AKU DAH SELESAI CUCUK 1st DOSE VAKSIN COVID19

Sis Lin
20
AKU DAH SELESAI CUCUK 1st DOSE VAKSIN COVID19 | ALHAMDULILAH semuanya Allah permudahkan. Isnin semalam Sis dah dapat cucuk vaksin COVID19 1st DOSE Sis. Dia punya excited tengok update kt MySejahtera tu kan, berdebo kemain berdegup kencang jantung Sis okay. Bukan takut jarum, tapi nebes nak menerima vaksin masuk dalam badan, haa gitulah kekdahnya hahahaha.. 

Yang penting. Sis bukan ANTI-VAKSIN okay.. Sis dah jalankan tanggungjawab bersama #LindungDiriLindungSemua. Tak kisahlah cucuk di (tempat) mana, vaksin apa, yang penting dah dapat vaksin. Punyalah menunggu hari-hari update appointment date kat MySejahtera tu, sekali bila dapat aje date, walau last minit, tanpa tunggu terus terima. 

COVID19 1st DOSE

Dan semalam, Isnin 26 Julai 2021 jam 9am, Sis dah dapat vaksin 1st DOSE Corminaty* (BioNtech Pfizer) masuk dalam badan. Proses memang sangat-sangat pantas dan cepat. Tak sempat nak buat 'bodo-bodo', ada je anggota sukarelawan mereka datang dan tunjukkan jalan dan juga 'teman' ke sana ke sini hahaha..

Dah macam 'bodyguard' kita pulak.. semua ramah-tamah yang bertugas di pusat PPV ek? Rata-rata belum ada lagi Sis dengar komplen atau komen mereka bertugas secara 'kasar'. Abang-abang RELA semua kemain manyak sunyummmm.. 

Masa masuk bilik cucuk, Sis minta izin nak amik gambar botol vaksin, then selpie bersama vaksin sebelum cucuk hahahaha. Simpan bat kenangan sendiri. Then petugas kesihatan yang nak cucuk tu pun tanya Sis ;

Petugas : Kak, nak rekod ke nak amik gambar?
Sis : Tak, akak nak tengok
Petugas : Okay Kak.. 

Kemudian dia cucuk jarum tu, sambil laaa berkata-kata; 'Sekarang saya cucuk ye Kak, vaksin dah masuk tu Kak, Akak nampak kan?. Okay Saya tarik ye Kak. Akak tengok, dah kosong ya Kak'..

Haa begitulah ayat dia sepanjang Sis ko nengok jarum tu masuk sampailah jarum tu keluar kekekeke. Ramah orangnya, Azila namanya (Sis tanya namanya).. 



Lepas tu duduk di ruangan menunggu dalam lima belas minit untuk pantau kesihatan selepas di cucuk. Syukurlah tiada apa-apa, cumanya lepas cucuk vaksin tu, terus Sis nak membuang air besar hahahahaha.. adoiiii.. 

Sis dapat appoinment berdua dengan anak Sis,Yana.. so ini bermakna, satu family Sis sudah pun dapat suntikan vaksin COVID19 ni, cuma jenis vaksin aje berbeza semua. Jenis vaksin tu semua tak kisah, janji dah dapat cucuk vaksin. 

Now kesan dari cucuk dah ada, lengan semua sakit, tangan kiri berat dan rasa keras. But so far so good. Harini pun, MySejahtera dah up to date untuk appoinment seterusnya.. Pantas kann.. tapi masa menunggu date, kemain 'mereput' hahahaha.. 

Terima kasih pada para petugas sukarelawan dan juga petugas kesihatan. Alhamdulilah berkat kesabaran, aku dah selesai cucuk 1st DOSE vaksin COVID19. Harap dipermudahkanlah urusan seterusnya... aamiinn.. 


P/S: Korang yang belum tu, sabar... Sis dah rasa perasan 'kesabaran' menunggu itu 😖

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah settle dah cucuk vaksin. Bagus sekarang PPV semua lancar urusannya.

    ردحذف
  2. Syukur...kita dah divaksin..semoga allah permudahkan buat semua yang masih mennati panggilan vaksin...

    ردحذف
  3. Tahniah ... lepas juga dose pertama yer

    ردحذف
  4. Syukur alhamdulillah. Tinggal tunggu untuk dos kedua Sis dan anak Sis. Betul, bila dah daftar, tunggu tu yang mendebarkan lagi bila dengar dan tahu keluarga majoriti dan selesai vaksin lagi la rajin tengok My Sejahtera tu.

    ردحذف
  5. alhamdulillah saya pun baru sudah cucuk vaksin dos 1 minggu lepas, elok2 kandungan 30 minggu :D

    ردحذف
  6. Tahniah awak!
    Pasni tgu ogos plak ye...
    Pastu bole la book tiket mauahahahah

    ردحذف
  7. Tahniah Lin..
    Penantian Satu Penyiksaan.
    Kepastian Satu Penawar.
    Tiba pula tingat lirik lagu Kumpulan Harmoni zaman 80-an

    ردحذف
  8. Alhamdulillah. Congratulations. Akhir nyer dpt juga Sis Lin vaccine. Take care dear. Semoga dipermudahkan urusan utk doss kedua nanti.

    ردحذف
  9. alhamdulillah...hilang dah segala rintihan seketul sis lin sebelum ni...hahaha! aku pulak nak merintih!

    ردحذف
  10. Good to hear that you have got your vaccines. Now you just have to wait for your second dose and you will be free already.

    ردحذف
  11. Alhamdulillah dapat jugakkk vaksinnya, betul sis lin, tak kisah vaksin jenis apa, janji vaksin aje kannnn.

    ردحذف
  12. Alhamdulillah , tahniah sis. Faham perasaan tunggu dengan sabar tu. Vaksin apapun tak kisah janji kita semua rakyah Malaysia cepat2 dapat capai herd immunity sepertii yang kerajaan inginkan.

    ردحذف
  13. Hehe time kte komen entry sis ni kte tgh tgg turn utk vaksin pertama hehe

    ردحذف
  14. Tahniahhhhh! Tahniahhhh! Moga sihat selalu.
    I tunggu semua dah second dose... hewheww..

    ردحذف
  15. Wow congrats sis lin, bagus kalau dah vaccinated ada protection sebab now memang banyak covid cases.

    ردحذف
  16. Alhamdulilah, dah dapat pun vaksin ye sis! sama-sama la kita semua dapatkan vaksin. lagi cepat lagi bagus lagi la boleh travel dah lama tepu kt rumah niii

    ردحذف
  17. bestnya dah cucuk. saya ni entah bila nak dapat appointment. dah lama dah daftar.

    ردحذف
  18. wah tahniah .. mesti excited nak tunggu dos ke 2 kan hehehe.. btw take care sis lin

    ردحذف
  19. Yeah, finally sis got your first jab ya! Semangat betul nurse ni..same with mine, every steps dia explain apa yang dia dah buat.. (Y) macam ni baru pro kan.. salute them repeat the same things over and over again..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!