PDPR AKAN DILANJUTKAN SELEPAS CUTI PERTENGAHAN PENGGAL BERMULA 13 JUN 2021

Sis Lin
5
PDPR AKAN DILANJUTKAN SELEPAS CUTI PERTENGAHAN PENGGAL BERMULA 13 JUN 2021 | Sidang media khas berkenaan pengoperasian sekolah KPM oleh Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara langsung pada 6 Jun 2021, jam 10.00 pagi tadi telah mengumumkan bahawa PdPR akan diteruskan selama 25 hari lagi mulai 12 / 13 Jun 2021 melalui LIVE Facebook dan menerusi siaran TV utama.

Hurmmm terus mengeluh bertambah meroyan adik-adik, kawan-kawan yang mana ada anak sekolah yang terlibat. Sis mampu duduk tepi sesekali meyampuk aje, sebab Sis takde pengalaman mengajar anak PdPR ni sebab anak-anak semua dah besar. Kalau ada pun yang IPTA/IPTS tu kelas online, memasing dah pandai urus sendiri. 

Kasihan juga baca rintihan dan keluhan memasing, tapi nak buat macam mana, nyawa anak kita lebih utama. Buat masa ni bertabah aje laa yaa.. 

PdPR Akan DiLanjutkan Selepas Cuti Pertengahan Penggal Bermula 13 JUN 2021

Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini telah diumumkan bahawa PdPR akan dijalankan selepas Hari Raya Aidil Fitri dan kemudian disambung dengan cuti penggal sehingga 12 / 13 Jun 2021 ini.

Pengumuman ketetapan itu melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta, antarabangsa, ekspatriat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. Ini berikutan situasi semasa yang menyaksikan kes positif wabak yang masih tinggi.

Bagi sesi persekolahan seterusnya selepas 25 Julai, KPM akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum berdasarkan situasi wabak yang berlaku pada waktu itu.

PdPR Akan DiLanjutkan Selepas Cuti Pertengahan Penggal Bermula 13 JUN 2021

Bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, beliau juga memaklumkan ujian lisan dan amali sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pula pada Mac 2022. 

Kita kenalah juga fahamkan, dalam situasi begini, dengam kes harian wabak pandemik semakin naik, adalah mustahil untuk membenarkan anak-anak kembali ke sekolah walaupun terlibat dengan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).So nak lebih selamat dari penualarannya wabak, eloklah kita PdPR dulu. 

Yang tidak setuju tu, harap faham dengan keadaan dan situasi.. Jangan kata Mak Pak pening, kalau di tanya semua guru, lagi tambah 'ijo', stress dan letih dengan PdPR ni.. cuma mereka jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh.. so kita terima ajalah sebagai ujian buat kita dan anak-anak kita.. 

Untuk semakan pendaftaran sekolah khusus SBP, SMKA, KV, SMT dan SMTKV, ianya boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan pendaftaran secara PdPR dibuat mulai 13 Jun dan 14 Jun.

Tarikh SPM 2021
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:

Ujian lisan & Amali Sains : Februari 2022
Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022

Keputusan SPM 2020 Akan Diumum 10 Jun 2021

Good luck buat adik-adik semua.. rajin-rajin belajar, moga terus berjaya walau dalam situasi norma baharu.. 


P/S: Bila fikir, kasihan anak-anak, takde memori kenangan zaman persekolan bersama kengkawan.. arghhh rindunya zaman anak-anak sekolah... 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Betul tu sian bdk2 yg baru masuk sekolah.. Life sek drg berbeza... Br sebln dua nak jumpa kengkawwn dlm kelas tup2 dh beljar dr rumah.. Tapi nyawa lagi penting kan

    ReplyDelete
  2. Harap pelajar dapat adept dengan persekitaran baru ni.

    ReplyDelete
  3. Aduhai..kesian adik2 anak2..dah jd satu trend belajar dirumah..huhuu

    ReplyDelete
  4. belajar di rumah.. mak-mak balik kerja kena ajar anak.. kalau tak, tak siaplah homeworknya....

    ReplyDelete
  5. cian kat anak2..mak2 kat rumah jadi hulk hari2 nak menghadap homework diorang..terus jadi cikgu kt umah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!