GANGGUAN DASIM DALAM RUMAH TANGGA

Sis Lin
13
GANGGUAN DASIM DALAM RUMAH TANGGA, BERHATI-HATI! | SEJAK-SEJAK ni banyak sangat Sis terbaca dalam feed timeline facebook dan instagram mengenai kisah dalam keretakan rumah tangga yang rata-ratanya di sebabkan banyak faktor 'tanpa sebab'. Kadang ada tu berpisah hanya kerana benda remeh, dan perkara kecil, tapi ada juga yang di sebabkan dengan 'orang ketiga', yang sengaja mencuba memporak peranda rumah tangga kita, haa yang tu sesiapa pun tak boleh hadap okay.. memang naik hantu..  

Setiap pasangan yang berkahwin pasti pernah berhadapan dengan perselisihan faham dalam berumah tangga. Itu perkara biasa.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Suami Isteri kan. Tapi, ada juga pasangan yang mengalami situasi hubungan mereka sentiasa 'panas' tanpa sebab-sebab munasabah. Lebih pelik apabila berjauhan rasa rindu menggebu, apabila dekat seperti mahu berperang.

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.

Ganguan Dasim Dalam Rumah Tangga

Apa Itu Dasim? 
Perlu Tahu Mengenai “Dasim”.

1. Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2. Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak sefahaman tanpa sebab!.

3. Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

Ganguan Dasim Dalam Rumah Tangga

6 Tip Elakkan Hasutan Dasim 

1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar benda ni. BILIK KOSONG yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan, “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Jangan lupa MEMBERI SALAM setiap kali masuk ke rumah iaitu; Assalaamu'alaina wa'ala 'ibaadillaahish shoolihin. (Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh). , walaupun tiada orang didalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!.

Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek terlolong! Kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata. "Aku telah melakukan begini dan begitu". Iblis bekata, "Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa".

"Kemudian datang yang lain dan berkata; "Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya." Maka iblis mendekati dan berkata; "Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau." - [HR Muslim].

Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

Kredit : Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group


P/S: Kalau yang perosak kepala hitam 'terhegeh-hegeh' tu, ko viralkan aje, haaa takut lerr dia nanti hahahaha.. 

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. thanks sharing. dasyat pula Dasim ni.
    Ya Allah semoga hubungan suami isteri sentiasa dijaga di dalam rahmatMu.
    Amiin.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. semoga kita semua dilindungi lah daripada gangguan Dasim ni T_T

    ReplyDelete
  3. Nauzu billahi min zalik.
    Mintak dijauhkan lah.

    ReplyDelete
  4. tu lah, semalam aku share jugak yang ni kat FB..seram bila baca...ermmm..kuat2kan la pendiding diri kita dan rumahtangga...

    alaaa badminton ni...Thailand menang pulakkk lawan Sonia!

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya malam tadi saya dah buka nak baca post ni.Nampak gambar seram tu terus saya off..Hari ni baru berani baca...Saya memang penakutttt🤣

    ReplyDelete
  6. bahaya juga gangguan dasim. semoga kita dijauhkan dari segala hasutan syaitan.

    ReplyDelete
  7. Tak ingat dengar kat mana tapi ada yang ajar, setiap kali sebelum tidur, maafkan kesalahan orang dan juga maafkan diri agar lebih tenang.

    Now baru Rawlins tau kenapa parents suh kibas tilam dan selimut sebelum baring/ tidur.

    ReplyDelete
  8. Btul tu kak.. Sihir pemisah, gangguan halus cmni sbnrnya ada.. Moga kita yg dh berumahtangga ni kuatkn diri la.. Dijauhkn anasir buruk...

    ReplyDelete
  9. Baru buat tajuk yang sama jugak , terpanggil nak kongsi supaya banyak rumahtangga boleh diselamatkan. Kdang kita rasa pihak ketiga jadi punca . Tapi memang betul pun , DASIM itulah ketuanya kepada pihak ketiga.

    ReplyDelete
  10. DASIM mmg yg jarang dgr tentang, tq sharing, baru tau bahayanya DASIM jd kita sekeluarga kena rajin beribadah, solat, zikir dan setiap hari baca Al Quran

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg sangat baik dan memberi makna.. moga menjadi asbab utk praktikkan jadi yg lebih baik dlm sesuatu perhubungan..

    ReplyDelete
  12. Omg.. this is my first time get to know about Dasim, memang kejam si Dasim ni.

    ReplyDelete
  13. Baru tahu pasal ni. Terimakasih atas perkongsian sis. Semoga bermanfaat buat semua yang membaca entry ini :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!