PUASHATI BELI ZIKIR & RUQYAH PLUG-IN 24H NI, LAGI SENANG NAK ON 24 JAM | Puashati dapat beli yang jenis plug-in ni, kalau sebelum ni Sis beli jenis bateri, so kalau pasang tu tak bolehlah 24 jam, nanti baterinya sekejap aje kan, so dapat yang plug-in ni, memang 24 jam laa Sis ON.
Tak takut ke bil elektrik mahal? tu belakang cite laaa, janji bila Sis pasang aje, rasa tenang sangat jiwa. Satu perasaan tu datang begitu lapang sekali dada, tak tau nak kata apa. Bukanlah sebelum ni teruk nau sampai hidup tak tenang, tapi entahlah, bila satu rumah tu dengar ayat-ayat bacaan zikir dan ruqyah ni, rasa tenang sekali. Sambil buat kerja, memasak ke, nak tidur ke, begitu lain feel dia.
Rumah Sis memang jarang bukak TV atau radio, anak-anak sibuk dengan WFH dan kelas online, semua duduk dalam bilik, yang ada pun hanya anak-anak kucing Sis laa teman Sis, so memang biasanya sunyi ajee, tu yang kadang perasaan tu stress dan bosan giler, di tambah lagi Suami takde kat Johor ni, adoii boleh tepu otak..
So bila dah ada zikir & ruqyah plug-in ni, ianya dah jadi peneman Sis di kala ini. Sis pasang di ruang tengah di sebelah aje tempat ruang Sis buat kerja, so memang dengar tu dekat sangat.. alhamdulilah..
Tengok tu, mudah je kan, lebih senang plug-in jee, turn ON dia akan berulang-ulang berzikir dan membaca surah-surah al-Quran termasuk Ruqyah dan Yassin. Zikir dia pun banyak. Kalau yang sebelum ni Sis punya jenis bateri tu, dia hanya zikir dan bacaan surah aje, takde Ruqyah dan Yassin, yang plug-in ni ada, puashati Sis.
Volume dia pun boleh adjust, ko nak perlahan ke atau kuat ke. Dan untuk adjust bacaan pun boleh, samaada ko nak terus menerus bacaan surah ke, zikir ke atau bacaan Ruqyah dan Yassin, pun boleh. Ikut pilihan memasing.
Bab bil elektrik tu janganlah amik kisah sangat, kita pasang Coway, pasang ekon, dan macam-macam lagi laa, kenapa boleh? tak berkira pun kan, lagipun naiknya pun berapa sen beno laaa.. bukan nk riak sebab mampu bayo, tapi jujurnya begitulah. Sis taknak berkira, sebab benda lain Sis boleh beli dan pasang, so apalah salahnya setakat plug-in ni je pun.. ermmmm..
Mana beli? Sebelum ni, jenis bateri Sis beli di Shopee, lupa dah harganya.. tapi yang zikir & Ruqyah plug-in ni, Sis beli di seller facebook. Malas laa nak tengok kat Shopee, kang hantar pun lambat, so terjumpa di facebook market tu, Sis beli.
Harga memang mahal sikit dari yang Sis tengok di Shopee, tapi niat nak bantu mereka niaga je laa, lagipun orang melayu kita. Sayu rasa,bila terima barangnya, berkali-kali ucap terima kasih masa Sis hulur duitnya.. seolah pembelian kita itu jadi sumber rezeki dia pada hari itu, alhamdulilah..
So korang yang nak membeli, bolehlah cari En Sobri 0177641223 , atau kalau korang nak cari sendiri, ada je di Shopee tu.
Harga? Korang selidiklah sendiri ya. Sis taknak sebut takut harga berlainan dengan seller. Selamat membeli. #SisSharing
P/S: Lepas ni nak beli jam laungan Azam dalam rumah, moga ada rezekinya, aamiinnn..
okay nak beli 1
ReplyDeletemenariknya plug in 24 hr ni. mcm nak beli 1 utk diri sndiri & family
ReplyDeleteperkngsian y bermanfaat.. tq sis..
ReplyDeletejemput sini ya https://saripkay.com/
bagus jugak ni, sambil membeli sambil membantu yang berniaga. Tengok gaya dia berterima kasih tu memang bersyukur sangat tu kak lin.
ReplyDeleteMenarik nie Sis. Rawlins pun nak beli la, cari sekitar Shopee atau Bangi nie dulu, mana tau ada. Tenang sikit bila duk rumah dengan iringan bait-bait indah kalimah ini kan.
ReplyDeletepuas hati kan beli macam ni..kita pun ada jugak yang jenis macam ni.Nak beli yang ada azan pulak lepas ni
ReplyDeleteHaa ni pon barang viral jugak ni. Bagus sangat kaLu yang ada baby kat rumah. Just plug in je. Mudah
ReplyDeleteWahhh! Tak pernah nampak yang ni lagi, sure viral lepas ni..good to have! Senang plug in jer..
ReplyDeleteMenarik ni. Comel je saiz dia. Mudah bawak ke mana-mana n plug in
ReplyDeleteMenarik! Macam khai punya pakai charge je. Complete sekali waktu azan. Time subuh tu memang kuat juga la bunyi dia sampai jaga hahah
ReplyDelete