HARUMAN BUKHOOR JADI TERAPI DALAM RUMAH AKU

Sis Lin
16
HARUMAN BUKHOOR JADI TERAPI DALAM RUMAH AKU | KALAU dulu zaman Sis kanak-kanak dulu, tiap kali kalau arwah Atuk adakan majlis kenduri ke atau majlis Qhatam Quran muridnya ke, mesti arwah Atuk akan bakar haruman Sunnah Bokhoor macam ni. Ada macam-macam bau. Sampaikan ada certain tu, kemain kuat baunya, tapi kitaorang dah biasa, so diam aje la..

Sampaikan kengkawan Sis dulu kalau nampak, siap kata; 'Eh Atuk ko bakar kemeyan ke? Nak halau hantu ke?' Hahahahaha.. iyerrr serius, kalau orang tak tau memang tak tau apa kegunaan Bokhoor tu.. memang dari dulu zaman atuk nenek dah guna benda ni, cuma sekarang dah upgrade, bekasnya pun kemain cantik. Atuk dulu hanya bakar dalam bekas kayu aje,.

Apa Itu Bokhoor?

Bukhoor berasal daripada Bahasa Arab yang merupakan campuran dari beberapa tanaman tradisional yang terkenal seperti gaharu, cendana dan minyak-minyak khususnya. Selain kayu gaharu, kulit kayu lain boleh dijadikan sebagai bahan bakar, iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pala kayu agar.

Ia akan menghasilkan asap yang berbau harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Kebiasaannya, ia akan dibakar di atas tempat khususnya yang diberi nama mabkhara dengan menggunakan arang.

Penggunaannya masih menjadi tradisi di timur tengah dan biasanya digunakan dalam acara-acara tertentu atau pada waktu-waktu yang diperlukan seperti berlaku kematian dan sebagainya. Mengikut sunnah, Baginda dan para sahabat akan membakar wangian ini ketika berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, membaca al-Quran atau sebagai haruman di dalam rumah.

Haruman Bokhoor Jadi Terapi Dalam Rumah Aku

Haruman Bokhoor Jadi Terapi Dalam Rumah Aku

Dan ini adalah set Bokhoor pertama yang Sis beli dan Sis baru gunakannya selama seminggu. Alhamdulilah wangiannya dapat di terima oleh hidung-hidung dalam rumah ni hahahaha.. Memasing pun tercari-cari dan bertanya, 'Bau wangi apa ni Mak?' hehehehe.. 

Set Bokhoor ni Sis beli dengan Cikgu Sis yaitu penulis dan pencipta lagu Ly Dan Baiduri tu. Dan ini juga adalah keluaran pertama set Bokhoor atas jenama Ly Dan Baiduri khas untuk fans club & peminat Cikgu Sis tu. 

Tak mahal mana pun, sebab ianya set Basic, hanya RM60 sahaja. 

Setiap set mengandungi : 
1 MINI Mabkhara (3-6inch)
1 Bukhoor 10gm (boleh pilih dari 6 wangian)
1 Pek Arang Bukhoor 

Haruman Bokhoor Jadi Terapi Dalam Rumah Aku

Haruman Bokhoor Jadi Terapi Dalam Rumah Aku

Dan untuk pertama kalinya ni, Sis amik haruman Al-Haramain. Baunya lembut dan tenang aje tiap kali menyedut harumannya. Memang haruman Bokhoor jadi terapi juga dalam rumah Sis buat masa ni... So far Sis bakar, anak-anak dan Suami takde merungut akan baunya, memasing suka dan diam aje.. 

Ye laa bau ni kadang tak semua orang sama sukanya, ikut hidung memasing. Kita kata wangi, dia kata tak, dia kata wangi, kita kata tak.. alhamdulilah untuk wangian Al-Haramain ni, semua okay.. 

Nak gunakannya pun senang, hanya perlu nyalakan arang aja, ianya mengambil masa dalam 30 saat untuk menjadi bara, kemudian amiklah kayu gaharu tu then letaklah atas bara tu, nanti akan keluarlah asap serta bau yang semerbak. 

