10 JENIS MENU MAKAN MALAM AKU HANYA RM68 SAHAJA! | MESTI korang teruja, terkejut dan tertanya-tanya, kok murah ya 10 jenis menu hanya RM68 sahaja?.. Yaa betul, Asian Barbecue set dari menu 𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨 ini hanya RM68 sahaja. Dan semestinya laa dari hotel lima bintang tak lain tak bukan Renaissance Johor Bahru Hotel yang kali keduanya Sis mengordernya..
Kalau dah sampai kali kedua ko order, so ko faham-faham aje laa kan, mestilah puashati, sedap dan berbaloi di makan bersama family. Kalau sebelum ni Sis amik set Asian Hawker Food untuk makan tengahari, so ini kali Sis order pulak Asian Barbecue untuk makan malam Sis sekeluarga.
Untuk set ini, dia ala masakan Thai gitu laa, sebab ada Kerabu Mangga tu, tapi di selitkan pulak dengan gaya ala melayu dengan menu Ayam Percik tu haaa.. memang betul ngam lerr kalau di makan sekali.
Banyak okay, kalau untuk dua orang makan ni cukup berbaloi, sebab ada certain menunya di beri dua bekas, ye laa kata makan dua orang kan, tapi kalau ikut muatan perut kami anak beranak, cukup sangat di makan untuk empat (4) orang, sangat cukup.. sebab tu Sis kata berbaloi benor...
Percik Barbecue Chicken
Haa inilah dua menu yang Sis kata tadi, satu ala Thai, satu lagi ala Melayu gitu...tapi jujur cakap, Thai Mango Salad dia sedap, anak Sis,Yana pun sukakannya.. cuma si bujang tak berapa suka, sebab rasa masam hahahaha.. tapi Percik Barbecue Chicken tu haaa anak bujang bedal seketul dia sorang je okay.. sedap katanya..
Sambal Squild
Sweet Chili Prawn
Untuk yang suka pedas tapi tahap pedas 'ado-ado' jer, haa korang boleh makan dua menu ni. sebab ianya tidak begitu pedas dan tidak terlalu kepedasan, alaa acaner nak cakap ek, rasa pedas-pedas manis macamtu laaa.. Saiz sotong dan udangnya memang besar, saiz XL ko, boleh share berdua, jangan gado-gado okay.. hahahaha..
Malay-Styled Spiced Clear Chicken Soup
Untuk dua menu ni kira pembuka selera dan menu kenyang laa. Senang kata melayu kata itu Nasi Serai laa.. haa gitulah, rasanya ada memang rasa serai dan nasinya lembut, tidak kering.. kalau kering ko curahlah sup ayam tu yaa ke dalam nasi hahahaha.. Supnya ada sedikit pedas-pedas, sama juga masa mula set pertama Sis makan, rasa lada putihnya tu kuat beno, tu yang menyebabkan pedas di bibir.. tapi okaylah, banyak isi dalam supnya..
Spicy Peppery Beef
Sauteed Sausages
Baked Cheese Corn on the Cob with Vege
Kalau ko tu tekak western sangat kan, nak makan nasi pun nak juga makan western, haaa don't worry, set ni siap sekali dengan menu western haaaa.. berbaloi tak? Order satu set, tapi dapat menu antarabangsa gitu hahahaha.. Sis memang puji laa keenakkannya Spicy Peppery Beef tu, dagingnya lembut dan sangat juicy. Nampak je kering, tapi kalau ko gigit, ermmmm .... Dan lelain tu, siaplah dalam set tu sekali, cuma Sis dah tuang ke dalam pinggan semua, senang nak makan kan..
Bubur Cha-Cha
Dan sebagai pemanis mulut, mestilah ada kannn, untuk set Asian Barbecue ni mereka beri Bubur Cha-Cha dua bekas untuk dua orang.. pekat, terasa beno buburnya, tak lokek isi kata Yana.. so far memang menu masakan dari Cafe BLD Renaisaance Johor Bahru Hotel ni tak pernah laaa mengecewakan..
Dan untuk gambar bekas-bekas tu, haaa itulah antara dalam sepuluh menu tu, ada yang di sediakan dua bekas setiap satu menu. so korang tak payah berebut makan, di jamin cukup dan terlebih makan kalau makan berdua ni..
Untuk tempahan, korang boleh order delivery, takeaway atau melalui online Grab. Bermula dari jam 11am hingga 8pm. Setiap hari buka untuk tempahan. Caj penghantaran juga bergantunglah pada jarak kawasan korang.
Asian Temptation Set ni ada 4 pilihan set, ikutlah selera korang nak yang mana, harga dan menu pun berbeza. So far Sis makan dua set ni memang sedap semuanya. Jangan tak percaya, 10 jenis menu makan malam aku hanya RM68 sahaja okay!! hehehehe..
Korang boleh tengok full menunya di sini -> bit.ly/RenJBTakeaway .
WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway
Ada rezeki nak cuba lagi dua set mereka tu, nampak pun sedap juga..
P/S: Rindu betul nak makan buffet hotel kan... ermmm, lambat lagi lee gayanya ni ekkk...
Rindu juga nak makan di hotel.
ReplyDeleteThai Mango Salad tu mesti sedap gilo sebab ada banyak daun ketumbar..haha
ReplyDeletewah nampak sedap2 belaka
ReplyDeleteAduh. Tertelan liur daku tengok juadah-juadah nie Sis oii. Kang tersilap plak aku gi order hahaha. Tapi memang berbaloi la harga tu
ReplyDeleteWah.........macam2 juga Renaisance JB buat ek. Nampak menyelerakan juga set menu dia. Thank you for sharing.
ReplyDeletesedapnya menu ni semua. bagus juga ada service delivery time pkp ni, boleh terus order je :)
ReplyDeleteMenarik jugak macam ni, klu nak masak banyak menu kadang2 xberbaloi jugak kan. Kalau ada servis camni sekali sekala boleh la layan selera y nak makan macam2 tu kan
ReplyDeleteWah terbaek! 10 awesome and delicious dishes for only RM68, sangat berbaloi.
ReplyDeleteApasal semua nampak tempting.hahaha. Murah ni berbaloi sangat tak yah masak. hehehe
ReplyDeleteBranch kl ade buat macam ni tak. Huaaaa best nye. Tengah kuarantin ni malas nak masak2 mcm nk order je
ReplyDeleteWahh! Seriously la? Murah dan berbaloi la, menu dia pun bukan calang2 or biashe2.. 10 lauk with that price is so affordable... portion pun not bad bah!
ReplyDeleteWow...murah and still dapat 10 jenis makanan. Dah meleleh dah air liur hahah.
ReplyDeleteMurah kak. Bleh kongsi-kongsi kan. Ada variasi camni taklah boring sangat makan sorang-sorang. 10 jenis tuu. Jap nak cek kat kl ada tak. Hahahaa
ReplyDeleteSeyes la sis semurah itu?? Omg..mmg berbaloi camni..takyah masak la if camni
ReplyDeleteAaaaa.. memang sodapppp.. mesti try.. sesuai buat makan kalau menu gini..
ReplyDelete