PASAL FREEZER PUN NAK BERDEBAT!

Sis Lin
3
PASAL FREEZER PUN NAK BERDEBAT! | Haaa jangan memain, Sis ko kalau tak puashati, memang Sis akan luah dalam blog ni. So jangan cari pasal dengan hakak ko yaaa.. tak memasal Sis ko meroyan ni haaa.. dah takde benda lain nak borak agaknya, pasal freezer pun nak berdebat!!!..

Ini kes pagi semalam dalam salah satu group yang entah berapa kali aku left, derang add, aku left derang add balik hahahaha.. sebab ada je yang Sis tak puashati dan Sis malas layan, so dari jadi panjang cerita dan tempias negetif, eloklah Sis left group.. tapi nanti, dua tiga hari kemudian, ehhhh dia add balik atas permintaan semua, ermmmm malas dah nak layan... 

Kalau sebelum ni, latest yang Sis left group tu pasal kongsikan info-info mengenai Covid19 punya vaksin, ada gak dalam tu yang anti-vaksin, tapi peduli haperr Sis... then ada salah seorang dalam group tu 'perli' Sis, kata dia, 'asyik kongsi je cerita sama, dalam FB pun ada', okay dah berdebat semua dalam tu, Sis pun left group... kemudian nak jadi cerita, tiba-tiba yang duk perli tu tanya dalam group, 'Kenapa tak bagitau ada buka daftar vaksin?'... kakakakakah... memasing duk gelakkk sebab bila orang kongsi ko memekak, bila 'tukang kongsi' (Sis la tu) dah takde, ko kata takde sapa kongsi.. memasing kata 'Rasakannnnn'... 

Pelikkan orang macamtu... kita share untuk kebaikan, dia kata kita ni 'dah takde kerja'.. fine!! But... selepas seminggu, ehhhh salah seorang tu add balik Sis ko ni, ermmmm layankan aje lerr.. so far now okay laaa, Sis still kongsikan semua info.. sebab dalam tu ramai Mak-Mak bizi dengan PdPR, so ramai yang terlepas pandang info, bila Sis kongsi, memalam tu barulah mereka baca dan kata, 'Ooo nasib baik Sis bagitau'... begitulah.. 

Akan tetapi, kemudiannya... 

Pasal Freezer Pun Nak Berdebat!

Ada seorang dalam group bertanya, 'Siapa sini pakai freezer? Macam mana simpan lauk dalam tu?'. Kemudian seorang lagi jawab, 'Saya guna bekas aje, pakai plastik takut melekat'. *sambil memasing tunjuk gambar penyimpanan freezer memasing.. 

Oleh sebab Sis pun guna dan ada freezer, Sis pun amik gambar then tunjuklah dalam group, sambil kata, 'Sis masuk dalam plastik IKEA zipper tu, ada certain dalam bekas juga'. Memasing pun berjawab-jawab laaa komen dan idea memasing. 

Kemudian Sis tanya lagi, 'Macam mana nak hilangkan ais salji dalam freezer tu?'. dan ada juga laa pun sama jawab, 'Sama laaa, freezer kita pun ada ais tu'. Terus memasing, 'kan kan kan' hahahahaha.. sampai takde yang menjawab kepada soalan Sis hahahaha..

Tiba-tibaaa....

Pasal Freezer Pun Nak Berdebat!

Pasal Freezer Pun Nak Berdebat!

Ada seorang dalam group tu bersuara, 'Saya tak suka pakai freezer, sebab nanti makanan jadi tak elok, sebab simpan lama'. Memasing krikk krikk krikk dalam tu senyap dalam beberapa minit. 

Then ada seorang bergurau pulak dia kata, 'Ko tak masak ke? Sampai simpan lama lauk dalam tu?', sambil buat emoji beruk tutup mulut hahahahaha.. memasing pun meyampukk gakkk menjawab dengan emoji hahahaha... *termasuk Sis juga :p 

Lepas tu dia sambung pulak menjawab, 'Bukan tak masak, tapi lebih suka beli ikan atau ayam then terus masak, lagi fresh', katanyaaaaa.... kau ngase?... 

Kemudian seorang kawan Sis yang jarang-jarang masuk komen dalam group tu berkata dengan panjang lebor (agaknya geram), 'Sal (bukan nama sebenar), ko bolehlah ada maid, nak keluar ada orang jaga anak kau, aku sejak Covid ni memang tak keluar, beli lauk ke barang dapur semua online je hantar rumah, sekali beli banyak. Memang takut nak keluar bawa anak semua'. 

Then sorang lagi nyampuk, 'Yaa sama laa saya Kak, beli sekali banyak simpan, takde freezer pun dalam aisbox kasi je penuh, nak masak, nak makan senang semua ada, takut nak pergi kedai sekarang'. Sis ko tukang scroll baca semua komen. 

Korang tau tak kemudian si Sal tu jawab apa?.. 'Saya freezer takde, tapi saya beli Thermomix (sambil tunjuk gambar)' hahahahahahahaahaha... *apa kena mengena freezer dengan Thermomix tu?..

Terus memasing senyap dari tengahari hingga ke petang, time Sis ko makan Laksa Johor pun masih semua senyap.. huahuahuahua adoiiiii... ibarat, nak juga menangggggg si Sal tu.. gasak le kooo Sal oiii.. tapi adalah sorang tu PM Sis bercakap mengenai debat dalam group tu, bukan kami mengumpat, tapi kami tidak puashati, sambil kawan ni kata, 'Ko jangan nak left group plak Sis' kakakakakakakah.. bonghokkk arr...

Macam-macam jenis perangai manusia ni ekkk.. layankan aje laa, kita hidup dalam group ni, iyekan ajerrr, tak payah nak berlawan memasing.. kang di sebabkan freezer dan Thermomix tu, jadi musuh, apooo laaaa.. 

Okay sekian saja.. terima kasih sudi membaca luahan Sis harini hehehe.. korang jangan jadi macam Sal tu hahahaha 😂


P/S: Geli geleman plak nengok Kaki Sotong yang Yana beli tu, erkkkkk...pelik-pelik je budak ni tauuu..
Tags

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Masing-masing ada keperluan sendiri beli barang. Ada freezer tak semestinya kita masak lauk tak fresh. Zaman 'fresh' ni dah berakhir saat datangnya COVID-19.

    Andai kawasan kita kena PKPD, freezer ni sangat membantu. Boleh simpan stok lauk banyak-banyak. 😁

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!