SEMALAM AKU CUBA MASAK RENDANG KERANG, SEDAP RUPANYA YA!

Sis Lin
21
SEMALAM AKU CUBA MASAK RENDANG KERANG, SEDAP RUPANYA YA! | Ingat-ingat lupa laa pernah ke tidak masak atau makan Rendang Kerang, tak kira laa samaada buat sendiri ke atau arwah Emak pernah masak atau pun makan di luar. Tapi macam rasa tak pernah, sebab tu semalam Sis cuba masak Rendang Kerang, sedap rupanya ya.. 

Kerang tu pun kebetulan memang ada simpan freezer beli dengan seller dalam taman perjiranan Sis ni, memang saiznya besar-besar kerang kopeknya, dan Ketupat Palas tu pulak, memang ada juga Sis beli sebelum ni sampai dua kilo simpan dalam freezer, so time gini haaa boleh laaa di makan kann?.. 

Mungkin korang biasa makan atau pernah buat, so memang korang tau laa kalau kerang di buat rendang sedap, cuma bagi Sis yang semalam memasaknya, memang agak teruja, siap masak dan makan dengan ketupat palas tu, uii nikmatnyaaa sedap rupanya ekkk... 

Semalam Aku Cuba Masak Rendang Kerang, Sedap Rupanya Ya!

Ketupat Palas

Anak-anak pun suka makan semalam, memasing pelik siap tanya, 'Kerang ke Mak?' hahahaha.. Iyerrr janji semua boleh makan, next time boleh buat lagi.. Kalau Suami ada ni pun rasanya dia pun suka, sebab rasa dan aroma rendang tu, sangat sedap, serasi bersama rasa kerang tu hehehe.. 

Untuk resepi Rendang Kerang ni pun, Sis guna resepi rendang yang biasa Sis masak aje, cuma letak kerisik dan bahan rempah tu semua, alaa Sis beli yang dah siap serbuk, senang nak guna hahahaha.. Nak resepi, sila belek di bawah ini.. 

Resepi Rendang Kerang 

Bahan-bahannya : 
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar jintan putih *
  • 1/2  sudu besar lada hitam*
  • 5 tangkai cili kering*

- Sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
- Dan kisar kering sampai halus (ketepikan)

  • 1 kg kerang di rebus dan di kopek
  • 5 ulas bawang merah kecik**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 2 inci halia**
  • 2 inci kunyit hidup **
  • 4 btg serai**
  • 1 inci Lengkuas**
  • 10 tangkai cili kering** (rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
  • 3 sudu besar kerisik

Minyak masak secukupnya
Sekilo santan
Garam
Daun kunyit (simpul) & Daun Limau purut (hiris halus)

Cara Memasaknya : 
  1. Kisar bahan-bahan bertanda **
  2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan pecah minyak
  3. Masukkan rempah yang dikisar halus tadi.. kacau sebati
  4. Bila dah garing, masukkan kerang dan masukkan santan, kerisik dan masak sampai semua pekat. 
  5. Tabur daun limau dan daun kunyit simpul. 
  6. Rasakan dengan garam.. kalau suka manis nak letak gula pun boleh

Semalam Aku Cuba Masak Rendang Kerang, Sedap Rupanya Ya!

Haaa dah siap dah boleh makan, nikmattt wooo .. tak payah tunggu hari raya je nak makan rendang, tak raya pun boleh. Ketupat Palas tu pun haaa beli sesiap dan frozenkan, nak masak tinggal stimkan aje, perghh sedap.. 

Ramai tanya mana nak beli Ketupat Palas bila tak raya, jangan risau adaaaa je jual memana, tengok dan belek je di 'market' dalam facebook tu atau search aje Ketupat Palas, mesti ada. Sis pun buat macamtu masa mencarinya, alhamdulilah dapat yang dekat nak hantar dan sedap pulak tu. Harga pun berbaloi..

Lepas ni dah tau sedap Rendang Kerang ni, bolehlah buat selalu, sebabnya senang, nak cepat, masak dulu bahan rempah, last baru masak kerang, supaya kerang tidak begitu hancur, tapi alhamdulilah, kerang Sis beli ni elok ajee, mungkin sebab saiz dia besar.. 

Dan... pagi ni, jom kita panaskan sedikit lagi tu rendang, dan makan dengan ketupat palas, ayuhh kita hahahaha.. yummmmmsss.. 


P/S: Nyenyak betul malam tadi tidur sampai tak sedar langsung bangun malam, tau-tau bunyi telefon jam 5.30am Suami call,.. rasa puas betul tidur tadi malam.. alhamdulilah.. 

Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ni first time dengar pasal rendang kerang. ingatkan rendang daging dan ayam je

    ReplyDelete
  2. Klau dapat isi kerang yang besar- besar pun sedap tau sis...SA kalau nak beli sisi kerang memang beli kerang fresh kat pasar besar...

    ReplyDelete
  3. Pernah makan rendang kerang tapi belum pernah masak lagi rendang kerang.

    ReplyDelete
  4. Rasanya mcm pernah cuba sekali rendang kerang masa beli nasi lemak bungkus. Tapi dah lama la. Teringin pulak nk makan lagi.

    ReplyDelete
  5. Sedap ye Sis. Takpe. Daku percaya je ngan Sis sebab Rawlins tak makan kerang. Hehe. Nie la bahana belajar berkenaan hidupan laut masa kat Uni, sampai la nie tak makan kerang. Haha

    ReplyDelete
  6. ada seplastik kerang dlm freezer tu, sis. aida tak tau nak masak pe. sebab ari tu beli ikutkan nafsu sgt kan. nak PKP, mcm takkan jumpa kerang dah :) ha ha ha ha...
    akhirnya, 2 minggu jugak kerang tu keras dlm freezer. merendangkah? atau jadik sambal? hmmmm... tq for sharing ekk :)
    aida pe rendang pun aida ngap. dgn ketupat nasi or ketupat palas.

    ReplyDelete
  7. eh, memang ada ye rendang kerang? macam mana lah rasanya. saya tak pernah lagi cuba rendang kerang ni, kalau kerang bakar/rebus tu memang favorite sayalah :)

    ReplyDelete
  8. sedap aihhhh, lama tak makan rendang kerang, nanti nak buat gak la, terliur betul tengok gambar sis

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tu sis lin...Marsha pun xpernah buat rendang kerang ni. Makan pun tak pernah lagi

    ReplyDelete
  10. Wahhh! Rendang Kerang.. Masak sendiri lagi puas kan makan... boleh masak sebanyak mana yang cukup untuk satu family... :) nak try la...

    ReplyDelete
  11. Marina suka makan rendang tapi tak makan kerang. Sedapnye tengok ketupat palas tu.

    ReplyDelete
  12. Senang je rupanya nak makan rendang kerang ye. Tapi tulah saya ni tak berapa nak suka dengan kerang. Dulu masa kecik2 makan juga tapi bila dah tua mngkin dah muak kot.

    ReplyDelete
  13. Raya sebulan ke setahun ni sis? Hahaha. Nur tak pernah makan & masak rendang kerang. Tengok sis punya gambar alahaiiiiiii teringin juga merasa. Boleh laaa buat nanti guna resepi yg sis share ni :)

    ReplyDelete
  14. Sis ko memang menduga. Ruby kalau masak rendang kerang. Mesti cari kerang Hero Market. Besor sedang elok sedap mata memandang. Masak pula dengan kerisik dan bahan banyak. So colek colek pon sodap. Nak masak esok. Tapi...... Malas betul nak ke Hero waktu PKP ni kak. Beratur panjang gilerrrr.

    ReplyDelete
  15. wa you made me feel hungry now huhuhu. The food looks sooo good macam from the restaurant! Such a good chef you are!

    ReplyDelete
  16. Rendang kerang memang sedap..kena pulak merang yg kopek sdri.. Fuhh lagi mnyengat.. Kalau kerang frozen rasa mcm liat n kecut skit kan

    ReplyDelete
  17. Tak pernah try lagi masak rendang kerang. Walhal dulu hantu seafood. Sejak alergic je dah slow dengan seafood. Tapi nak try la masak gak untuk husband dan anak². Hope menjadi la. .hehhee

    ReplyDelete
  18. Gerammm betul tengok semua masakan sis lin ni, i suka makan rendang kerang setiap kali beli kat kedia semua kerang nyer kecil kecil.

    ReplyDelete
  19. Alamak aih baru ingat nak diet esok ni, nampak rendang kerang Lin terus 50-50 haha waduhhh... Nanti nk masak jgk la rendang kerang, tak penah lg buat tp ini idea menarik. Nampak sedap sgt tu

    ReplyDelete
  20. ohh woow...reading this delicious recipe here making me hungry craving. thanks for this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  21. Akak suka makan rendang kerang tapi itulah lepas makan pasti menggaru tak hingat dunia. Tapi memang sedap. Aduihh teringin dah sangat nih. Posting yang telah membangkitkan selera makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!