INFAQ : KORBAN DI GAZA | Ramadhan lepas Gaza diserang teruk oleh Israel. Banyak bangunan dan rumah rosak. Banyak juga saudara Islam kita terbunuh. Tetapi Alhamdulillah, terima kasih kerana rakyat Malaysia adalah antara yang paling banyak membantu mereka kembali mempunyai kehidupan semula.
Seperti tahun-tahun yang lepas, sempena Hari Raya Aidil-Adha yang bakal menjelang, Yayasan Al Quds Malaysia ingin membuka peluang rakyat Malaysia untuk membuat korban di Gaza. Umpama, cubit paha kiri, paha kanan akan terasa. Begitulah hubungan kita sesama Islam.
Bilangan korban terhad. Buat masa ini, dalam perancangan, sebanyak 30 ekor lembu dan 30 ekor kambing sahaja akan dikorbankan yang insyaAllah akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 keluarga saudara Islam kita di Gaza.
Harga seekor lembu seberat 450kg di Gaza adalah RM9,500 dan seekor kambing adalah RM1,500. Jika ada banyak keperluan lain yang lebih penting, boleh sahaja buat sedekah korban atas kemampuan masing-masing. RM10 pun boleh. Jangan kita ketinggalan.
Betul ke boleh? Mari kita renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas R.A. ini.
Ayahnya (Abbas) yang merupakan paman Rasulullah S.A.W. adalah seorang jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat mengikut jejak ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli sedikit daging untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang untuk membeli haiwan korban.
Melihat perkara tersebut para sahabat bertanya: "Apa yang engkau bawa wahai anak paman Rasulullah? Tanpa malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas hamba Allah yang miskin."
Biar sedikit, tapi pahalanya berpanjangan. Saham akhirat..
Fastabiqul khairat. Berlumbalah kita dalam kebajikan.
Korang boleh juga sedekah korban bagi pihak keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala sedekah akan terus mengalir. Yang penting niat tu. Korang boleh buat sumbangan melalui :
Bank : CIMB BANK
Nama : YAYASAN AL QUDS MALAYSIA
No. Akaun : 8600 4993 29
Atau klik untuk buat bayaran korban/sedekah korban online :
Online : Yayasan Al-Quds Malaysia
Email : dana.gaza.yayasanalquds@gmail.com
Boleh lihat gambar ibadah Korban dibuat Yayasan Al Quds di Gaza tahun 2020 yang lepas di SINI .
Semoga Allah pilih kita semua buat korban untuk saudara Islam kita di Gaza.
Sumber : PHM
PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sedekah amal jariah kita untuk saudara Islam kita. Terima kasih.
sedih kalau tengok keadaan sana. Hope dengan cara macam ni kita pun boleh gembirakan org kt sana
ReplyDeleteSedekah membawa barkah.. pahala berterusan hingga ke alam sana
ReplyDeleteYa Allah, bagusnya.. bos saya yang Islam pun suruh... kalau boleh simpan duit untuk buat qurban.. kalau ada camni pun bagus... seikhlas kita... Kan.. Kan ..
ReplyDeleteBagus bila ada entry macamni. Senang sebab dah tahu nak salurkan duit dekat mana untuk ibadah qurban
ReplyDelete