MACAM MANA AKU BAHAGIKAN MASA MENULIS BLOG? | IKUTKAN memang dah lama nak kongsikan pertanyaan mengenai tajuk tu, tapi nak menaipnya tak lepas-lepas (ikut mood) hahaha.. maklum laa sebelum PKP ni kan busy manjang dengan 'makan-makan' sana sini.. tapi sebab semalam ada yang tanya lagi macam mana Sis bahagikan masa menulis blog dengan kerja rumah, so harini Sis tulis laa dan kongsikan ya..
Tapi ini perkongsian rutin harian Sis aja. Bagi yang tak tau, Sis takde anak kecil, takde anak bersekolah (PdPR) dan tidak ada menjaga orang tua di rumah, kira Sis ni surirumah sepenuh masa dan anak-anak semua dah besar panjang, memasing buat hal memasing.. tak kacau kerja Sis, so Sis hanya jalankan tanggungjawab seorang Ibu dan Isteri dengan memasak dan mengemas rumah..
Biasanya Sis menulis semua posting blog Sis time pagi. dan Sis sendiri buat jadual auto update posting Sis. Kalau korang perasan, Sis jarang buat autoposting time malam. Kenapa? Sebab Sis dah research pembaca Sis dan juga kaji bila masanya orang baca blog Sis, so sebab itu Sis jarang sekali posting blog Sis time malam kecuali kalau post Media Release.. haa tu bedal je update, ikut sukahati Sis hehehe..
Pagi biasanya Sis settlekan urusan Suami pergi kerja dulu, bila Suami dah pergi kerja, Sis akan vakuum dulu rumah, lap semua segala habuk dan bulu dulu. Kalau sebelum ni time ngajinlah, Sis naik atas treadmill setengah jam dulu, lepas tu mandi dan turun kemas dapur pulak dan bersarapan. Now, ikut mood hahaha..
Kalau pagi tu dah sarapan sekali dengan Suami, so Sis tinggalkan keluarkan ikan atau lauk basah untuk masak tengahari. Kemudian Sis bukaklah 'opis' Sis ni, dan Sign In blogger.com ni.. then update laaa blog.. sambil tu cari bahan dan cerita untuk posting seterusnya..
Lepas tu, bukak plak Facebook, settlekan task exchange komen yang Sis join tu..memang rutin tiap pagi tu bukak facebook jam 10am nak siapkan exchange komen tu then copy paste link baru.. gitu ajalah nak support group blogger kann.. tapi kalau rasa tak mampu nak settlekan, jangan join.. kalau rasa boleh buat, sila...takut nanti jadi beban korang nak buat..
Untuk blog, kalau Sis ada cerita, ada bahan nak di kongsi, pagi tu Sis akan buat sekali jalan auto update.. kalau takde, cukup Sis buat dua dulu posting, kalau kemudian ada rajin nak duduk semula di kursi depan laptop, ada le update lagi, kalau tak, memang lepas aje settle update auto posting blog pagi tu, Sis terus OFF laptop dan layan kerja lain, biasanya apa jer layan Netflix dan layan si bulus hehehe..
Sebab tu laa Sis orangnya jarang blog walking dan tinggalkan komen, ikut masa Sis, yang taunya, Sis bukak blog, update then siap off.. bab nak komen kat telefon memang Sis 'bodo' sikit dan 'malas' nak Sign In melalui handphone.. but Sis baca semua blog korang.. cuma tak tinggalkan komen aja..
Jadual blog posting Sis pun, siapa yang rajin masuk baca, mereka mesti tau timing-timingnya.. dari dulu sampai sekarang memang Sis set time macam tu kalau nak buat posting.. so far okay semua view dari pembaca, sebab timing-timing gitu yang readers Sis banyak membaca..
Bila dah siap semua Sis buat posting.. Sis dah tutup laptop, dan memang Sis tak jenguk lagi dah, kecuali nak edit ke apa ke tiba-tiba, haaa Sis bukaklah, kalau tak memang pagi tu jeee Sis ngadap blog di laptop..
Bukan kata seharian Sis habiskan depan laptop yaa.. kalau gitu memang tak siaplah keje rumah Sis oii.. mana nak masak, nak kemas rumah, nak 'Me Time' diri sendiri.. ohhhh memang idokkkk arrr... Hidup Sis seharian bukan semata nak ngadap blog ni.. banyak kerja lain nak buat okay..
Kecuali kalau ada job nak edit blog orang ke, haaa tu memang Sis fokus laa sehari duduk depan laptop settlekan.. tapi kalau untuk posting blog Sis, hanya pagi sahaja.. biasanya dari jam 8am lebih sampailah sebelum Zuhur jee macamtu (tu pun sambil memasak).. lepas tu Sis dah buat hal lain..
Itu pasallah, kadang tu sambil menaip blog, siap Sis masak..
Begitulah rutin Sis setiap pagi ... TAPI.....
Kalau hari Sabtu dan Ahad... Suami tak bekerja, so memang Sis tak ngadap laptop.. masa untuk berehat.. so Sis akan update posting Sis auto update susun jadual pada hari sebelumnya sesiap, yaitu hari Jumaat.. so hari Jumaat tu memang banyak laaa Sis buat posting untuk 3 hari tu (Sabtu & Ahad) hehehehe.. faham tak?..
