RESEPI KARI DAGING KERISIK YANG PEKAT DAN SEDAP

Sis Lin
4
RESEPI KARI DAGING KERISIK YANG PEKAT DAN SEDAP | Korang biasa masak kari letak kerisik tak? Yaa ada orang memang tak letak, ada orang akan letak, macam Sis pulak jarang-jarang letak, ikut mood. Tapi sebab Sis beli daging 'topside' ni, yang tak payah di rebus sebab dagingnya lembut, so Sis masak Kari Daging Kerisik.

Yaaa letak kerisik, bunyi macam pelik kan? Sebab rata-rata orang letak kerisik bila masak Rendang aja, tapi korang cubalah masak Kari Daging letak kerisik, lain rasanya, lebih sedap dan pekat kuahnya. 

Bahan-bahan semua sama je macam masak kari biasa, cuma kena ada kerisik je. Bila masak tengahari, then petang dah pekat, ko makan dengan Roti Jala ke, Lempeng ke, atau Pulut Kuning ke, perghh sedap oiii.. menyelerakannn.. anak-anak dan Suami memang suka bila kata Sis nak masak Kari Daging Kerisik ni. 

Yang nak cuba meh Sis kongsikan resepinya. Mudah Simple yang penting sedap. 

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Resepi Kari Daging Kerisik 

Bahan-Bahan :
  • 1 kilo daging lembut
  • 4 biji kentang di potong 4
  • 5 sudu besar makan serbuk kari daging
  • 1 kotak cawan santan pekat
  • 1 peket kecil kerisik 
  • Garam dan Serbuk Perasa
  • Daun kari
  • Air Secukupnya
  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 2 biji tomato potong dadu

Jika korang beli daging biasa, korang rebuslah dulu dagingnya, takut nanti liat pulak. Tapi kalau beli daging bahagian 'topside', tak payah rebus, reneh aje dalam kuah kari nanti, memang akan lembut. 

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Bahan untuk di kisar :
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji lada merah

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari dan rempah tumis 4 sekawan sampai wangi
  2. Masukkan serbuk kari daging dan masukkan buah tomato yang di potong dadu dan tumis garing hingga pecah minyak. 
  3. Kemudian masukkan daging dan gaul sebati hingga daging kecut.
  4. Masukkan air secukupnya bersama kentang dan biarkan mereneh sekejap. 
  5. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga mendidih. 
  6. Bila mendidih masukkan kerisik dan kacau sampai kentang empuk.
  7. Letak garam dan serbuk perasa.
  8. Siap untuk di hidang. 

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Resepi Kari Daging Kerisik Yang Pekat Dan Sedap

Anak sound 'Mak beli pinggan lelawa tu kenapa amik gambar dalam kuali?' hahahaha.. 

Malas lee nak ceduk nak hidang bagai, aduii siap masak terus 'snap' terus post je laaa.. tak kowser, janji nampak masakannya tu Mak ko masak Dikkk , takde laa kang orang kata Mak ko ni beli kedai, balik panaskan masuk dalam kuali kannnn... *aku rasa nak tenyeh je dengan cili mulut 'kawan ' aku tu.. 

Ada mood rajin yee hidang dalam pinggan baru bergambar, kena mood malas, gini je laaa gambarnya, janji masakk... ye dakkkkk.. 

Okay, yang nak mencuba, selamat mencuba.. 
Lain orang lain gaya masaknya.. so pepandai le korang adjust yaaa.. 


P/S: Harini Goreng Mee Udang aje.. hari-hari makan nasi pun buhsan gak kannn.. ermmmm

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Oooo kari dia akan jd mcm berbiji rupanya hehe.. Camne ek nk explain 😂 betul ada stgh x suka sbb rs kerisik tu menganggu rasa kuah kari asli

    ReplyDelete
  2. Wehhh.. ada eh orang fikir macam tu, beli masuk kuali?? Hurmmm..

    ReplyDelete
  3. Kalau mak saya masak kari ayam & daging wajib letak kerisik.Tapi mai kat anak dia ni..derhaka kerana terpengaruh dunia luar...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!