KELEBIHAN DAN FADHILAT MEMBACA SURAH INSYIRAH | Korang hafal surah Insyirah ni? Alhamdulilah baguslah begitu, jika belum, masih belum terlambat. Dalam keadaan penuh dugaan ni, kita amalkanlah selalu membaca surah Insyirah ni, banyak kelebihan dan fadhilat surah Insyirah ni. Salah satunya dapat meringankan berat kesusahan dalam hati. Bila baca, rasa lapang dada.
Adakalanya kita akan rasa macam sesak dada disebabkan kesibukan tugas seharian, pelbagai ujian yang datang dan pelbagai hal yang tak habis-habis menerpa. Kita perlu lepaskan sebak di dada ini, lapangkan dada ini agar otak kita boleh berfikir dengan tenang. Jangan hanya menangis aja.
Cara Sis nak tenangkan diri, Sis banyakkan berdiam. Tenangkan diri sebentar, tarik nafas panjang dan cuba istighfar dan salah satunya baca surah Insyirah ni. Korang baca dan letakkan tangan kanan korang di dada kiri dan bacalah surah Insyirah ni 3 kali atau lebih pun takpe..
InsyaAllah, selepas beberapa ketika, kita akan rasa lapang dada, rasa hilang segala kekusutan masalah dan kita boleh berfikir mencari jalan keluar dari masaalah yang jadi kekusutan kita tadi. Lebih elok jika diamalkan selalu, setiap selepas solat fardhu.
Tahukah korang di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.
Sekiranya korang mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Insyirah ini. InsyaAllah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan. Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.
Terjemahan Surah Al-Insyirah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Kelebihan dan fadhilat membaca surah Insyirah :
- Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
- Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
- Amalkan membaca surah ini, InsyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
- Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
- Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
Semoga kita lebih tenang dan bersabar...aamiinn..
P/S: Sekarang ni kena tenang-tenang... lately ni tekanan darah tinggi Sis naik aja, entahlah macam-macam dalam fikiran ni.. Allahuakbar ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.