AMALAN DI 10 MALAM PERTAMA BULAN ZULHIJJAH BESAR GANJARANNYA | BULAN Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah.
Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namu bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.
BULAN Zulhijjah yang disamput pada kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kebiasaannya jemaah haji sudah berpusu-pusu ke Makkkah. Rindu dengan suasana meriah di lapangan terbang kan, tapi apakan daya.
Pada tahun ini kerajaan telah menangguhkan untuk umat Islam menunaikan ibadah Haji akibat penularan Covid-19 yang semakain menjadi-jadi dan tak tau bilakah akan berkahirnya. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam mesti dan wajib beriman kepada qada dan qadar Allah. Redha atas ketentuannya.
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh dengan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dalam bulan tersebut khususnya pada 1 sehingga 10 Zulhijjah. Firman Allah di dalam Surah Al-Fajr ayat ke 2: Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Ibnu Kathir menyebut mengenai malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama pada Bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab istimewanya sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Di sana terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Maka rugilah bagi mereka yang mendapat peluang keemasan ini tetapi mensia-siakannya dengan pelbagai alasan.
Antara amalan yang boleh dilakukan adalah;
1. Puasa
Puasa merupakan ibadah yang agung. Ini kerana hanya puasa yang Allah janjikan akan dilipat ganda ganjarannya bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah tersebut. Oleh itu menjadi satu sunnah Baginda Rasulullah berpuasa pada sepuluh hari terawal Bulan Zulhijjah.
[Baca Juga] : Niat Puasa Hari Arafah
2. Takbir, Tahlil dan Tahmid
Memuji Allah pada hari-hari yang sangat dicintai Allah adalah satu amalan yang sangat baik. Segala bentuk amalan yang mengingatkan kita kepada Allah merupakan satu amalan yang sangat dituntut lebih-lebih lagi dengan kita perbanyakan takbir, tahlil dan tahmid.
3. Melakukan ibadah korban
Kebanyakan orang Islam lupa akan kelebihan ini iaitu melakukan ibadah korban. Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.
[Baca Juga] : Pakej Kurban/Aqiqah Serendah RM499
Maka setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
Kita juga perlu menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.
Oleh yang demikian keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari ini marilah sama-sama kita usaha melaksanakannya agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Lakukan mana-mana amal kebaikan walaupun sedikit asalkan kita tidak terlepas peluang yang ada.
Disamping kita mengerjakan ibadah sunnah, kita juga wajib memperbaiki semua amalan-amalan fardu yang dituntut kepada kita untuk dilaksanakan. Cuba kita lihat bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup berkorban demi melaksanakan perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.
Seperti mana pesanan nabi SAW ketika Baginda memberikan khutbah yang terakhir pada Hari Jumaat, 9 Zulhijjah di tahun 10 hijrah. Baginda Rasulullah ketika itu berwukuf bersama 144,000 orang Islam di padang Arafah. Baginda telah menyampaikan suatu amanat yang mengandungi pengajaran dalam kehidupan masyarakat Islam.
Antara pesanan Rasulullah ialah: Hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan kamu, dirikanlah solat lima waktu yang difardukan itu, kerjakanlah puasa sebulan Ramadan, keluarkanlah zakat harta kamu dengan rasa reda daripada hati sanubarimu, tunaikanlah ibadah haji di Baitullah, taatilah pemerintah dan pemimpin kamu, nescaya kamu akan memasuki syurga Tuhanmu.
Mudah-mudahan dengan hadirnya Zulhijjah pada kali ini akan dapat mengubah kita menjadi lebih baik berbanding kita sebelum ini. Ingat, jika kita sayang Allah dan nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, nescaya Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita.
Sumber : Mstar
P/S: Jom kita ambil kesempatan 10 hari awal Zulhijjah ini untuk meningkatkan lagi amalan-amalan kita kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah. InsyaAllah, hidup kita akan diberkati Allah SWT. Aamiin.
terima kasih atas perkongsiannya...
ردحذفterima kasih share perkara yg berguna
ردحذفzakat pendapatan
borang b
turunkan berat badan
resdung