BILIK TIDUR SUAMI ISTERI ADALAH 'PRIVACY'

Sis Lin
13
BILIK TIDUR SUAMI ISTERI ADALAH 'PRIVACY' | Tahu tak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sapa-sapa pun tak boleh masuk, walaupun anak kita sendiri kecuali dengan izin. Dari Sis membesar dulu, arwah Atuk cukup marah kalau duk keluar masuk bilik arwah Abah dan Emak Sis. Ye laaa kita masuk pun time mereka duk santai dan berbual, lagipun pintu pun terbuka. Tapi arwah Atuk cukup marah.. 

Itu yang terbawak sampai dah berkahwin ni, kalau anak ke atau adik badik Sis ke, memang Sis tak beri masuk jika Sis tidak memanggil. Dulu Suami kurang faham, kadang sedara mara jejauh datang pun dia bagi guna tandas bilik Sis, lepas tu Sis tegur dan beritahu Suami, alhamdulilah lepas tu dah takde dah buat lagi dah.. kita tegur untuk kebaikan bersama. 

Korang pula macam mana? Mungkin tidak tau atau memang tak pernah tau? Jika yaa, berbuatlah dari sekarang, jangan di pamer suasana bilik tidur kita dan juga jangan mengajak atau kita sendiri masuk di bilik tidur orang berkahwin sesukahati kerana bilik tidur suami isteri adalah 'privacy'. 

Dalam Islam, ada masa-masa yang kita di larang sama sekali masuk ke dalam bilik Ibu Bapa atau bilik yang ada pasangan Suami Isteri, tidak kiralah rumah siapa pun kita pergi walau hanya menumpang solat. 

1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak

Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud : 

 "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. 

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana "... (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Justeru itu anak-anak/ibubapa/tetamu apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu...

Bilik Tidur Suami Isteri Adalah 'Privacy'

Gambar sekadar hiasan di Anantara Desaru & Villas 

Anak-anak di larang masuk ke dalam bilik IBU BAPA,
Ibu bapa di larang masuk ke dalam bilik ANAK-anak yang dah berkahwin,
Saudara di larang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,
Apatah lagi tetamu, di larang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.

Dalam bilik tidur ada privacy yang tak boleh orang tengok, hatta 'katil' itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.

Islam memberikan HAK PRIVACY kepada suami isteri, apatah lagi dalam rumah sendiri. Orang luar tak boleh suka-suka masuk ke mana-mana bahagian dalam rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya. Lebih-lebih lagi, dalam bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yang tak sepatutnya menjadi tontonan orang luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. 

Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yang selalu dimasuki orang luar, lama kelamaan akan hilang serinya. Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya untuk suami isteri sahaja sebab di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.

Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut
Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.

Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak. Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan di balas dengan hormat. Sama-sama saling menghormati.

Buang perkataan 'sporting' untuk perkara yang memang bukan untuk 'sporting'..


P/S: Sebab itu deko rumah secantik mana pun, JIKA boleh jangan tunjuk bilik tidur kita.. tunjuk katil bilk Hotel pun ada masanya, jangan dah selerak katil baru ko tunjuk, nanti mengundang fitnah. 
Tags

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kak Sue pun tak bagi orang lain masuk bilik tidur Kak Sue dan sama juga macam Lin, bila dah jelaskan dan terangkan suami dia dah faham dah..

    ReplyDelete
  2. Betul..SA mmg x bagi org masuk bila SA..waima anak nak masuk pun kena minta izin...

    ReplyDelete
  3. Ako. Nmpk tile parkir je celah lubang pintu.. Eh eh hahha

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan.Betul tu.Bilik kita suami isteri memang tak elok bagi siapa-siapa masuk.Tapi kadang-kadang,ada sesetengah orang tak faham.Datang2 rumah orang sibuk nak masuk tengok bilik orang.Apa dia ingat macam datang tengok bilik pengantin masa kenduri?Ha3.

    ReplyDelete
  5. Betul sis, setuju..sepatutnya privacy untuk suami isteri sahaja.

    ReplyDelete
  6. Sama kak lin, juju pun tak bagi sesiapa bertandang bilik tidur juju dkt org yg bertandang dirumah. Siap kunci lg adalah. Mujur bilik air ada 2 set... haaa master bedroom tersorok.

    ReplyDelete
  7. Betul tu sis Lin, Ekin pun bilik tidur x bagi siapa masuk dalam tu privasi kan,tambah duduk dengan mil nak privasi xde dalam bilik tu la privasi

    ReplyDelete
  8. setuju. anak2 aida pun da dilarang masuk bilik kami dari kecik. perlu masuk, minta izin. tu pun sekadar di pintu. dan kalau diorang ke rumah mak-mak sedara pun aida warning, jgn masuk bilik selain bilik yg kita duduk. privasi, kan. we can never know apa ada di dalam meskipun adik-beradik si ibu dan ayah.
    ni ilmu yg perlu kita inform kpd anak-anak dan perlu diwarisi budaya ni. lelebih dlm islam pun ditegaskan, lagi la perlu dihebahkan.

    ReplyDelete
  9. Rawlins sampai sekarang masih lagi tak berani jejak bilik tidur my parents - usia dah banyak nie sebab diajar dari kecil takleh masuk. Now kami ajar anak-anak dan anak saudara untuk menghormati jua ajaran sebegitu, alhamdulilah.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya ianya adalah lebih kepada adab. Ini kerana ruang tidur terutama pemilik rumah kena ada privasi yg x boleh suka suka kita masuk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!