak daftar ke Sis? Ni lagi soalan yang bonghok kalau ada yang bertanya. Sorry Sis bukan anti-vaksin okay. Mula aje buka untuk daftar tu, Sis dah daftar dah. Dan sejak mula apps MySejahtera tu lancar, Sis pun terus download dan guna. Tak pernah lagi Sis ko uninstall ke apa ke, memang ada je dalam handphone tu.
Sampaikan nak yakinkan diri, nak comfirmkan betul atau tidak, hinggakan dah banyak kali Sis ko duk daftar semula, isi lagi dan lagi dan lagi... sudahnya sama ajeee segitu... entah laaaa.. dari stress memikir, so lantak lee ko..
Tapi alhamdulilah, anak-anak semua dapat. Paling awal anak Sis yang sulung di Shah Alam, dia dah selesai cucuk vaksin dose pertama awal bulan June haritu. Kemudian bulan depan, Yana dan anak bujang pulak cucuk vaksin.
Kenapa anak dapat di Selangor? Yaa walaupun IC di Johor tapi dia bermastautin di Selangor, sedang belajar amik Master di MSU, dan masih lagi di sana ni.. nak balik pun tak boleh, tengah PKP kan.. so stay aje sana lebih selamat.
Anak Sis dapat masa buka daftar volunteer vaksin Astrazaneca fasa pertama KL & Selangor tu. Rezeki dia dapat. Yang lagi dua anak tu dapat masa buka daftar vaksin astrazaneca terbaru ni, tapi tu laa takde rezeki Suami dan Sis nak dapat. Yang dapat anak Sis,Yana dan anak bujang.
Masa daftar tu, Sis daftarkan untuk Suami. Memang harap sangat Suami dapat, sebab dia lebih berisiko tinggi. Dan untuk pendaftaran Sis, anak di Shah Alam tu buatkan, pun takde rezeki, tak dapat juga sampai sekarang ni haaa..
Takpelah.. tunggu aje laa update seterusnya.. insyaAllah semua orang akan dapat.. think positif aje sudah..
Masa anak selesai cucuk vaksin pertama dia, agak teruk gak komplikasi yang anak dapat dalam sehari selepas beberapa jam cucuk. Petang tu anak dah mesej katanya badan dia berpeluh-peluh dan rasa nak demam. Sis pula memang dah pesan kat anak, balik dari cucuk beli panadol dan simpan. Nasiblah dia beli.
Malam tu anak demam mengigil sampai tak boleh nak tidur katanya. Badan berpeluh-peluh dan tangan sebelah sakit semuanya.. Risau Sis di sini memikirkannya dia sengsorang sana. Yang ada pun housemate dia laa dudk serumah menyewa.. Memang dah pesan, kalau teruk, minta housemate hantar ke klinik.
Tapi alhamdulilah, petang tu dia makan dua biji panadol, dan malamnya tu makan lagi dua biji, esok paginya demam kebah dan dah mula rasa selesa. Syukurlah.. risau sangat Sis.. Tapi Sis tau anak boleh handle sakitnya.
Memang rata-rata berbeza komplikasinya, ikut pada antibodi memasing menerima vaksin dalam badan. Ada yang elok aje, takde demam pun.. yang bestnya, anak kata, kawan dia lepas cucuk, kuat makan, keje nak makan aje, asyik lapar hahahaha... hehehe memacam ekkk..
Seronok tengok kengkawan update dah vaksin. Ada yang dah selesai dah semua dose.. ermmmm Sis ko juga mereput menunggu.. silap-silap, kulit dah kereput, vaksin entah bila nak dapat... gitu laaaa...
Korang ada yang dah dapat? Amacam? Okay tak?...
P/S: Biar lambat janji dah daftar, jangan terus tak daftar... tapi jadi 'batu api'...
Cantik anak akak
ReplyDeleteAlhamdulillah dah vaksin
Kelmarin tokwan rabia vaksin
sama la kita..daftar dari bulan Feb lagi, sampai skang belum dapat tarikh..family aku kat serawak hampir semua da dapat..mamak bapak da lengkap dua dose..adik lelaki aku berapa hari lepas dapat..adik bongsu esok..yang kat shah alam pun laki bini da vaksin..ady pun dah vaksin...akuuuuuu lahhh belommmmm adoii
ReplyDeleteGroup kami semua dah dapat, alhamdulilah. Takpe sis - maybe akan dapat yang letups nyer vaksin kot kelak kan. Gitew nak tenangkan hati tu. Stay safe ye Sis
ReplyDeletenormal la tu lepas kena cucuk akan demam. sel mcm terkejut gitu. xpelah nanti dpt la tu panggilan
ReplyDeleteWow!!!!!!!!!! Anak2 dah dapat dulu. Congrats to them. Insya'Allah nanti sis pun akan dpt juga ya. Bersabar and relax. Hehehe.
ReplyDeleteYang alamat tu make sure kena tepat sbb nanti dorg akan panggil to nearest vaccine centre. Skrg vaccination tgh kat fasa 2 which dorg tgh focus pada frontliner, glongan tua and glongan yg berisiko tnggi (student, pekerja, etc.)
ReplyDeleteRasanya tak lama dah tu sbb vaccine centre makin bnyk skrg 😊
best dah dapat vaksin. maknya kena tunggu dulu, sabar ye sis bae pun belum dapat lagi ni
ReplyDeleteCongrats to your daughter, I'm glad my family got theirs too hopefully soon everyone will get their slot.
ReplyDeleteTak sure juga how mereka assigned the appointment kan.. macam menarik nak tahu juga algorithm dia... tapi hopefully soon rezeki sis pulak ye..
ReplyDeletewah tahniah anak akak..takpe kaka nanti mesti sampai jugak date janjitemu vaksin.Janji kita dah daftar.. iena aritu pun mmg da daftar mysejahtera..lepastu daftar lagi yg goverment bukak utk AZ tu..sebab tu dpt cepat..yg mana tak daftar yg tu mmg kene ikut penggiliran mysejahtera
ReplyDeleteDapat dah ye 😍 Mak abah Mai Alhamdulillah kedua-duanya dapat vaksin dah. Mai pun menunggu tarikhnya entah bila
ReplyDelete