SEMALAM AKU MASAK SPAGETI CARBONARA UPAH ANAK CUCI KERETA | Hurmm makin hari anak-anak Sis yang dah tua bangka tu pun mula kata 'bosan', ye laaa sedangkan kita ni yang hari-hari duduk rumah pun naik 'tepu' tapi masih stabil lagi haaa, tapi kalau jenis anak yang berkerja dan keluar sana sini, memanglah dah mula merungut bosan duduk rumah. Sis faham keadaan tu..
Dek sebab taknak kasi anak-anak stress dengan kebosanannya, Sis pun suggestlah beberapa aktiviti yang boleh hilangkan bosannya semalam. Yana kata nak cuci lantai parking luar, anak bujang pulak kata, nak cuci kereta laa, so dah berdebat dua-dua tu, last-last sepakat mereka cuci kereta aje hahaha.. lagipun semalam cuaca ada baikk, bagus cuci kereta.
Mula-mula Sis join juga, lelama tu Sis bersuara, 'Okay Mak masakkan Spageti Carbonara okay, tapi cuci kereta Ayah dan Mak sekali' hahahaha.. terus dua-dua setuju dan kemain suka (nak main air pun ye juga tu, ermm).. dari minggu lepas anak-anak minta masakkan menu tu, tapi sebab Maknya duk asyik masak menu nasi berlauk je, so memang takde laa nak masak westernnya, jadi semalam petang Sis tunaikan permintaan anak-anak.
Lagipun semalam memang Sis tak masak, dari pagi nagadap laptop edit blog orang dan ada kerja sikit buat draft posting, so memang lambat masaknya. Tapi pagi tu Sis dah goreng nasi, so anak-anak sarapan nasi goreng aje dulu.
Kemudian tengahari Sis 'menyoping' pulak di market facebook, beli sayur kampung dan beberapa barang dapur lagi. Senang laa order online, Sis pun tak keluar mana, nak pi kedai pun malas nak bersiap, anak-anak pun sama, di suruh ke kedai pun semua taknak.
Dan kebetulan pulak semalam ada order Laksa Johor dan Kek Marble dengan sahabat Sis,Mama Mona. Petang runner dia hantar, so jadilah untuk makan Sis, anak-anak Sis masakkan Spageti Carbonara tu.
Spageti Carbonara
Paling mudah, cepat dan sedap masak Spageti Carbonara ni guna aje sos siap sedia kan hehehe.. dan kali ni pilihan Sis sos Leggo's. Dah dua kali beli brand Leggo's ni, anak-anak suka, sebab rasa dia lain dari lain, sedap rasa sos carbonaranya.
Cuma resepinya memang Sis olah laa sedikit, masukkan mix herbs, lada hitam, oregano dan juga letak kepingan cheese dan susu full cream. Barulah naik rasa carbonara tu..
Dulu-dulu 'lurus bendul', kalau masak guna sos ni, main lebur jeee, tapi bila rajin nengok dan baca resepi orang lain yang menokok menambah bahan dalam tu, haaa kita ikut, ternyata memang sedap.
Korang macam mana? Tuang aje sos dan siap, atau korang tokok tambah bahan perasa lagi?.
P/S: Harini anak-anak minta pulak masak Bubur Berlauk.. baik Mak masakkan ❤
Alamak cik mEERA ako dah berbulan x basuh ni oii...
ReplyDeleteNi kalau Yana n Amat dekat sebelah umah, bole upah diorang sekali ni cuci cik mEERA sekali hahaha
nampak sebelah spaghetti tu ada menu lain..Haishh!! Semestinya kita akan menambah lebih dari secukup rasanya tu..hahaha...Kalau kat rumah tak menambah memang tak sah ek..Kalau spaghetti carbonara suka letak cheese lebih
ReplyDeleteSampai gambar spaghetti tu terus scroll..x tengok gambar..kang teringin plak...hahaha...aci tak?
ReplyDelete