FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI KUCING

Sis Lin
10
FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI KUCING | Sejak-sejak ni Sis suka beno tau usik, gentel dan picit-picit tapak kaki si Kenit tu time dia tidur, geramm kekadang, rasa nak gigit aje. Kekadang tu terlupa, sampaikan ehhhh terciummm plakk, menjerit anak Sis,Yana kalau ternampak 'Makkk kan kotor tu' hahahahaha.. 

Yang si Kenit plak sejak Ayahnya tu takde di rumah, kemain bergesel berkepit je gan Sis, sampaikan tidur pun di sebelah tempat Ayahnya tidur, mana lee tak geramm, kadang di hulur kakinya ke badan Sis laa, ke muka Sis laa, memang lama-lama kang kena gigit juga kakinya ni hahahaha.. 

Suka lembut-lembut dia, color tapak kakinya, eeee susah nak cakap laaa hahahaha.. paling best tu, suam-suam kuku jee rasa bila picit-picit, yang si Kenit diammm ajee, kecuali kalau ko usik kuku dia, kemain marah.. sebab tu susah nak potong kukunya, eeeeee... 

Tapi korang tau tak, tapak kaki kucing tu selain dari kecomelannya itu, dan membantu kucing kita bergerak ke mana sahaja, terdapat beberapa info yang korang mungkin tidak tahu mengenai tapak kaki kucing. Yaa Sis pun baru tau jugaa.. tu yang Sis nak kongsikan dengan korang. 


Ini merupakan 5 senarai fakta yang menarik yang korang tidak tahu mengenai tapak kaki kucing:

1. Berjalan secara mengjengket?

Berbeza dari manusia yang berjalan menggunakan keseluruhan tapak kaki, kucing sebenarnya hanya berjalan menggunakan hujung tapak kakinya sahaja pada bahagian jari. Seperti mengjengket gitu.

2. Tulang kuku

Tidak seperti kuku manusia yang tumbuh dari isi hujung jari, kuku kucing tumbuh dari tulang mereka. Jadi inilah sebabnya jangan sesekali membuang kuku (declawing) kucing kerana ia sangat menyakiti kucing. Walaubagaimanapun memotong hujung kuku tidak mengapa.


3. Pengesan suhu

Dilaporkan di Jepun, ramai pemilik kucing memeriksa keadaan kucing mereka dengan hanya memeriksa tapak kaki kucing-seperti mengambil suhu. Jika tapak kaki kucing tersangatlah hangat ini menunjukkan yang kucing mungkin demam dan perlu bertemu veterinar. Menarik bukan?

4. Unik, sama seperti cap jari manusia

Jika korang melihat dengan dekat, korang boleh lihat yang tapak kaki kucing mempunyai corak halus sama seperti cap jari manusia. Menariknya korang boleh mendaftar tapak kaki kucing korang untuk membuka iPhone korang. Tak percaya? Lihat video di bawah ni:



5. Ada sebabnya kenapa tapak kaki kucing tebal

Tapak kaki comel seakan-akan jellybean dan tapak kaki yang tebal berfungsi sebagai penyerap impak dari lompatan yang tinggi. Yang bestnya, tapak kaki kucing membenarkan kucing untuk memburu dengan senyapnya apabila mengendap mangsanya.

Menarikkan? Tapi tahukah korang, Sekotor Mana Tapak Kaki Kucing Kita?

Setiap hari kucing kita berjalan ke luar rumah, pergi kotak pasir mereka malah menggambuskan pasir selepas selesai membuang najis. Kemudian kucing kita mungkin terus lompat duduk di atas riba kita, atas katil malah atas meja makan. Bersih ke tu? Pernah tak kita terfikir yang sekotor mana tapak kaki kucing kita?

Tapak kaki kucing kita tidak lah secara sempurnanya bersih tapi boleh tahan bersih….

Mesti terkejut kan? Sudah diketahui yang kucing adalah haiwan yang pandai membersihkan diri mereka sendiri. Sudah tentu sudah menjadi fakta yang kucing pijak macam-macam permukaan sebab yelah kucing kan tak berkasut.


Tapi perasan tak lepas kucing selesai membuang najis kucing akan menjilat-jilat kemaluan serta kaki mereka? Sis sendiri pun selalu perasan bila tengok si Kenit dan Panjang menjilat selepas habis membuang. Sudah tentu tiada cara untuk tahu dengan lebih yakin yang kucing kita membersihkan kaki mereka. Tapi kita boleh rasa lega kerana kucing sememangnya pandai membersihkan diri mereka sendiri. Takkan nak pakaikan dia pampers atau kasut? Hahahaha.. 

Jaga kebersihan rumah

Sudah tentu kita tak boleh harapkan kucing sahaja bersihkan kaki mereka sendiri. Kita sebagai pemilik kucing semestinya perlu menjaga kebersihan rumah. Sentiasa menyapu, mengemop lantai dan memvakum pastinya dapat mengekalkan tahap kebersihan rumah yang baik.

Cuci kaki kucing

Kalau kita sendiri perasan kaki kucing kita kotor, tak salah untuk kita sendiri bersihkannya kan. Senang saja gunakan kain lembab atau tisu basah lap sahaja kaki kucing tu. Kekadang biasa time nak tidur lee kalau datang rajin, memang Sis lap kakinya dulu dengan wet tissue, bior wangi sikit nak cium-cium hahahahaha.. 

Sumber copy sana sini dari themamamiaow

Sekarang ni hangin dia duk kacau orang solat, suka masuk dalam kain telekung menyorok, geramm betul.. sampaikan now kalau nak solat, kena tutup pintu dah... eeeee.. apa entah datang biol si Kenit ni.. selalunya elok je dia duduk atas katil tunggu diam, sekarang duduk atas sejadah, dia pandang kita then masuk celah kain atau telekung tu errrrr... 

Terhibur dek sekor ni.. kalau Panjang? Ermm suka buat hal sendiri je dia.. tak mesra alam betul.. 


P/S : Malam tadi Suami video call, boleh nak bercakap dengan Kenit, lawakkkkk hahahahaha.. 
Tags

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak juga info baru yang sis tahu. Ye lah Allah cipta setiap makhluknya itu ada keistimewaan masing-masing kan. Kucing ni memang pembersih.

    ReplyDelete
  2. Wow.....point no.3 & 4 is a totally new knowledge for me. Interesting post tho. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. suka main tapak kaki kucing tu sis, macam jelly, tapi kadang tak bagi dia hahaha good sharinggg anyway

    ReplyDelete
  4. tq for sharing. byk ilmu aida dpt, sis.
    aida penggeli kucing. tapi rumah aida ni, dari rumah lama dulu, tempat kucing melepak dan beranak. now, ada sekor mak dan sekor anaknya menumpang. beruntung dia, sis, pagi petang dpt makanan mahal. memang asben sediakan makanan kucing.

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu berfikir kucing ni bersih ke kakinya.. Kita sampai check lg lps dia berak pijak pasir jln sana sini.. Ehh knp kaki bersih..

    ReplyDelete
  6. Mmg comel tapak kaki kicing.. lembut sangat.. selalu rasa nak oicit-picit hehe

    ReplyDelete
  7. This is so cute, now i learnt so many things about cats paw here. Thanks

    ReplyDelete
  8. Rindunya pada my Koko, Garfield. Depa dah takde. Huwaaaaaa
    Walaupun depa kucing singgah tapi depa baik, my anti stress. Huhuuu..

    ReplyDelete
  9. huuu menariknyaaa fakta pasal paw hee kiut betul.hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!