HAPPY FATHER'S DAY 2021

Sis Lin
5
HAPPY FATHER'S DAY 2021| Hari ini 20 Jun 2021 adalah Hari Bapa Sedunia, so bagi siapa yang ada Ayah, Bapa, Daddy, Papa, Babah, Abah, Appa dan lelain le panggilan, tentunya meraikannya bersama yang tersayang. Setahun sekali diraikan apalah salahnya kan, bukan kata setiap hari tidak menghargai, cuma hari ini sangat 'istimewa'. 

Bagi diri Sis, yaaa Sis sudah tidak ada Abah, Abah dah pergi meninggalkan kami pada tahun 2005 akibat sakit jantungnya. Dan Sis juga tidak ada bapa mertua, Suami Sis sejak kecil 6 bulan Ayahnya telah meninggal dunia. So hanya yang Sis raikan adalah Suami Sis yakni Ayah kepada anak-anak Sis. 

Jujurnya kami anak banak tidak beriye sangat meraikannya, lagi kalau Suami Sis tu, bukan jenis romantik hahaha.. ada ketikanya jee dia buat 'kejutan', lainnya anak-anaknya laaa yang mengajarnya. Tapi tiap kali ada hari istimewa, pasti kami tidak pernah lagilah tidak membeli 'sesuatu' atau paling tak pun sebiji kek.. tu memang mesti.. 


Dan di sebabkan tahun ni Suami pulak tidak ada di Johor pada sambutan Hari Bapa ni, bagi menghargainya juga, Sis dan anak-anak belikan juga sebiji Kek Durian dari Kek Durian Viral tahun ni, yang bestnya anak bujang tanya, 'Kenapa Kek Durian?, ni mesti tekak Emak ni' kakakakakakah... *bijak tak Makk... 

So bila kek dah ada, tapi orang yang di raikan tidak ada, makanya, esok kita potong dan kita makanKAN untuk Ayahnya yaaa... hahahaha.. malam tadi tunjuk dah Ayahnya kek ni, Ayahnya buat ikon emoji air liur menjejes hahahaha sian laaaa.. 

Alaaa tapi kannn, Ayahnya kemain siap tunjuk hantar gambar makan durian dekat sana, hampeh... bikin panas ajee kann.. kita kat sini makan kek durian ajerrr hahahahaha.. ini kali kita tayang Ayahnya pulakkk hahahaha... 




Selamat Hari Bapa... Kepada abah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Abah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki perancangan yang lebih indah dan baik untukmu. Kini doa menjadi satu-satunya alat komunikasi denganmu. Aku percaya tuhan maha mendengar. Kepergianmu membuatku mengerti bahwa rindu paling menyakitkan adalah merindukan seseorang yang telah tiada. Namun kepergianmu pun mengajarkan bahawa tuhan selalu ada untuk mendengarkan segala doa dan harapan. Al fatihah untuk abah dan semua yang telah pergi.

Buat Suamiku Tersayang… Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang melindungi anak-anak dari dunia luar yang mencabar sehingga anak-anak terdidik menjadi manusia berguna. Moga Allah panjangkan umur ayahnya. Belajarlah dari Luqman, seorang ayah yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuiri liku-luku kehidupan. Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa.


P/S: Ya Allah terima kasih untuk segala nikmat yang Engkau berikan... alhamdulilah ❤

إرسال تعليق

5تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ok kita tumpang celebrate jgk ar... Hepi hari ayah abg sabar!!! 😜😜 Semoga jg ayah yg sentiasa igt bini dh anak2 kt rumah tu😛🙈

    ردحذف
  2. itu durian betul kan...bukan fondant kan...eh tiberr hahaha

    ردحذف
  3. Sebak la kita tiap kali hari bapa ni.. nak kek deriannnn

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!