'KUIH BOX' NENDAPLATES UNTUK MEREKA YANG SUKA MAKAN KUIH-MUIH TRADISIONAL | BETUL sangat, siapa sini yang suka makan kuih-muih tradisional melayu kita, haa korang memang sesuai laa beli 'Kuih Box' dari Nendaplates ni haaa..
'Kuih Box' Nendaplates untuk mereka yang suka makan kuih-muih tradisional sebab dalam satu kuih box tu ada enam (6) jenis kuih-muih tradisional melayu lama kita. So kalau korang nak minum petang bersama keluarga, atau nak menghidang untuk tetamu atau pun nak beri sebagai 'hadiah' buat kengkawan, memang sesuai sangat.
Satu box tu dah cukup sangat untuk korang jamu sekeluarga. Sis yang empat orang dalam rumah pun, makan sangat puas, siap ada baki lagi.. ye laa kuih-muih kann, bukanlah nak makan banyak mana je.. sebab tu bila dah ada macam ni satu box berjenis kuih-muihnya, memang best sangat..
Kuih Box ni ada dua pilihan, Ada Set A dan juga Set B. Kalau korang perhatikan, ada bezakan kedua box tu? Yaa dalam setiap box set A atau set B, boxnya berlainan jenis kuih-muihnya. Ikutlah mana pilihan korang dan set box mana yang dalamnya kuih pilihan korang.
Untuk Sis memang laaa Sis pilih Set A, yang ada kuih Kole Kacang tu, sebab tu kuih kegemaran Sis.. Set B tu pun Sis suka gak, sebab ada kuih Talam Cendol hahaha.. senang cakap, semualah Sis suka, memang sedap-sedap semua kuih dalamnya.. puashati beli dan makan.
Bukan kata kuih-muihnya aje yang sedap, box dia pun cantik gilerr.. sangat sweet okay untuk korang jadikan 'gift' untuk kengkawan ke. Dan kalau korang nak jadikan hadiah, korang boleh add-on reben dan juga kad ucapan hanya RM3. Korang bagitaua je mereka, nanti mereka sediakan beserta dengan ucapan pada kad tu..
Sweetkan? Sebab Sis dah buat hahahaha.. dan Sis dah banyak kali order untuk jadikan hadiah buat kengkawan menjamu minum petang. Kengkawan Sis pun suka, semua kata kuih-muihnya sedap.
Berapa satu box?
Satu Kuih Box tu hanya RM15 sahaja! Betul... murahkan? Sebab tu Sis kata berbaloi.
Murah pun ya, ada 6 jenis kuih-muih, box pun cantik, dan kuihnya pun sedap.
So korang yang nak buat tempahan, silalah.. kecuali hari JUMAAT dia CLOSE ORDER ya..
Boleh pilih nak Set box A atau Set box B.
Delivery satu Johor Bahru .. Caj mengikut kawasan.
Korang order WA Sharol +60 17-737 8284 (fast respon) atau nombor di atas tu.
Atau ke IG mereka @nendaplates
P/S: Baguskan box macam ni, semua kuih boleh rasa. Bukan senang nak dapat kuih-muih tradisional gini dalam satu box.. beli sejenis je dah mahal weii..
Menguji betul tengok kuih ni. Sangat menarik. Kalau ada kat sini, memang beli dah.
ReplyDeleteWahhh saya peminat kuih tradisional tergugat iman. Nak makan semua. Hehehe. Kuih in box stail camni exclusive betol. Kat KL ada juga. Tapi 2 pieces dalam 4 bahagian. Ok la utk saya sorang makan. Takda geng makan kuih kat rumah ni. Hahaha. Mereka ada di KL ke akak? Nak order..
ReplyDeleteIni memang teruja la pulak tengok kuihnya ni. Selalu 1 box sis tengok kek yang berbeza perisa. Kali ni kuih. Memang best la. Harga pun berpatutan.
ReplyDeletecantiknya kuih box ni. nampak menarik pula bila susun kuih kemas macam ni terus rasa excited nak makan..hehe
ReplyDeleteMenarik la box dia - ala marble design. Nie buat doorgift menarik gak kan. Harga dia berpatutan la Sis.
ReplyDeletewhat? only RM15? that's cheap!! and the packaging makes the kuih looks 'atas'...
ReplyDeleteBox dia nampak premium...best ni. Macam ni boleh cuba pelbagai jenis kuih kan sis lin? Semua nampak sedap pulak tu
ReplyDeleteSemua kuih muih kat sini nampak sedap. Serius nampak sedap bethol. Esp kuih kole kacang
ReplyDeleteHaa. Tapi itu lah tu kak lin, suka post makanan sedap yang tak boleh sampai ke KL. Hahahaha~ Rindu JB !! Malaysia dah okay nanti nak bercuti ke JB dan order kuih ni !!
ReplyDeleteAduhaiii ni yang terliu nih . Masa sis updet kat fb tu pun dah tahu sedap2 semuanya. Ni layan sorang2 pun boleh habis tau. Harga pun murah. Huwaa nak pindah Johor boleh tak ?
ReplyDeleteSaya suka kuih2 tertentu je. Tapi kalau nak bagi hadiah kat housemate saya, ni mmg terbaik. Sbb dia mmg suka semua.
ReplyDelete