PAGI-PAGI DAH MAKAN KAMBING PERAP | Bukan pagi tadi, tapi pagi kelmarinnya dua tiga hari lepas, cuma Sis baru ada mood nak menulisnya ni haaa.. tu pun duk fikir nak letak tajuk apa, nak tulis apa, ermmm ko ingat senang ke nak jadi blogger? Tapi kann sebenarnya senang jadi blogger ni, kalau ko rasa blog ko hanya diari harian ko. Ada cite ye ko tulis, tak ada cite ye ko senyap.. jangan bikin stress hari-hari nak fikir nak update apa, bukan keperluan pun, ye dakkkk..
Cuma kalau dah minat aje, memang ko akan duduk nak update blog ko hari-hari.. kalau tak bior je laa, tak update pun, ada je yang datang membaca, sebab dah beribu-ribu post ko post, so ada je info yang orang cari dalam blog ko.. dont stress-stress ye kengkawan... relax...
Macam Sis ni lerr, cite kelmarin tapi ni haaa baru nak update, ada aku kisah hahahaha.. ye lerr sayangkan gambo dah kita amikkan, letak le kat blog sambil kita kongsikan apa isi berkaitan dengan tajuk tu haa..
Bercakap mengenai daging kambing ni kan, ramai anggap daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi dan akan membuat badan kita terasa 'panas' di samping punca terjadinya penyakit darah tinggi dan penyakit jantung, betul tak?.
Tapi tahukah korang bahawa daging kambing sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya? Malah daging kambing mempunyai banyak kelebihan berbanding daging-daging lain yang berada di luar sana. Ini sebab daging kambing merupakan antara makanan kesukaan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, oleh sebab itulah sudah tentu ada pelbagai kelebihannya sehingga dijadikan makanan sunnah.
Kajian yang dijalankan Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama atau Alabama Cooperative Extension System (ACES) menunjukkan daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik berbanding daging lembu, biri-biri, khinzir dan ayam.
- kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
- lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
- kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
- lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
- asid amino - sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Yerrr bukan penyebab sakit jantung bahkan daging kambing baik untuk jantung
Kesimpulannya di sini, daging kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik. Seperti yang diketahui, lemak tepu boleh mengakibatkan saluran darah tertutup, seterusnya mengganggu fungsi jantung serta berisiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.
Dan untuk penyediakan masakan berasaskan kambing seperti grill/bakar ianya perlu menggunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat. Dan hendaklah memasak daging di dalam kelembapan seperti perapan (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew.
Pilihan Sis buat masa ni kalau makan Kambing Perap, semestinya dari Kambing Perap FarmGrill ni. Sis suka sebab rasa perapan dia sedap, dagingnya lembut dan juicy.. Korang cubalah memang puashati. Harga pun tidak mahal.
Biasa kat rumah ni yang tukang membeli Suami Sis, dia dengan Sis memang 'hantu kambing' hahahahaha... ada lagi 3 bekas dalam aisbox tu.. next time baru bako..
P/S: Teringin pulak nak makan Daging Rusa laaa... mana ada jual ek?..
Nasib la bukak masa perut dah kenyang Haha
ردحذفMacam kita la tu. buat blog macam diary. Haha
Lagi-lagi makan masa panas-panas. Memang best. 😋
ردحذفalamak.. ntah bila nak sampai seru tekak ni dapat makan kambing gaknya heheh
ردحذفkayangan sungguh sarapan mu Lin hehe :)
ردحذفMemang nampak sedap
ردحذفFuhh terliur tengok kambing perap ni .
ردحذفwah..sedap tu..:)
ردحذف