APA PUNCA PENDARAHAN DARAH HAID YANG BERLEBIHAN DAN BERPANJANGAN? | Siapa sini yang kerap datang haid/period yang berpanjangan dan berterusan? Ada berjumpa Doktor? Kalau di tanya Sis, sejak Sis pakai implan di lengan kiri Sis, kedatangan haid tu memang tak teratur. Ada ketikanya lama giler tak datang haidnya, tapi kalau selepas pakai baru memasukkan implannya, haid akan datang berpanjangan dan tidak teratur.
Tu yang tahun ni, lepas Sis pasang implan baru, menjadikan haid Sis tak teratur dan berpanjangan sepanjang bulan puasa haritu, ermmm sampai 6 hari tak dapat puasa.. kalau tak tiap-tiap tahun penuh puasanya.. tapi takpelah, dah begitukan nasibnya.. puasa tu boleh ganti aje, tapi kalau rasa haid tu berpanjangan tak stop, eloknya korang berjumpalah dengan Doktor yaa, takut ada kesan sampingan lain kepada kesihatan.
Sis terbaca perkongsian Dr Zubaidi mengenai hal ini di laman facebooknya, so Sis kongsikan juga dengan korang semua okay..
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu.
Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak.
Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :
1. Ketidakseimbangan hormon. Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
2. Kegagalan fungsi ovari. Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
3. Fibroid rahim. Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.
4. Polip. Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahem dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi.
5. Adenomyosis. Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.
6. Alat perancang kehamilan dalam rahim (IUD). Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon. Jika IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.
7. Kanser. Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
8. Penyakit keturunan berkaitan dengan gangguan pembekuan darah. Penyakit seperti penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.
9. Ubat-ubatan. Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
Rawatan Yang diperlukan
Rawatan adalah termasuk ubat-ubatan dan pembedahan.
Alat kontraseptif dalam rahim Levonorgestrel (LNG-IUD) – Mirena iaitu alat kontraseptif yang mengandungi hormon progestogen ini dimasukkan ke dalam rahim oleh pegawai perubatan. Hormon yang dilepaskan boleh membantu menstabilkan lapisan rahim bagi mengurangkan pendarahan haid yang berat.
Selain itu ialah ubat tanpa hormon. Contoh ubat yang boleh digunakan termasuk asid tranexamic dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS). Ubat-ubat ini tidak mengandungi hormon maka ia tidak akan menjejaskan tahap kesuburan pesakit.
Ubat hormon pula termasuk pil kontrasepsi gabungan yang mengandungi estrogen dan progestogen atau tablet progestogen boleh membetulkan ketidakseimbangan hormon bagi mengurangkan pendarahan haid yang berat. Ubat-ubat ini juga merupakan kontraseptif yang boleh mencegah kehamilan daripada berlaku.
Bagi rawatan pembedahan pula termasuk pembedahan membuang rahim (hysterectomy) atau membuang selaput rahim (endometrium). Prosedur membuang selaput rahim ini dipanggil reseksi endometrium. Ia merangkumi pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro. Mereka yang menjalani pembedahan hysterectomy tidak akan mengalami pendarahan haid lagi, akan tetapi keperluan membuat pembedahan ini perlu diimbang dari segi kosnya yang mahal dan juga kesan sampingan lain.
Reseksi endometrium adalah pilihan yang baik jikalau pesakit tidak mahu menjalani pembedahan histerektomi. Rawatan reseksi endometrium boleh dibuat di kebanyakan hospital besar di Malaysia.
Kesimpulannya yang Sis boleh katakan, jika sakit berterusan atau ada simptom sedemikian, silalah segera berjumpa Doktor. Macam Sis, pernah jumpa Doktor dan beritahu masaalah, dan Doktor beri Sis pil hormon, tapi sekejap aje okay, then bila implan tu dah serasi dalam tubuh Sis, lepas tu jadi normal aje, ada masa haid datang, ada masa datang tak teratur..
Yang penting kita tau apa masaalah kesihatan kita, jangan di biarkan.. cegah lebih elok dari mengubati..sekian jagalah kesihatan ya..
P/S: Ada species yang dah tau sakit, tapi degilnyaa lahaii nak pi hospital.. ermmm malas nak nasihat, sendiri laa tanggung...
PC pernah tanya dengan doktor juga Sis..apa punca haid tidak teratur kadang sekajap kadang lama, peningkatan atau penurunan berat badan pun salah satu juga daripada banyak sebab.
ReplyDeleteSo far xpenah lg kes lama sgt kecuali pas beranak. Hehe. Tapi senior ena lg pelik setahun sekali je dtg.
ReplyDeletetahun ni aku ganti sehari je puasa huhuhu...
ReplyDelete