Kalau tak buat macamtu, atau memang tak sempat, Sis sibuk ke.. memang takde update laa Sabtu Ahad tu.. sama juga kalau Sis travel, Sis dah susun auto update blog Sis, at least satu hari satu entry.. janji ada update.. so readers kita tak lari.. kecuali kalau memang busy gilerrr... haaa tu memang kosong jee laa takde update.. so faham-faham aje laa hehehe..
Masa ni kita boleh adjust.. sebab kita yang urus masa.. macam Sis begitulah rutin Sis macam mana Sis bahagiakan masa menulis blog, sebab tu laa Sis kata, Sis banyak masa untuk diri sendiri sebab takde yang 'mengganggu'.. lain orang lain laa kan dia punya kesibukkan.. tak boleh samakan diri kita dengan orang lain.. yang penting kita urus diri kita dan tak kaco orang lain..
Yang penting... HAPPY ❤
P/S: Jangan paksa diri.. tak WAJIB pun update blog ni.. tapi kalau ko RAJIN, adalah hasilnya.. :)
cuba jugak..tapi selalu sangat mood hilang tiba tiba depan komputer
ردحذفmcm ako plak, ako perasan ramai mask tengah2 malam eehehe..
ردحذفso tu yg kadang ako akan update 1 entry belah malam ;)
Siang nya kadang mmg x sempat nk update entry esp hari bekerja.
Kalau tak bz br ako BW blog2 lain... and ako jarang baca kat laptop, slalu dari hp je hehehe...
cuma kadang bila xde idea tu mmg lama la x berupdate... nk BW pun rasa malas ;)
Idea nak karang tu banyak, tapi dia punya malas tu. Allahu. 1 artikel pun biasa ambil masa beberapa hari.
ردحذفPaling penting segala urusan rumahtangga selesai kan Sis.
ردحذفWak kalau sempat mengentri waktu malam aje
ردحذفKalau penat, tak bukak laptoplah terus tidur
kadang tue, depan komputer terus hilang idea.kihkihkihh..
ردحذفBagus tips ni. Aien bila mood rajin buat la schedule post. Jika tak.. dtg writer block tu heran. Haha
ردحذفTiba-tiba nampak ikan tu sedap la pulak sis lin. Nasib baik baru lepas makan tengahari. Sis takde waktu spesifik nak publish. Kadang2 bila time takde idea tu ikut masa mana pun publish. Hehe.
ردحذفSaya apun rajin buat auto publish je. mudah untuk susun jadual kerja dan boleh buat kerja lain. Memang tak hadap terus kena juga settlekan kerja lain kan. tapai ada masa tu memang hadap blogwalking sampai keluar robot tu
ردحذفRawlins pun nak share gak jadual. Orang kata Rawlins layan movie time kerja sebab now WFH kan. Kalau depa tgk google kalendar daku, mesti kata bila ko pergi toilet? Rawlins kerja ikut waktu antarabangsa - so memang mesy online nie selang 1 jam akan ada satu. Sampai 11 malam pun ada. Waktu lunch, memang akan makan sambil movie. Malam before tido pun layan movie atau menulis.
ردحذفCenggitu la daku mencuri masa menonton dan menulis
jadi suri rumah ni bukan kerja senang. kalau pandai uruskan masa mesti semua kerja dapat berjalan dengan baik :)
ردحذفBuat artikel auto posting memang best. Eiza pernah buat dulu. Set terus artikel untuk hujung minggu. Tapi.. itu dululah. Sekarang ni dah kelaut. Hahaha... tapi bila habis baca perkongsian Sis Lin... terus rasa bersemangat.
ردحذفTak pandai nak susun jadual. Semua ikut dan sebab rutin sentiasa berubah. Petang pukul 6 pulak wajib keluar buat senaman keluarkan peluh sambil makan2 dibawah pokok rambutan. Tapi cam best pulak nak updet rutin gini. nanti nak buatlah. Baru nampak apa yang kita buat sebenarnya setiap hari.
ردحذفKte kagum ye dgn sis. Kte dulu ada la masa rajin dok update hari2 nau kelaut dah tp kte akan pastikan atleast seminggu mesti ada 1 sbb tak nak view turun haha
ردحذفdefinitely loving and appreciating all your little blogging tips and tricks. but i have a full time job and susah nak cari masa utk blogging, hopefully i can find a better balance like you!
ردحذفHakikatnya semua perlu berjadual. Dah takda dah bak tunggu idea jatuh ke riba. Mesti plan jadual. Kalau takkkk. Berhabuk blog. Hehehe. Saya rasa masa bujang zaman sekolah paling best menulis blog dan aktif kat digital. Sebab takda tanggungjawab besar lg. Kikikiki.
ردحذفkita mmg auto pukul 8am pagi..sebab kita akan menulis mlm sebelumnya.. unless..mmg betul2 sibuk..mmg akan missed posting pd hari kejadian ekekek
ردحذفItu lah seorang suri rumah yang memang kalau buat kerja sangat teratur dan lengkap semua dia boleh buat dalam satu masa hehehe kalau kita pening dah ni wakakakak tapi bagus ada timing macam ni senang nak urus semuanya.. Kita kalau update blog makan sebelum tidur...
ردحذف