CARA MENYIMPAN UDANG AGAR KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA | Sebenonya kalau korang nak tau, Sis adalah orangnya yang suka membeli dan menyimpan udang dalam peti beku. Memang pantang nampak udang segar atau besar-besar, Sis ke atau Suami ke memang suka beli. Tak kiralah walau dalam peti beku tu dah ada stok udang juga, tapi pantang nampak mesti nak beli.
Suka sangat makan udang tidaklah juga, tapi suka menyimpan. Bila nak guna atau nak masak buat campuran sayur atau goreng mee ke, haaa udangnya dah ada, so takde nak pening kepala fikir tak cukup bahan, kecuali memang takde keluar membeli.
Tapi sejak jiran dalam perjiranan Sis ni ada menjual bahan basah, so memang kejenya membeli aje lee bila nampak ada udang dalam list hehehe.. Kekadang tu jiran jual udang putih, satu box RM16 dan udang harimau macam Sis beli ni satu box RM18. Tapi biasanya Sis akan beli dua-dua hahaha.. dua box udang putih, dan dua box udang harimau, kau ngase? Hahahaha..
Dan di sebabkan Sis ni di lahirkan dalam keturunan Cina, so korang mesti tau kan orang Cina suka membeli seafood fresh dan masaknya pun fresh semuanya. Sebab itulah Sis tak kisah kalau beli udang bebanyak dan simpan buat stok dalam peti beku, dah tau caranya hehehe..
Alaa mesti ada antara korang pun tau juga kan.. cuma ini kali Sis kongsikan dengan korang. Secara kebetulan tadi siang beli udang harimau juga dengan jiran ni, sambil buat duk teringat, tu yang Sis amik gambar dan kongsikan di sini.. kotlah ada yang tak tau kan.. korang cubalah ya..
Udang akan cepat membusuk apabila dibiarkan pada suhu bilik. Makanya, segeralah simpan udang yang sudah dibeli ke dalam peti sejuk beku untuk melambatkan proses ‘membusuk’. Simpan udang dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran udara dan menghalang pertumbuhan bakteria. Bahagikan udang untuk setiap hidangan untuk lebih selamat.
Dan elakkan kupas kulit udang untuk disimpan dalam peti ais kerana akan mengurangkan kesegarannya. Hanya kupas kulit udang sebelum dimasak sahaja.
Cara Menyimpan Udang Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama
Bahan di perlukan:
- Bekas bertutup
- 1 sudu makan gula pasir
- Air sejuk
(gula tu ikutlah berapa bekas udang yang korang simpan, sebekas sesudu sudah cukup memadai)
Caranya :
- Udang tu korang bersihkan dengan membuang kepala dan kakinya aje.
- Cuci bersih dan toskan.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas
- Taburkan gula atas permukaan udang
- Masukkan air sejuk sedikit (jangan sampai penuh)
- Tutup bekas udang tu dan masukkan ke peti sejuk beku.
- InsyaAllah, udang korang akan segar untuk beberapa hari dan bila nak masak akan terasa kesegarannya.
P/S: Yang Sis tau udang aje buat macamtu, lelain seafood Sis tak pasti samaada boleh ke tidak, harap maklum..
Tk
ReplyDeleteKira macam petua jugalah ni
Wah menarik petua ni..senang aje...nanti boleh cuba..
ReplyDeleteoh letak gula ye..nak try la
ReplyDeleteOohh, letak gula. Kita selalu letak air jee Thanks for sharing jugak ni. :)
ReplyDeletegood tips..nice sharing
ReplyDeleteWow......this are good tips to keep your prawns fresh and healthy. Will follow this. Thank you for sharing and this advice.
ReplyDeleteFirst time dengar letak gula.. ok nanti boleh try. Tips menarik ni
ReplyDeleteThanks so much sis lin for this useful tips shared, learnt them all :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletewow thank you for the useful tips! I also love store prawns to cook on special occasion so gonna try this way
ReplyDelete