KUCING PUN FAHAM PERASAAN MANUSIA KAN?

Sis Lin
3
KUCING PUN FAHAM PERASAAN MANUSIA KAN? | Kalau di tanya 'kenapa Sis?' .. Entahlah, sesuatu rasa dan perasaan tu susah nak di ceritakan jika ada yang bertanya, selama apa yang Sis rasa, hanya Dia yang Maha Mengetahui.. tapi bila rasa dan perasaan tu di tulis di sini, rasa puas dapat meluahkan.. beza rasanya meluahkan dengan manusia dengan di melepaskan semua di sini selain denganNya.. 

Tapi cukup puas jika tiap kali solat dapat berdoa dan meminta kepadaNya.. hinggakan kucing Sis,Kenit.. tiap kali selepas selesai memberi salam usai solat, dia akan duduk depan Sis dan pandang Sis sepanjang Sis angkat tangan berdoa... kadang dari Sis tak menangis jadi menangis melihat kelakunya...

Mungkin kucing pun faham perasaan manusia kan?... dia tau tuannya sedang bersedih, sedang memendam seribu rasa dan fikiran celaru.. sebab itu Allah datangkan dia kepada Sis... kadang tu time Sis termenung, time tu laa dia datang juga pandang muka Sis... Sis tengok dia, dia tengok Sis.. jadi tersenyum Sis dibuatnyaa.. alahaii Kenit... Mak sayang Kenit... 


Lihatlah Kenit, dipandang Sis ketika berdoa hinggakan Sis capai handphone tangkap gambarnya pun dia masih tidak bergerak.. seolah dia nak berkata sesuatu tapi tak tau ... meowwww...

Susah nak kata.. Tuhan memang jadikan manusia ada ketika suka, ada ketika di uji jadi duka, antara kita kuat dengan tidak je nak hadapinya.. cuma orang lain nampak kita ceria, hakikatnya yang ceria itulah memendam seribu perasaan kesedihan.. yang tahu hanya Dia..

Buat apa nak cerita dengan manusia, sedangkan masing-masing punya masaalah sendiri juga.. adalah lebih kita diam dan serahkan kepadaNya.. cuma ada masa kesabaran pun ada batasnya kannn.. dan ada ketikanya diri rasa tercabar.. nak memberontak.. tapi belum masanya... 

Sis lebih suka memerhati.. walau apa pun masaalahnya, lebih suka tunggu dan lihat.. nanti akan tiba masanya, Allah sendiri akan buka semuanya.. yang penting kita jaga aib kita dan keluarga kita.. 

Ujian? ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG.. 

Bukan Mudah, Tapi Bukan Juga Mustahil.. Tidak Ada Yang Mustahil Bagi ALLAH..
Maka Yakin Padanya.. Setiap sesuatu PASTI ada Hikmahnya Yang Tersembunyi.. Kita Tak Nampak Sekarang.. Mungkin Suatu Hari Nanti..  Teruskan SABAR DAN BERSABAR Menempuhi.. 

Moga ALLAH REDHA Perjalanan Hidup Kita Ini..


P/S: Terima kasih Ya Allah kerana beri aku kesabaran dan kekuatan yang mungkin orang lain tidak boleh jadi seperti aku... alhamdulilah... 

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mcm biasa ako n linda ada je utk dgr keluhan ko... Chill k

    ردحذف
  2. itu la kucing pembawa rezeki, penghibur hati time sedih..insyaallah ada hikmahnya..yup AD percaya kucing mmg paham perasaan manusia

    ردحذف
  3. semoga ko terus kuat dan tabah menghadapi apa jua ujian Allah untuk ko..ameen

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!