KIBAR BENDERA MERAH UNTUK BANTU HAIWAN PELIHARAAN

Sis Lin
16
KIBAR BENDERA MERAH UNTUK BANTU HAIWAN PELIHARAAN | Sekali lagi Sis pun tak tau sejak bila kempen kibar bendera merah untuk batu haiwan peliharaan ni di mulakan, tapi yang pasti ianya satu kempen yang memang perlu kita amik tau. 

Yaa bukan kita manusia yang memerlukan makan, tapi jika kita sendiri 'tuan' kepada kucing peliharaan kita pun, nak makan pun 'ikat perut', apatah lagi jika kita ada haiwan peliharaan. Kena juga beli makanan untuknya dan mana pulak nak dapat bantuan kewangan jika kita sendiri pun susah. 

Maka jika korang ada haiwan peliharaan dan kurang berkemampuan dan inginkan bantuan makanan, kibarkan bendera merah di rumah korang untuk meminta bantuan makanan haiwan peliharaan atau jika kucing korang sakit untuk di bawa ke klinik. 

Tapi bukan hanya tumpu pada kucing sahaja, tetapi anjing juga.. Kalau ayam? lembu? burung? Ermmmm eh entah laaa, janji haiwan, boleh je kot.. tapi ada ke orang bela lembu dalam bando ni oiii... kalau diperkampungan yee laa.. tapi lembu boleh bagi makan rumput ya.. sekian.. 

Kibar Bendera Merah Untuk Bantu Haiwan Peliharaan

Terkini, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) komited membela nasib haiwan dengan melancarkan Kempen Kibar Bendera Merah. Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkata, inisiatif itu bertujuan membantu pemilik yang terkesan akibat pandemik Covid-19 mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Menurutnya, langkah itu juga diambil kerana berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembuangan haiwan berlaku kerana pemilik tidak mampu untuk terus memelihara kucing dan anjing peliharaan mereka kesan faktor ekonomi.

Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu sudah lama dipelihara, malah menjadi sebahagian keluarga mereka. Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang ke jalanan mengalami kecederaan, trauma, penyakit berjangkit dan mati kerana tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. 

Amat menyedihkan apabila ‘muka baharu’ di jalanan berada dalam keadaan takut dan kekok menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran, serangan dan pergaduhan selain tidak mengerti untuk bermandiri mencari makan dan akhirnya mengalami kecederaan, penyakit malah kematian

Sikap ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan untuk kucing dan anjing jiran secara tidak langsung akan membantu individu terbabit menghadapi tekanan ekonomi dalam tempoh pandemik Covid-19.

Keprihatinan masyarakat sekeliling sebenarnya membantu mengatasi masalah pembuangan kucing dan anjing di jalanan sekali gus mengekang masalah kezaliman haiwan akibat tekanan perasaan pemilik yang terpaksa memikirkan keperluan hidup untuk kucing dan anjing peliharaan mereka.

Orang ramai diseru agar bersama-sama menyertai kempen kibarkan bendera merah demi kelangsungan hidup haiwan peliharaan dan bersama-sama kita menyelamatkan banyak nyawa daripada terseksa dan mengekalkan sifat kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Jom, Kibar Bendera Merah Untuk Bantu Haiwan Peliharaan korang ... 


P/S: Sis ada dua ekor kucing dewasa, dan dua ekor kucing kanak-kanak.. ermm so far alhamdulilah, rezeki mereka, makan Royal Canin.. so bersyukurlah ko wahai kucing-kucingan aku.. 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul..bukan manusia je terkesan. haiwan2 liar pun sama. diorang kdg2 makan mkanna kt kdai2 makan...mknan pemberian org tpi2 jalan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Jika tuan pun dah letak bendera putih, pets pun mesti makan bercatu. Moga dipermudahkan urusan kita semua dalam mendepani Covid-19 nie

    ReplyDelete
  3. Macam-macam kempen yang Ai dah terlepas pandang. Bukan manusia je perlukan bantuan, haiwan pun perlukan bantuan untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  4. Yay!!!!!!!! Kibarkan red flag for your pets. They need kindness too. Besides our pets, jgn lupa juga bantu haiwan2 jalanan. Kesian juga pada depa. Musim PKP nie sumer restoran tutup. Susah mereka nak carik makanan. So pls lets help them too.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ye...bukan hanya kita manusia je lapar, haiwan pun lapar juga. Kalau tuan dia terkesan...pasti haiwan peliharaan dia pun terkesan. Bantulah kalau ternampak mereka yang kibar bendera merah.

    ReplyDelete
  6. haiwan juga terkesan dengan lockdown ni. bagus ada kempen macam ni, dapat juga membantu mereka yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  7. Kibar bendera merah ni memang penting. Kesian kucing dan anjing belaan or di jalanan. Mereka kelaparan. Harap dengsn inisiatif ni dapat bantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  8. Oo aritu ada dgr juga tentang bendera merah ni. Rupanya utk haiwan peliharsan. Bagus, rakyat Malaysia prihatin bukan setakat sesama manusia, tapi juga untuk haiwan.

    ReplyDelete
  9. Inisiatif yg sangat bagus ni.. esp bukan kita sahaja terjejas.. haiwan juga pun.. jom sama2 kita membantu

    ReplyDelete
  10. baru tau pasal kempen ni, kempen yang sangat bagus, haiwan pun makhluk bernyawa yang perlu kita jaga

    ReplyDelete
  11. Betul tu haiwan pun perlukan pertolongan pada waktu ini. Kita akan tolong selagi yang mampu

    ReplyDelete
  12. Inisiatif yang bagus. Selain manusia haiwan juga terkesan dek pandemik Covid-19 ni. Kesian kat orang yg pelihara bnyk binatang peliharaan tu..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah ada jugak bendera khas untuk haiwan. Harap takder yang bergaduh pasal ni pulak. Terfikir nasib haiwan-haiwan kat pusat perlindungan dan haiwan jalanan. Harap kita semua prihatin dengan nasib mereka.

    ReplyDelete
  14. setuju! dalam masa yang sama haiwan pun perlukan bantuan. especially yang kita jaga, kos makan semua tu bnyak sebenarya. bila tak mampu, terpaksa lepaskan. hrmmm hopefully kalau nampak yang tepi jalan tu sama-sama la kite bagi makanan ya

    ReplyDelete
  15. Good initiative ni at least dpt support mereka yang memerlukan... Dulu nell pun ada 2 ekor jer... Now 20 ahhh semua with Royal canin.. Makanan mereka sebulan lagi tinggi kosnya dari tuan...

    ReplyDelete
  16. Wah biar betul, this is my first time get to know about bendera merah. Thanks for sharing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!