SALAH KE MAKAN LAUK SEMALAM?

Sis Lin
7
SALAH KE MAKAN LAUK SEMALAM? | Jika ada yang 'berkawan' dengan Sis di facebook, mesti ada yang terbaca Sis update menu lauk Sis semalam, dan Sis ada masukkan lauk baki Ikan Patin Tempoyak semalam punya.. masaalahnya di sini, 'salah ke makan lauk semalam?'.. 

Ini di sebakan, ada seorang dalam group 'mereng' Sis tu sambil borak katanya, dia anak beranak takkan makan lauk semalam, kalau tak habis dia akan buang atau bagi kucing, kalau masak makan sekali jalan, katanya... 

Hurmmmm Sis ko ni memang orangnya malas nak panjang lebor berdebat, so hanya mampu baca dan scroll aje mereka sesama sendiri berborak dalam group tu, kang kalau Sis meyampuk kang, tak memasal berdebat lagi macam kes Freezer tu kan.. so baik Sis diam.. 

Cuma Sis meroyan le di sini hahahaha.. korang le plak jadi mangsa membaca bebelan Sis yaa hehehe.. bukannya apa, ni sebagai pengajaran time keadaan macam ni. Kau jangan berlagak sangat sampai kata lauk semalam tak habis buang dan bagi kucing makan. 

Tu nasib baik hari esoknya ko ada makanan nak makan, kalau Allah beri kau ujian, esoknya stok makanan rumah kau takde dan kehabisan, so apa kau nak buat?.. yaaa hidup jangan fikir akan senang memanjang.. fikirkan keadaan esok, apa akan berlaku esoknya, tak semua yang tahu..

Salah Ke Makan Lauk Semalam?

Kita tengok aje laa keadaan sekarang ni, ramai orang di luar sana struggle cari duit nak makan. Ramai terdesak nak bekerja mencari rezeki, tapi keadaan tak mengizinkan, so terpaksa menahan diri berlapar dan berdiam diri. Nak mengadu kesusahan, semua orang pun susah. Kalau ada pun, mereka sama sendiri aje yang tau susahnya mereka. 

Tapi kita? Sampaikan makanan semalam pun di buang?.. Sedangkan jika di simpan elok, esoknya masih boleh makan, dah jimat untuk beli dan memasak untuk esoknya.. Allahuakbar.. 

Macam Sis, biasanya memang saje masak lebih, niat nak sekali makan sekali lagi esoknya, so boleh rehat tak payah masak awal. Ye laaa, bila masak berkuah, malam kita panaskan balik, kasi hangat, kemudian tutup rapi bila dah sejuk. Atau korang boleh masukkan ke dalam peti ais, esoknya panaskan balik. 

At least, kita hargai makanan tu, selagi boleh makan dan ada makanan jangan di buang dan membazir. Kenapa perlu buang sedangkan masih elok?. Kalau dah tau tak boleh makan sisa semalam, kenapa masak lebih? Masaklah ngam-ngam sekali makan. Kenapa?.. 

Rasa dah 'kaya' sangat ke? Kat luar sana ramai orang kebulur mencari makan, elok lagi ko sedekahkan pada mereka selagi makanan tu elok, dari ko buangnya. Kalau kata ko jawab bagi kucing ko, Sis rasa ko mesti mampu beli makanan kucing dari ko nak beri makanan ko kan?.. kenapalah ada manusia macam ni.. 

Speechless Sis dengan orang macam ni.. jenis tak reti dan tau bersyukur.. Nikmati laa hidup ko tu puas-puas yaa.. esok-esok kalau Allah nak uji ko dengan tarik semua nikmat ko ada, masa tu baru ko tau langit tu tinggi rendah.. Sis bukan nak mendoakan buruk padanya, tapi Allah itu maha adil dan maha mengetahui segalanya.. 

Jika tidak harini, mungkin akan datang.. tapi kalau jenis tak reti bersiap sedia sebarang kemungkinan, susahlah ko nak hadapi segala ujian dan dugaan.. muhasabahlah sahabat.. 

Salah Ke Makan Lauk Semalam?

Bersyukurlah Walaupun Sedikit 

Tanda bersyukur dengan hati adalah, apabila kita bersungguh-sungguh meyakini bahawa segala nikmat, pemberian, hadiah, kegembiraan, kebaikan semuanya datang daripada Allah semata-mata, walaupun secara fizikalnya nampak seperti manusia yang berikan.  

Banyakkan puji-pujian kepada Allah dengan berzikir khususnya lafaz Alhamdulillah. Dan satu lagi, setiap kali orang memuji kita, kembalikanlah pujian itu kepada Allah. Contohnya, ada seseorang memuji kepandaian kita, jawablah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Kita kembalikan pujian kepada Allah, sebab hanya Dialah satu-satunya yang paling layak dipuja dan dipuji sepenuhnya.

Apa-apa perkara yang kita perolehi, sentiasa merajinkan diri untuk bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara. Contohnya, dianjurkan setiap kali bangun daripada tidur untuk membaca doa yang bermaksud, “segala puji bagi Allah, yang menghidupkan aku selepas mematikan aku.” Selain daripada itu, selalu bersyukur dengan nikmat masa, ilmu, kesihatan, dan sebagainya. Dan satu lagi, rajinkan untuk memandang orang yang kurang bernasib baik daripada kita.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl 16 : 53)


P/S: Moga kita menjadi hamba Allah yang selalu bersyukur dan membuktikan kesyukuran... aamiinn

إرسال تعليق

7تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hurmmm.. kita sepanjang bdr ni, tiap hari waktu lunch makan lauk semalam. Malah dari kecik dah jadi kebiasaan habiskan lauk semalam. Macam2 manusia ni.

    ردحذف
  2. ala tak salah pun ler makan lauk semalam. Tak dosa, dari di buang - buang. Kita, kalau sayur tak habis. Siap cuci sayur, masuk dalam nasi goreng. Hala halaa halaaa, benda boleh settle. Paling - paling sakit perut, hahahaa. Kalau terus masuk peti ais, mana ada nye nak basi. Lain la dibiarkan kat atas meja. Hurm terbebel pula, hahaha

    ردحذف
  3. lauk semalam lah best..jimat masa, jimat maknanan..cuma panaskan..makan..hihi..janji tak basi..:)

    ردحذف
  4. Petang ini kami makan ubi kayu rebus dengan ikan masin lebihan semalam. Pagi tadi makan nasi goreng isi ikan lebihan semalam juga.

    ردحذف
  5. Tak salah aiiihhhh...kalau dibuang baru betul salah.Sebab membazir.

    ردحذف
  6. Sama mcm kes member ako.. Dia mmg suka masak... Dia akan masak byk.. Tp dia suka sedekah n dia mmg x kan makan makanan semlm.. Dia masak mmg utk makan aritu saja.. Pastu klu mkn luar.. Dia takkan bw blk makan yg berlebih.. Walau makanan tu x usik lagi.. Pelik kan..

    ردحذف
  7. Selagi elok apa salahnya makan. Kang membazir pulak.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!