Korang kalau nak dapatkan set Bukhoor Ly Dan Baiduri ni, boleh wahtsapp terus ke sini www.wasap.my/60136343011/synakbasicset 

Haruman Bokhoor Jadi Terapi Dalam Rumah Aku

Kelebihan Bukhoor

Wangian ini dikatakan mempunyai amalan dengan kehidupan moden pada masa ini, iaitu pati minyak wangi yang dihasilkan adalah daripada tumbuhan seperti lemon, lavender dan pudina yang berfungsi sebagai penenang dan penawar penyakit.

#1 – Penawar Stres
Imam Bukhari mengatakan bahawa bauan jenis ini mampu menguatkan fizikal dan juga mental. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu terapi kepada badan dan otak seseorang. Selain daripada memberikan aroma yang positif kepada mental korang, ia juga dapat menyebarkan aura positif kepada sekeliling seperti halaman rumah dan penghuninya akan lebih sihat.

#2 – Asapnya Tidak Melemaskan
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh beberapa golongan ilmuwan, asap yang dilepaskan adalah tidak melemaskan kerana ia mengeluarkan oksigen yang berupa wangian. Buat mereka yang menghidap penyakit asma atau yang seumpamanya, tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan pernafasan.

Kesimpulannya, banyak kelebihan yang boleh didapati dengan penggunaan bukhoor ini. Kita bukan sahaja dapat mengikut sunnah, malah sesuai untuk haruman terapi.

So ada yang dah gunakan Bokhoor?.. 


P/S: Panas gilerr cuaca hari ini, aduiiii dapat pekena cendol sedapnyaaa lahaiiii... 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedapnya bau haramain tu. Ayah Aien suka. ritu ada usha jugak belum terbeli lagi. Rasa macam di majlis ulama' je kalo bakar . hehe

    ReplyDelete
  2. Ni mcm bau2 arab tu.. Mcm bau mibyak athar ke?

    ReplyDelete
  3. apa lagi..order cepat..ehehhe

    ReplyDelete
  4. hari-hari panas sekarang ni sis, sabo sajalah..lepas mandi pun boleh berpeluh2..haruman bokhoor n dah famous timm tgk dekat tiktok, ramai dah mula guna sebgai hiasan dalam rumah..

    ReplyDelete
  5. Macam menarik pula..Bekas pun cantik.

    ReplyDelete
  6. Wah...menarik ni....bekas dia pun Arabian Style kan

    ReplyDelete
  7. Menarik bukhoor ni.Ramai gak yang tak tahu.Teringat ada sorang brother kat insta cakap bukhoor ni kemenyan😅

    ReplyDelete
  8. Hai sis lin, lama tak baca tulisan sis lin. Sekarang baru nak aktif balik. 👋🏼

    Sbnrnya terapi haruman ni dah lama diamalkan dan merupakan sunnah. Sesuai untuk orang yang selalu stres, kemurungan dan susan tidur tu memang bagus. LH pun selalu tenangkan diri dengan haruman² macam ni. Tapi bukan bukhoor ni lah. Lepas ni boleh lah nak try pakai bukhoor ni pula.

    ReplyDelete
  9. tak pernah tengok bukhoor tu, ini lah first time tengok. sekarang ni memang musim orang pakai bukhoor ni erk. ramai jer yang beli nih .. dan trending nampaknya

    ReplyDelete
  10. Eh Sis. Betul tu harganya? Murah tu. Berbaloi nie letak kat rumah agar jadi terapi diri gak kan.

    ReplyDelete
  11. Wahh menariknya tu. Suka lah tengok bekas dia tu. Cantik! Bolehlah fefeeling Arabian gitu. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  12. Wah this is my first time knowing this haruman bokhoor, my neighbour got something similar also but i m not sure is the same brand or not.

    ReplyDelete
  13. Dah macam jadi trend kan Bokhoor ni sekarang pelbagai wangian yang harum.. kat rumah kita ada tapi bekas sis cantik emas kilat-kilat nak rembat juga lah macam tu nampak besar kita punya kecil jer...

    ReplyDelete
  14. bau dia ala-ala oud ke sis? aritu ad nampak tokti share tapi tak sure brand apa yang tau dia ala2 arab la gitu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!