HARI INI HARI JADI DIA, HAPPY BIRTHDAY AWAK!

Sis Lin
6
HARI INI HARI JADI DIA, HAPPY BIRTHDAY AWAK! | Siapa dia? Hahaha siapa lagi kalau bukan my bestfriends merangkap tempat meluah segala rasa dan perasaaan, juga teman travel bercuti ke luar negara dan orang yang banyak beri 'kejutan' dalam hidup Sis, dia adalah Retnawati.. 

Kalau korang nak tau, kami memang jarang chat-chat tau, kalau chat pun bila ada isu aje, but kami rapat.... tapi bila dah mula chat, panjang lebar sampai tak sudah... last jumpa dan bercuti dengannya 2019, kami pi bercuti ke Bangkok.. tu laaa last bercuti dengannya.. masa tu belum ada lagi isu Covid19 ni semua.. 

Dan sepanjang mengenalinya, memang banyak laaaa kenangan pahit manis dengannya.. Kalau korang nak tau juga, inilah sahabat kenalan alam maya sebagai blogger yang Sis kenal dan kemudian berjumpa then teruslah bersahabat hinggalah sekarang. Siapa sangka kannn.. dari blog menjadi sahabat rapat.. 

Tidur bersama, bercuti bersama, makan jangan cakaplah, melantakk selera kemain berlumba kalau jumpa hahahaha.. ada lagi geng KAMIE (semua di KL) yang lain, pun sama naik gakkk... arghhh rindu laaa kenangan dengan semua orang di sana huhuhu.. 

Kisahnya begini, dulu Retna ni aktif woo menulis blog, sampai masuk TV RTM1 okay.. tu duluu laa zaman blogging dulu, sekarang dah ramai blogger newbie, so kami-kami ni semua, mana lee korang kenal kan hahahah.. pastu lama dia stop menulis, tersadai blog dia tu, geramm je Sis nengoknya.. 

Nak bagi dia semangat, asyiklah Sis tukarkan template dia, pastu bila dah WFH, mulalah dia aktif balik menulis (kena paksa) then haaa sampai laaa ni, sekarang dia dah mula di kenali oleh rerakan blogger lain. dan boleh di katakan hari-hari dia update menulis blognya, dan paling best, suka beri hadiah buat pembacanya.. kan kan?.. dia rajin blogwalking baca blog orang.. ko update je, mesti dia akan baca dan komen.. memang dia suka membaca.. 

So harini hari jadinya, jom kita-kita yang mengenali Retna, sama-sama mengucapkan "SELAMAT HARI JADI BUAT RETNA" ... *eh, macam ucapan hari raya pulak ekkk hahahaha.. 

Terima kasih awak untuk segalanya... jasa dan budimu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku... Moga ko sihat, ceria dan bahagia selalu bersama insan-insan yang tersayang.. so harini makanlah kek bebanyak okay hahahaha..

Hari Ini Hari Jadi Dia, Happy Birthday Awak!

Percutian ke Bangkok 2019 

Hari Ini Hari Jadi Dia, Happy Birthday Awak!

Percutian ke Hong Kong 2018

Hari Ini Hari Jadi Dia, Happy Birthday Awak!

Percutian ke Bandung 2016

Hari Ini Hari Jadi Dia, Happy Birthday Awak!

Percutian ke Seoul Korea & Busan December 2015


Percutian ke Seoul Korea Januari 2015



P/S : 2017 kami stop rehat tak pi bercuti.. dan kalau tak kerana Covid19 ni, bulan 9 tahun lepas kami dah sampai Jepun dah, tiket semua dah beli, apa nak kata... belum ada rezeki nak jejak Jepun.. next.... 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya allah tq sis lin... Semoga persahabatan ni akan berkekalan sampai bila2 ye..

    ردحذف
  2. Happy birthday kak ret! Semoga sihat selalu, dalam lindungan Allah sentiasa, dan berbahagia pada hari yang indah ni disamping insan tersayang...ameen!

    ردحذف
  3. Seronoknya travel dgn bff.
    Moga Sis Retna sentiasa dalam rahmat-Nya, sihat & bahagia selalu. Happy Birthday 💐

    Sat, nak follow blog beliau :)

    ردحذف
  4. Happy Birthday to kak Retna! Semoga baik baik saja dalam kehidupan dunia dan akhirat . Amin

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!