DOA SELEPAS SOLAT FARDHU AMAT MUSTAJAB

Sis Lin
4
DOA SELEPAS SOLAT FARDHU AMAT MUSTAJAB | Seperti yang kita tahu, doa selepas solat termasuk antara waktu berdoa yang paling mustajab. Jujurnya kekadang selesai aje solat, dalam kepala ni dah macam-macam doa nak di baca, tapi bila kita dah terbiasa dengan doa yang kita baca, maka usai aje solat, doa itu juga yang akan kita baca. Dah jadi satu amalan kan.

Kecuali, jika ada sesuatu hajat, barulah di tambahkan dalam doa Sis tu. So far, alhamdulilah ada jugalah beberapa baris ayat dalam bahasa Arab yang Sis hafal untuk doa selepas solat, lain-lain banyaknya berdoa secara bacaan bahasa Melayu aja. Tapi tak kisahlah bahasa Melayu ke Arab ke, asalkan selepas solat kita berdoa. Tak perlu panjang, doa ringkas pun jadilah. 

Yang utama, baca ayat Kursi dan sedekahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri dan juga insan-insan yang telah tiada. 

Doa Selepas Solat Fardhu Amat Mustajab

Berzikir dan membaca doa selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan. Marilah kita memanfaatkan setiap waktu selepas fardhu untuk membaca doa. 

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (HR Tirmizi)

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksudnya : 

Doa Selepas Solat Fardhu Amat Mustajab


Lepas tu, Sis akan baca doa dalam bacaan rumi seperti di bawah ni.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. 

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Murahkanlah rezeki kami, dan berilah kesihatan berpanjangan kepada kami. 

Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.

Aaminn... 

Doa Selepas Solat Fardhu Amat Mustajab

Jadikan Doa Senjata Kita

Sebenarnya kita boleh berdoa dalam apa jua bahasa yang kita selesa. Maka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardhu jika kita terlupa dan tak mampu menghafal kesemua doa ini.

Yang penting, selepas solat nanti cubalah berada pada posisi itu buat seketika untuk berzikir dan berdoa. Niatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW. InsyaAllah, ia dapat menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita.


P/S : [Aku sentiasa doakan moga KAU pergi jauh dari hidup Aku Sekeluarga]..aamiinnn... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga kita jadikan ia satu amalan selepas solat, berdoa. Sebab kekadang tu lepas solat terus buka telekung.. hmmmm

    ReplyDelete
  2. betul, sangat mustajab. kena banyakkan berdoa, InsyaAllah dikabulkan, kalau bukan skrg pasti nanti bila waktu yang tepat

    ReplyDelete
  3. bagus sharing ni sis. semoga berpanjangan pahala buat sis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!