SAMBAL UDANG PETAI KHAS BUAT SUAMI TERCINTA | CINTA ke? Mestilah, lebih dari cinta okay.. takkan nak tulis pepanjang kat sini... kang ada pulak yang muntah hijo baca.. bab rumah tangga kita simpan aje dalam poket sendiri.. cite sikit-sikit tu bolehlah.. ye dakkkk..
Kalau dah sayang kalau dah cinta, apa je orang tersayang nak makan, kita sanggup buat dan masakkan.. tapi kalau dah Suami balik kerja bawa petai doploh papan, takkan ko tak faham-faham kann.. dalam freezer ada udang, so apalagi, menu Sambal Udang Petai le kita..
Bab masak sambal udang, Sis takde masaalah, okay je, cuma bila kata di campur dengan petai, haaa si anak bujang tu pulak buat muka, dia tak makan petai, kalau Yana yee dah pandai makan petai.. ermm fikir punya fikir, tanya anak bujang, kata dia OK, tapi katanya, Mak kena gorengkan dia ikan goreng hahaha. Memang dah agak dah jawaban dia hehehe..
Nasib baik ikan hasil memancing Ayahnya tu banyak, Sis dah sesiap potong-potong dan freezerkan, so senang nak keluarkan kepingan then boleh goreng.. jenuh dua hari kerjakan semua ikan-ikan tu. Masa mula bila bawa balik, Sis tak terus nyiang, tahap malas tu tinggi.. bila mood mengemas datang, haaa barulah Sis buat keje.. settle semua..
Amacamm, nampak petai tu berenang-renang di lautan sambal hehehe.. sambal nampak merah pedas tapi tidaklah sepedas mana punn..kali ni beli lada kering elok je rasa pedasnya, takde macam sebelum ni kemain pijorr pedas. Padahal dah pilih jenis kerinting dah, pun pedas juga..
Tapi tak pedas sangat pun tak sedap le pulak, ye laa, dah kata sambal kann, nak lee pedas-pedas.. tapi pastikan sambalnya di masak betul masak dan garing, kalau tak, ada kang masuk keluar jamban hahaha.. seriauu oii.. Alhamdulilah, elok je anak-anak dan Suami makan semalam.
Di sebabkan tidaklah berapa pedas, so anak Sis,Yana dia masak le pulak Terung Goreng Belacan. Dia gunanya cili padi, haa amekkaw, pedas mengilerrr hahahaha..
Kemain pedas sungguh kuah Terung Goreng Belacan si Yana ni.. sampaikan nak makan dengan Sambal Belacan Kuini pun terus terbantut Sis, sebab dah pedas semuanya hahaha.. ada kang terkincit kang.. Yana kata letak sikit je cili padinya, tapi pedas dia, kuss semangat.. berapi betuii..
Kalau Ayahnya selamba jee, jenis suka pedas.. Anak bujang pun sama, Sis je kurang sikit, lagi sejak bedah Tonsil tu, lelangit yang di nipiskan tu memang silap sikit minum atau makan jenis panas dan pedasm siap laaa.. sakit rasa selepas makan tu.. huhuhu..
Kemudian sementara tunggu nak makan, tiba-tiba ada pulak Yana beli Latok ni haaa.. entah bila dia beli pun tak tau, Korang makan tak Latok? Sis so far boleh makan dan telan.. tengok pada seller yang jual, kalau yang dah berapa kali Yana beli ni, Sis makan okay je, rasa air laut fresh.. takde rasa hanyir ke atau rasa masin.. sebab pernah sekali makan Yana beli, tak sedap.. yang ni sedap..
Tu belakang tu nampak ada Ikan Goreng Siakap dua keping, haaa tu le lauk si anak bujang minta gorengkan hahaha.. tapi bila time makan, di bedal gakk sambal udang tu kekekeke, terkuis-kuis petai dalam tu dia kejekannn..
Alhamdulilah.. rezeki untuk keluarga. Happy sangat kalau masak, semuanya makan bertambah dan licin dalam sehari.. tak payah nak simpan-simpan dalam aisbox dan senang Emak nak mencuci pinggan mangkuk..
So harini nak masak apa?... tengah fikir lagi... tapi Yana dah keluarkan ayam.. ermmm. Harap-harap dialah yang masak kang hehehe..
P/S: Tekak teringin nak makan Laksa Sarawak.. pes dah beli, nanti nak buatlah..
sedapnya sambal petai :)
ReplyDeletePernah sekali makan latok. Boleh lah. Tapi tak puas makan.
ReplyDeleteSedapnyer
ReplyDeleteWak makan udang tapi tak makan petai.
Sedapnya
ReplyDelete