INFAQ : BANTUAN HAIWAN PRIHATIN | Sisa makanan kita setiap hari adalah hidangan yang lazat buat mereka. Malah, keadaan seekor kucing yang sarat bunting juga lemah dan lelah sama seperti wanita mengandung yang tak bermaya untuk berdiri dan berjalan.
Alangkah baiknya jika kita mempunyai sebahagian peruntukan untuk membeli makanan buat kucing jalanan. Kebanyakan orang hanya ingin memelihara kucing berbulu kembang dan tidak pandang langsung dengan kucing jalanan yang kotor.
COVID 19: Populasi Haiwan Terbiar Meningkat :
- Masalah ekonomi akibat pendemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan kehidupan manusia malah kebajikan haiwan.
- Bilangan haiwan terbiar dianggarkan meningkat 70% sejak pandemik ini melanda.
- Mereka yang hilang pekerjaan tidak dapat menjaga haiwan peliharaan dan mengambil keputusan membuangnya.
- Bukan itu sahaja, norma baru yang tidak membenarkan orang ramai keluar sesuka hati menyebabkan haiwan jalanan kurang mendapat perhatian dan akhirnya mati akibat kelaparan, sakit dan lain-lain.
Pilu hati mengenang nasib haiwan-haiwan terbiar yang tidak terbela ini..
Tiada yang tahu atau ambil kisah tentang keadaan mereka..
Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?
Tidak semestinya perlu turun padang untuk membantu haiwan jalanan. Dengan cara menyalurkan sumbangan kepada sukarelawan haiwan seperti Persatuan Bantuan Haiwan Prihatin, secara tidak langsung korang juga dapat membela nasib malang haiwan terbiar.
Mari kita rebut saham akhirat dengan bersedekah! Serendah RM 10 sahaja..
+ Pakej Tajaan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar (Shelter Centre) - RM 100
+ Pakej Tajaan Makanan / Ubat-ubatan - RM 50
+ Pakej Seikhlas Hati - RM 10
Sumbangan korang boleh disalurkan melalui akaun dibawah:
Bantuan Haiwan Prihatin : CIMB: 8010711096
P/S : Mudah-mudahan kita akan memperoleh ganjaran selayaknya... Aminnn..
ok..dah save number akaun
ReplyDeletehaiwan2 ni juga memerlukan bantuan spt manusia jugak..nice share
ReplyDeleteI tringin nak derma kat persatuan2 mcm ni tapi I slalu in doubt pikir smpai ke tak duit tu ke kucing or dah dipakai oleh org tengah. Manusia ni macam2.
ReplyDeleteThats why kadang2 I ended up call mana2 pet centre/shelter mcm ni and tanya dorg brg ape yg dorg perlu, so kalau dorg ckp dorg perlu pasir, jenis pasir brand ape, then I'll buy the pasir and send it to them.
That way, I pun lega, dorg pun dpt brg apa yg perlu. 😊