KIBARKAN BENDERA PUTIH JIKA TERPUTUS BEKALAN MAKANAN | Kempen kibar bendera putih jika terputus bekalan makanan mendapat sambutan semua rakyat semalam selepas kempen ini di kongsikan di semua laman sosial semalam. Mana-mana rumah yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera, sila kibarkan bendera putih.
Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular sana sini dalam pelbagai platform media sosial semalam. Sis mulanya ternampak Pak Nil kongsikan di facebooknya, seterusnya Sis juga berkongsi sama di akaun instagram dan juga facebook Sis pagi tadi.
Ayuh, kita bantu sama berkongsi dan war-warkan agar mereka yang berada dalam kesusahan tidak keseorangan. Kita beri sokongan kepada mereka semua yang susah, tiada makanan, agar ,menaikkan bendera putih di rumah mereka. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.
Jangan ambil tindakan yang akan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu dan tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. InsyaAllah ada yang datang membantu.
Sis pun tak tau dari mana dan bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak dan ramai yang berkongsi di laman sosial sejak petang semalam. Tak silap ada ternampak juga di Twitter. Yang setahu Sis, bendera putih biasanya digunakan dan dikibarkan ketika konflik bersenjata untuk memaklumkan pihak lawan agar berbincang, atau sebagai tanda menyerah.
Tapi dalam keadaan sekarang ini, kibaran benda putih menandakan mereka dalam kesusahan. Kempen menaikkan bendera putih itu bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Perlu kita ingat.. Bendera putih tidak menandakan kekalahan, tetapi merupakan usaha terakhir sebelum rebah. Kempen ini juga menarik perhatian Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Jundi, yang menyambut baik inisiatif tersebut.
"Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini."
"Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli Amanah, khususnya Awan agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan bendera putih," katanya di Facebook.
Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak. Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu..
Jom korang kita sebar dan bantu mereka..
Harini hari mereka, esok lusa hari kita, siapa yang tahu..
P/S: Semoga Allah berikan kita kekuatan & ketabahan dalam mendepani ujian demi ujian dalam kehidupan.. aamiinn..
Betul sis..ni cara kita dapat bantu meteka yang memerlukan disaat getir ini. Tak semua org bernasib baik
ReplyDeletealhamdulillah...yg bagusnya dalam PEMULIH ada bajet khas untuk NGO dan parti politik tak kira pro kerajaan or pembangkang untuk bantu golongan memerlukan di parlimen masing2...
ReplyDeleteTakut lak org salah paham.. Bendera putih depan rumah kang igt ada kematian
ReplyDelete😅
Rawlins perasan gak yang perwakilan rakyat di lokasi masing-masing untuk mula turun padang dan menjengah rakyat serta membantu. Mereka semua dah vaksin - maka perlu la bantu rakyat dah memilih mereka kan.
ReplyDeleteKempen bendera putih dah ada di lokasi Rawlins dan kami dah start mengumpul bantuan sesama penghuni. InsyaAllah. Walau ada group whatsapp, mesti segan nak sebut kan.
dah nampak ramai yang viral bendera putih ni. usaha yang bagus, lagi2 di bandar ni kita tak tau pun jiran susah
ReplyDeleteAda orang yang dalam kesusahan tak tahu macam mana saluran untuk meminta bantuan. Terutama di kawasan luar bandar. Diharap dengan adanya kempen macam ni dapat la mengenalpasti mereka yang betul2 perlukan bantuan.
ReplyDeleteMoga cara ini dapat membantu lebih ramai mereka yg memerlukan. Sama2 membantu
ReplyDeleteSemalam tengok juga kat sekitar rumah. Kot-kot ada jiran yang tengah memerlukan bantuan. Alhamdulillah jiran-jiran masih lagi bernasib baik.
ReplyDeleteKempen ni penting juga, sebab tak semua yang susah tu kita nampak. Harap sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteBagus movement macam ni, #KitaJagaKita selagi boleh membantu kita membantu.
ReplyDelete