ZIKIR HARI KHAMIS - SUBHANALLAH AL'AZIMI WA BIHAMDIHI | Sekejap dah masuk Hari Khamis kan. Diam tak diam, taunya dah hujung minggu. Pantas betul masa berlalu. Lagi duduk rumah ni, mengejar masa dengan kerja yang tak habis-habis ni haaa.. Entah apa aje lee kerja yang banyak tu ek hahahaha..
Nak kata dah bosan tidak laa juga, tapi naik 'tepu', macam lama beno tak kena matahari, paling tidak Sis keluar berjemur jirus lantai depan rumah dan siram pokok.. Kereta pun dah seminggu tak start enjin, ermmm Suami pun dah pesan suruh idupkan enjin kereta.. See, nampak sangat lama tak merayap ekkk..takpelah kita duduk rumah dulu, sambil tu tambah ibadah.. muhasabah dan banyakkan amalan.
Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya, bukan sahaja pahala, malah juga hati yang tenang serta keimanan yang teguh.
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ: “Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”
Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.)
Jom amalkan Zikir hari Khamis. Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.
Subhanallah Al-azimi wa bihamdihi ..
Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagiNya
Sebaik-baiknya, setiap zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali. Tapi korang tak payah fikir terikat dengan bilangan kiraan tu sebab semakin banyak kali dibaca, InsyaAllah, lebih banyak pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Sebenarnya, bukannya susah nak baca sampai 1000 kali bacaan sehari tu. Korang boleh menggunakan kaedah pecahan iaitu melakukan 200 kali bacaan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu. Nampak beratkan? Ye laa lepas aje solat kita berdoa dan terus bangun. Lepas ni cubalah. Cuba berzikir 200 kali setiap kali selepas solat.
Masa yang kita luangkan sikit itulah yang akan selamatkan kita. InsyaAllah.
P/S : Syukur alhamdulilah untuk hari ini Ya Allah ❤
nice sharing :)
ردحذفJom terus berzikir. Panas terik.
ردحذف