ALHAMDULILAH, REZEKI AWAL BULAN NAMANYA

Sis Lin
21
ALHAMDULILAH, REZEKI AWAL BULAN NAMANYA| SYUKUR alhamdulilah atas nikmat dariMu Ya Allah dengan peberian rezeki di awal bulan Julai harini. Hajat di hati harini nak menggoreng Mee Basah ala Mamak, tapi sedang menyiapkan bahan masakan, ada pulak mesej dari 'sesaorang' ni bagitau kejap lagi ada orang nak hantar barang... ermmmm...

Korang masih ingat blog posting 'Capture PV 1190678' di blog Retna sempena hari lahirnya?.. Yayyyy, dan kalau korang nak tau, Sis laa pemenangnya yang dapat capture nombor bertuah tu walau miss satu nombor je... dan Retna dah umumkan dah pemenangnya di sini

Dan korang nak tau apakah hadiah/barang yang Retna hantar tadi tengahari? Hahahaha.. jeng jeng jeng..  Ini diaa Roti Jala 'hipster' Sis panggilnya hehehehe... tak sangka weiii dapat roti jala ni, biasa nengok ajeee dalam facebook kawan share, sekali, dapat kat tangan Sis hahahaha..cuma yang ni boleh lagi terima, sebab masih lagi bentuk roti jala hehehe.. 

Roti Jala

Roti Jala

Yang buat Sis tersengeh dan gelak sikit, tang deko roti jala tu haaa, menjadi weii dia buat header blog Sis tu. Walau lari sikit tapi memang nampak sama hahahaha.. siap url bagi hahaha lawakkk arr.. Kreatifkann mereka ni, roti jala pun dah bermacam warna dan design. 

Ada tu roti jala bentuk gubahan bunga ookay.. serius sangat speechless laaa nengok.. mesti penuh fokus orangnya menggulungnyakann..  dan kalau korang nak tau, jujurnya Sis tak berapa 'berkenan' yang bentuk gubahan dan warna cmtu, mindset Sis fikir, mesti rotinya jadi kering dan keras, tapi salah rupanya tekaan Sis. 

Roti Jala

Yang Sis dapat ni, walau tidak bergubah, cuma warna aje meriah dari warna sebenarnya, tapi bila di makan cecah dengan kuah karinya, sangatlah lembut, sama macam roti jala biasa kita makan tu.. kalau panas lagi sedap ni... Sis memang terus makan je tadi, sebab nak mencubanya, alhamdulilah sedap kuah karinya.. 

Makaseh Retna, ko selalu buat aku 'surprise' tau.. today you make my day okay.. 
Korang yang nak order sekitar Pasir Gudang ni, boleh contact :
Dari Dapur Qaseh MalaZaRa 01112172180 dijamin sedap. 

Alhamdulilah, Rezeki Awal Bulan Namanya Ni

Alhamdulilah, Rezeki Awal Bulan Namanya Ni

Dan kemudiannya, petangnya tadi ni, Yana pulak pi ordernya KFC bucket.. katanya 'saje nak belanja', Allahuakbar, alhamdulilah, moga murah rezeki kalian semua yang bermurah hati.. 

Dan di sebabkan dua rezeki itu, maka tertunailah permintaan 'hati' Sis yang sememangnya nak buat roti jala esok dan juga nak makan KFC ni dari minggu lepas... jujur, memang Sis takde menulis, berkata dengan sesiapa punn.. tapi Allah sampaikan kepada mereka dan mereka sampaikan kepada Sis, alhamdulilah... 

Mungkin selepas ini, ada rezeki yang Allah nak beri kepada mereka yang suka memberi ni dengan lebih banyak dan melimpah ruah, insyaAllah... aamiinn.. 

ALHAMDULILAH, rezeki awal bulan namanya ni ❤


p/s: So, goreng ke tak Mee-nya tu? Kita tunggu dan lihat hahahaha.. 

Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulilah dah rezeki ko memang tak salah dihantar tu hehehe...
    Ako pun tu tetiba je tau terpk nk bagi roti jala tu, semlm br pk semlm br order.. hahaha
    Semoga ko pun selalu dilimpahi rezeki melimpah ruah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki..
    cantiknya roti jala tu. banyak warna pula.

    ReplyDelete
  3. Siapalah yang punya idea cipta roti jala jelita ni kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki,
    bab roti jala tu mmg rare, jarang2 ada warna macamtu. hehe

    ReplyDelete
  5. Lawa betul roti jala zaman moden ni. 😋

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Ceria tengok roti jala tu Sis. Suka pulak. Rezeki akan datang tepat pada waktunya.

    ReplyDelete
  7. Dah lama juga tak makan roti jala ni, last buat 1 ramadan ari tu... teringin nak buat kaler kaler camni, tapi takut anak2 tak makan nanti.

    ReplyDelete
  8. alahai..cantik plak kaler roti jala tu ha...nampak sedap...lagisatu SA ni pantang nampak KFC...haih confirm terjebak ni kang ..balik kerja kang kalau sempat naka beli KFC la..hahahahaha...

    ReplyDelete
  9. Nice deko deko ikut header blog la plakkkk... Nak jugak la nantii. Hahahahaha

    ReplyDelete
  10. ingatkan kek la tadi rupanya roti jala. cantik betul kaler dia macam sayang pula nak cicah dalam kuah kari tu..haha

    ReplyDelete
  11. Memang gigih la kalau gubah bagai Sis. Rezki betul Sis kan. Tapi tang logo tu memamg sebijik ye

    ReplyDelete
  12. Wah! Tahniah! Eh jap, roti jala tu kenapa cantik sangat?? Warna-warni nya! Ingatkan kek tadi. Nmpak sedap tapi sayang nak makan klu cantik cmtu.

    ReplyDelete
  13. Rezeki indah namanya ni.. bye cantik betul roti jala tu.. berkenan kita.. kitapun dah lama teringin kfc.. cuma malas nak Pg beli sbb xde org nak kasi hahahhahahah

    ReplyDelete
  14. omg bestnya dpt rezeki. i have seen that roti jala in all these beautiful colours before. rasa nk cuba pulak haha, it's so interesting!

    ReplyDelete
  15. wowo...so so lovely to receive, 1st time see roti jalar in different colours :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  16. Wahhh tahniah sis lin. Alhamdulillah rezeki. Cantik roti jala tu. Terliur tengoknya.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..tumpang gembira tengok gambo makanan sedap2 kat post sis lin ni..aduhai terliur pulak kita..😄

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah! Hehehe. Semoga dimurahkan rezeki akak sekeluarga. Roti jala lawa betul. Kepci tu wajib sebulan sekali kat rumah saya. Belai jiwa seisi keluarga gitu. ❤️

    ReplyDelete
  19. Wahh, rezeki la tu. Roti jalanya pun nampak sedap...

    ReplyDelete
  20. Awww this looks so delicious, it's been so long I've had Roti Jala!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!