BAGUS KE TIDUR PADA WAKTU SIANG (QAILULAH)?

Sis Lin
3
BAGUS KE TIDUR PADA WAKTU SIANG (QAILULLAH)? | Tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu tengahari adalah digalakkan. Dalam Islam ia disebut 'Qailulah'. Ia boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan sepanjang hari.

Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar pada siang hari membantu menurunkan tekanan darah.  Namun demikian, tidur siang tidak dapat menggantikan tidur pada waktu malam.  Jika kita sukar untuk lelapkan mata pada waktu malam, kita patut mengehadkan tidur siang (kurang 20 minit). 

Ada sesetengah daripada kita menganggap bahawa tidur sebentar di waktu siang adalah sifat orang yang malas atau menganggap rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur di waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara barat mahupun umat Islam sejak dahulu. Ia dianggap sebagai praktis untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja. 

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stress sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ianya membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’. 

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya. 

Bagus Ke Tidur Pada Waktu Siang (Qailulah)?

Berapakah jam tidur setiap hari yang diperlukan oleh orang dewasa?

Adakah korang berasa tidak cukup segar dan cerdas apabila korang bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari? Atau, adakah korang sering berasa mengantuk semasa korang tidak membuat apa-apa? Jika jawapan korang adalah YA, ia mungkin bermaksud korang tidak cukup tidur.

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

Ini bermaksud kita kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam. Apabila jangka masa kekurangan tidur ini bertambah, seseorang akan kekurangan tidur sebanyak 11.2 jam seminggu. Kekurangan tidur untuk jangka masa panjang adalah buruk untuk kesihatan korang!.

Adakah korang tidur dengan cara yang betul?

Kita menyedari kepentingan tidur semalaman yang baik dan selalu tidur untuk jumlah masa yang disyorkan; namun demikian, kita masih rasa tidak cukup rehat apabila kita bangun pada hari yang berikutnya. Ini mungkin bermaksud kita tidak mendapat tidur yang berkualiti atau kita tidak tidur dengan betul. Berikut adalah tips/panduan yang boleh memperbaiki tidur malam korang : 

  • Selaraskan jadual tidur korang. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap bahawa kita boleh gantikan kekurangan tidur kita dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa kita tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu korang berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan kita.
  • Sediakan badan korang untuk tidur. Gunakan sejam sebelum tidur untuk masa senyap (sila pastikan TIADA televisyen, TIADA telefon bimbit, TIADA kerja).
  • Elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur (snek ringan boleh diambil).
  • Elakkan nikotin (contohnya, rokok), kafeina (contohnya, teh, kopi, coklat) dan minuman alkohol
  • Beraktiviti fisikal sepanjang hari – bersenam (tetapi, jangan buat senaman kuat 2–3 jam sebelum tidur).
  • Elakkan ubat yang boleh menangguhkan atau mengganggu tidur korang. Jika korang mengambil ubat, bincang dengan doktor korang untuk mengetahui sama ada ubat-ubat itu yang penyebab korang kekurangan tidur.
  • Pastikan suasana sesuai untuk tidur. Pastikan bilik tidur senyap, dingin dan gelap.
  • Mandi air panas sebelum tidur.
  • Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).

Jika korang mengalami corak tidur yang tertentu, seperti memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur setiap malam, bangun beberapa kali, atau sering tidur sekejap, korang patut berbincang dengan doktor korang untuk mengenal pasti jika korang ada gangguan tidur atau masalah kesihatan yang lain.

Bagus Ke Tidur Pada Waktu Siang (Qailulah)?

Patutkah kita tidur siang?

Tidur siang di tengahari boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan dan pelaksanaan untuk jangka masa pendek. Kajian menunjukkan bahawa kekerapan tidur siang di tengah hari boleh membantu menurunkan tekanan darah.

Namun demikian, tidur siang tidak dapat memberi manfaat yang didapati daripada tidur malam. Oleh itu, jangan gunakan tidur siang sebagai cara korang “membayar balik” kekurangan tidur korang. Jika korang ada kesusahan untuk lelap pada waktu malam, korang patut mengehadkan tidur siang atau tidur siang lebih awal pada waktu petang (sebelum 3 pm, untuk <20 minit).

Tidur awal dan bangun awal membuatkan korang sihat, kaya dan bijak! Pastikan korang mendapat tidur yang mencukupi setiap malam. Dengan tidur yang mencukupi, korang akan mendapati bahawa korang lebih gembira dan produktif pada hari berikutnya.


P/S: Jadi rutin, Sis kena tidur siang, paling tak lepas waktu Zuhur.. ada masa terbabas gak tidur selepas Asar huhuhu.. janji tidur sekejap.. kalau tak resah gelisah diri ni.. 
Tags

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nice sharing :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/hatimu-sedingin-salju.html

    ردحذف
  2. Wak memang tidur siang sebentar selepas solat zohor
    Tapi tidur kat kerusi malas aje
    Pukul 3 petang dah bersilat semula.

    ردحذف
  3. PC kadang tidur kadang tak Sis waktu siang tapi biasanya badan kita akan hantar isyarat pada otak seteruskan ke mata ngantuk atau tak. Kalau PC tidur siang tu maksudnya badan letih sangat. Tidur memang taksekejap, akan lebih setengah jam.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!