ALLAH MENGUJI SETIAP ORANG BERBEZA-BEZA UJIANNYA

Sis Lin
10
ALLAH MENGUJI SETIAP ORANG BERBEZA-BEZA UJIANNYA | Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. 

Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.

Sebab Allah dah beritahu bahawa kita semua PASTI akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah dah sebutkan di dalam Al Quran; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286).

Tarik nafas sedalam yang mungkin. Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kamu fikir tak mampu, selamanya kamu tak akan mampu dan tak akan boleh hadapi. Tetapi kalau kamu fikir mampu, selamanya kamu akan mampu dan boleh hadapi.

Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi DOA kepada Allah. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu. Naudzubillah !

Sebab itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan mindset macam mana saja. Betul, memang easier said than done. 

Cakap memang mudah, nak buatnya susah. 
Tetapi, apa salahnya kalau kita mencuba bersangka baik pada Allah. Kan?

Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta. (Surah Al Ankabut 29:2-3)

Allah nak melihat (walaupun Allah Maha Mengetahui dan sudah tahu apa akan berlaku) sejauh mana kesungguhan kita untuk taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah! Dan dalam masa yang sama, Allah menguji supaya kita dapat tahan lasak untuk hadapi dan perbaiki kelemahan diri kita.

Ujian Allah antaranya kepada 4 bahagian : 
1. Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.
2. Allah menguji sebab nak membimbing hati kita.
3. Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.
4.  Allah menguji sebab nak hukum dan sayang kita.

Boleh jadi ada lebih lagi sebab. Apabila Allah menguji, kita hanya ada dua pilihan, sabar dan redha atau sebaliknya.

Jika bersabar dan redha, maka Allah akan menaikkan darjat kita di sisiNya. Darjat ini tak akan nampak pada mata kasar, seperti darjah kebesaran diRaja. Tetapi kesannya boleh dilihat dengan mata.

Allah Menguji Setiap Orang Berbeza-Beza Ujiannya

Jangan cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan orang lain. Ketahuilah, Allah menguji setiap orang BERBEZA-BEZA. Ujian yang dilalui adalah sesuai dengan kemampuan orang itu. Allah tidak akan beri ujian secara ‘pukul rata’. 

Yakin di dalam hati, bahawa setiap ujian daripada Allah adalah untuk menguatkan lagi iman dan nak menghapuskan segala dosa-dosa kita. Dan Allah hanya menguji bergantung pada sekuat mana iman kita. Tidak lebih, dan tidak kurang.

Jangan cuba melarikan diri daripada masalah. Hadapi, dan berusaha untuk selesaikan walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Bahkan mungkin mengambil masa seumur hidup. Yang penting, hadapinya, jangan putus asa. Putus asa bukan satu pilihan. 

Semakin kita lari daripada masalah, semakin besar masalah itu mengejar kita. Ada orang cuba lari daripada masalah dengan harapan hati akan tenang. Ketahuilah, kalau tenang pun, ia cuma sementara saja. Hakikatnya, kita tak boleh menipu diri sendiri.


P/S: Semoga kita semua mampu menghadapi ujian yang dihadapi masing-masing. Aamiinn..
Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Betul setuju, allah uji mengikut tahap kemampuan kita. Bila kita lepas dari ujian tu kita akan lebih bersyukur dan lebih kuat semangat. Mungkin sebelum tu kita akan terduduk...tetapi bangkit dan teruskan perjuangan.

    ردحذف
  2. betul. lain orang, lain ujiannya. kaya dan kesenangan tu pun ujian.

    ردحذف
  3. So true, sis. Sebagai manusia diri kita sentiaa diuji. tetapi setiap ujian pasti akan ada anugerahnya. Everything happened for a reason.And we always learn something valuable from it.

    ردحذف
  4. setiap orang ada ujian masing-masing. yg penting kena banyak bersabar dan jangan berputus asa :)

    ردحذف
  5. Amin yra.. betul.. jangan membanding. Ujian sangat berbeza. Nikmat dan sengsara benda tu mmg ada.. tapi selalu minta kita berupaya.mengharunginya

    ردحذف
  6. Akak kena kuat tau. Sentiasa yakin dengan Allah s.w.t. Bila dah melalui ujian begini, kita akan lebih bersedia dengan ujian akan datang. Itulah kehidupan kan kak. Jangan sedih lama-lama.

    ردحذف
  7. Setuju sis , lagi satu jangan suka buat kerja tuhan. Setiap dari kita baik ujian dan rezeki semuanya tak sama. Cara macamana kita nak atasi tu semua Allah dah tulis dalam Quran dan Nabi dan Rasul2 yang terlebih dahulu di uji juga dah guide kita. Semoga semuanya teguhkan iman sebab kita hidup didalam dunia akhir zaman.

    ردحذف
  8. Very well said! I agree with you. we should have fate and do not give up easily coz now it's a challenges to us

    ردحذف
  9. Allahu... sis kalau nak tahu, khai memang tengah dalam masalah. entah kenapa terdetik hari ini, hari yang tengah burn out baru nak balas exchange komen. terima kasih atas nasihat dan perkongsian ini semoga menjadi asbab untuk sis di akhirat nanti

    ردحذف
  10. Semoga kita sentiasa kuat untuk menempuhi setiap dugaan yang datang. Mudah mudahan yang baik-baik saja hendaknya buat semua :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!