APA MAKSUD UNBOXING TU? | Korang tau ke apa maksud unboxing tu? Kalau sebagai blogger, influencer atau instafamous ke, mesti semua orang tau apa itu unboxing kan? Masa mula Sis dah berjinak aktif balik dalam dunia blogger ni, dan mula terima sesuatu job produk, mula tu agak blur gak apa tu unboxing, lelama bila dah perhatikan, dan research ayat unboxing tu, ooo barulah tau apa maksud unboxing tu, hehehe..
Jujurnya bab nak amik video unboxing ni, memang Sis surrender, tak reti oii nak buat video unboxing bagai hahahaha.. tau-tau bukak, koyak, taraaaa terus tunjuk barang hahahaha.. terukkan Sis ko. Tapi Sis suka nengok orang buat unboxing, macam-macam gaya dan pesenn oii.. kadang buat terhibur nengok, tapi banyakknyaa melopong nengokk, lagi kalau ko tengok blogger Cik Lily Putih unboxing barang dia di IGs dia, perghhhh hari-hari ada parcel ko hahahaha..
Tapi di sebabkan ada kawan Sis tanya pagi tadi pebende unboxing tu, so Sis nak kongsikan juga di sini laa.. kot mana tau, bukan kawan Sis aje yang tak tau, ada lagi pembaca di luar sana sini yang tak tau apa itu unboxing kan? Cuma derang segan nak tanya.. hehehehe..
Unboxing bermaksud membuka kotak.
Menurut wikipedia, Unboxing adalah pembongkaran/membuka kotak produk, terutama produk yang bernilai/berharga yang berteknologi tinggi, di mana proses unboxingnya akan dirakam pada video dan diupload ke Internet dan laman sosial.
Produk berteknologi tinggi yang dimaksudkan seperti produk yang dibungkus dengan rapi sehingga tidak nampak isi dalamnya. Bukan hanya pada bentuk kotak atau box, tetapi unboxing juga berlaku bila mendapat sesuatu bungkusan yang dibungkus.
Cara dan gaya setiap orang untuk melakukan unboxing semua berbeza-beza, bergantung kepada produk yang di terima dan apa yang hendak di unboxingnya, tujuannya kebanyakkannya untuk memberitahu sesuatu produk itu dan secara tidak langsung mempromosikannya.
Ada certain orang banyak dan suka membeli produk, dan produk tu di kirim dan dibungkus dengan rapi sehingga tak nampak isinya, so untuk berkongsikan dengan follower mereka, mereka buatlah unboxing bagi memperkenalkan produk atau barang apa yang mereka beli.
Then bila dah kongsikan di laman sosial, seterusnya pembaca atau follower mereka akan mencari tau mengenai produk tersebut dengan membuka internet. Oleh sebab itulah, unboxing banyak membantu memperkenalkan suatu produk yang dirasa perlu untuk di beli beserta dengan penjelasan berkait dengan produk yang di tunjukkan tu. Samaada bagus atau tidak. Kadang tu siap mereka tunjuk demo lagi..
So dah tau dah apa maksud unboxing tu?.. Apalagi, pi unboxing laaa hahahaha..
P/S: Ermmm sejak PKP ni kemain anak Sis,Yana tu, memacam dia belinyaaa...
banyaknyaaaa barang,, jom unboxing plak hii
ReplyDeletewow..banyak parcel tu. kita pun suka buat video unboxing
ReplyDeletehaha sebab semua di hujung jari kan .. so apa lagi... shopping la..self reward
ReplyDeleteSA ada banyak barang x sampai lagi ni...kebanyakkan hadiah hari lahir la...tak pernah2 dapat banyak parcel...blom kira yang beli barang online sendiri
ReplyDeleteTu dia. Banyaknya nak nyahkotak tu Sis Lin. Adakah ini disebabkan PKP yang berlanjutan? Haha. Rawlins pun ngah menunggu nie. Tapi memang melopong tengok CLP tu tiap hari dapat hehehe
ReplyDeletebuka kotak. aida paham gitu :) tapi dgn cara yg penuh gaya.
ReplyDeletesebab nak share kat media sosial ha ha ha...
aida jarang unboxing mcm sis citer tu.
tak buat review. setakat beli sendiri aje ha ha ha...
last week unboxing barang ikea, 2 parcel sampai.
memang tak nampak brg nya, sis :) hu hu hu...
Best tgk video unboxing, especially kalau kita mmg nak beli brg tu. Suka tgk honest n unedited reviews.
ReplyDeletekita nampak kotak EO YL belakang tu. Bila nak unboxing tu? Sis Lin pun berkotak tu belum review. Hehe.
ReplyDeleteSyoknya dapat Unboxing semua parcel yang sampai. Memang teruja walaupun sebenarnya kita tahu barang apa yang ada dalam pembungkusan tu. Biasa la manusia kan. Mana ada benda tak teruja. Hehe
ReplyDeleteKemain kotak nak diunboxingkan tu ye wakkkk..meriah gittew haha
ReplyDeletekadang-kadang unboxing ni pun boleh buat content terutama kepada mereka yang dah ketandusan content idea.
ReplyDeleteMarsha dulu pun sebelum join bisnes dan serius blogging ni xtau apa unboxing tu...sekarang ni dah imun...hihi
ReplyDeleteMenjadi satu kepuasan tengok influencers buat unboxing kan skrg.. :) Macam2 style ada.. :) #kitamasihbelajar lagi :)
ReplyDeletedulu x kisahpun unboxing ni...tapi sejak rajin membeli dan suka buat content...buat juga sekali-sekala unbixing video
ReplyDelete